Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.ha.bi.san] | ڤڠهابيسن

Definisi : 1. kesudahan, akhir: ~nya tiada siapa pun yg berjaya; 2. yg terke­mudian sekali, akhir: sampailah hari ~ bulan puasa, esoknya sudah berhari raya; dialah yg ~ keluar dr rumah itu; 3. hujung: ~ jalan ini di tepi laut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.ha.bi.san] | ڤڠهابيسن

Definisi : 1 kemudian sekali; terakhir: Dialah yg ~ sampai di situ. 2 kesudahan; akhir: ~nya tiada sesiapa yg berjaya dlm pertandingan itu. 3 bahagian yg terakhir (pd sesuatu yg panjang spt jalan, tali dsb); hujung: Dia berhenti di ~ jalan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
habis
1. Bersinonim dengan kesemuanya
( segalanya, sekaliannya, keseluruhannya, )
(adverba:)

2. Bersinonim dengan sebahagian besarnya
( hampir keseluruhan, banyak bahagiannya, )
(adverba:)

3. Bersinonim dengan siap
( selesai, beres, tamat, berakhir, )
(kata kerja:)

4. Bersinonim dengan paling
( sangat, amat, cukup, terlalu, benar-benar, )
(kata tugas:)

5. Bersinonim dengan selepas
( sesudah, setelah, )
(kata tugas:)

6. Bersinonim dengan jadi
( kalau begitu, maka, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : sehabis-habis, habis-habis, habis-habisan, berhabis, berhabis-habisan, menghabiskan, kehabisan, penghabisan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DARWIN

Darwin (pend. 78 139) merupakan pusat

pentadbiran dan ibu negeri bagi Wilayah Utara

Australia. Bandar Darwin ialah pusat perhentian

penghabisan perjalanan melalui darat, laut, udara

dan juga perhubungan telekomunikasi. Bandar

ini juga mempunyai pangkalan tentera yang

besar dengan lapangan terbang tentera udara

dan pangkalan angkatan laut. Darwin mungkin

juga merupakan sebuah bandar kosmopolitan di

Australia. Kebanyakan penduduk Darwin ialah

keturunan Eropah, tetapi sebahagian besar warga

kota Darwin terdiri daripada keturunan Orang Asli,

Cina, Melayu atau Filipina.

UMUM 

Kembali ke atas