Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngap] | ڤڠڤ

Definisi : 1. tidak banyak udaranya (kerana ruang terlalu sempit), susah hendak bernafas (ke­rana bilik sempit dan tiada bertingkap), sesak; 2. berbau hapak dan menyesakkan nafas; berpengap dibiarkan pengap, dipengap: pakaian kotor yg ~ beberapa hari di dlm beg telah mengeluarkan bau masam; memengap 1. menutup (ikan dll) dlm sesuatu dgn rapat sehingga udara tidak dapat masuk; 2. ki mengurung (menyembunyikan): siapa yg dapat bergembira kalau dirinya dipengap dlm kurungan yg sempit ini; memengapkan menjadikan pengap, mele­maskan, menyesakkan; terpengap tertutup (tersembunyi) dlm bilik dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pengap (adjektif)
Bersinonim dengan sesak, lemas, susah bernafas;,
Kata Terbitan : memengap, memengapkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pengappengapMuzikTiada

 Lihat timang.

marginal sealpengap pinggirPergigianTiadaPenutupan pinggir kaviti oleh bahan restorasi. Pengapan yang tidak baik boleh mengakibatkan pengumpulan makanan seterusnya menyebabkan karies berulang.
preventive resin restorationrestorasi resin pencegahanPergigianTiadaTeknik rawatan pergigian yang melibatkan pembuangan tisu berkaries awal pada liang atau fisur permukaan oklusi secara minimum. Seterusnya keseluruhan permukaan oklusi direstorasikan dengan menggunakan bahan resin dan/atau bahan pengap fisur. Tujuan restorasi dibuat bagi mencegah kejadian karies berulang.
timangtimangMuzikTiada

Muzik vokal atau canta kaum Iban di Sarawak. Muzik ini dipersembahkan dalam upacara tertentu seperti berjamu, menjemput jin ke pesta gawai atau pesta lain yang dikaitkan de­ngan aktiviti menanam atau menuai padi dan menghormati kenyalang. Sinonim pengap.


Kembali ke atas