Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.ha.bi.san] | ڤڠهابيسن

Definisi : 1 kemudian sekali; terakhir: Dialah yg ~ sampai di situ. 2 kesudahan; akhir: ~nya tiada sesiapa yg berjaya dlm pertandingan itu. 3 bahagian yg terakhir (pd sesuatu yg panjang spt jalan, tali dsb); hujung: Dia berhenti di ~ jalan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[peng.ha.bi.san] | ڤڠهابيسن

Definisi : 1. kesudahan, akhir: ~nya tiada siapa pun yg berjaya; 2. yg terke­mudian sekali, akhir: sampailah hari ~ bulan puasa, esoknya sudah berhari raya; dialah yg ~ keluar dr rumah itu; 3. hujung: ~ jalan ini di tepi laut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
habis
1. Bersinonim dengan kesemuanya
( segalanya, sekaliannya, keseluruhannya, )
(adverba:)

2. Bersinonim dengan sebahagian besarnya
( hampir keseluruhan, banyak bahagiannya, )
(adverba:)

3. Bersinonim dengan siap
( selesai, beres, tamat, berakhir, )
(kata kerja:)

4. Bersinonim dengan paling
( sangat, amat, cukup, terlalu, benar-benar, )
(kata tugas:)

5. Bersinonim dengan selepas
( sesudah, setelah, )
(kata tugas:)

6. Bersinonim dengan jadi
( kalau begitu, maka, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : sehabis-habis, habis-habis, habis-habisan, berhabis, berhabis-habisan, menghabiskan, kehabisan, penghabisan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
finish (place)penghabisan (tempat)PendidikanTiadaTiada
finish (place)penghabisan (tempat)PendidikanTiadaTiada
back standpapan penghabisanPerhutananTiada-
dog boardpapan penghabisanPerhutananTiadaTiada
nodebuku; nod; nodusGeografiTiada4. Istilah topologi bagi suatu titik penghabisan atau persilangan pada suatu sistem jaringan.
nodebuku; nod; nodusGeologiTiada4. Istilah topologi bagi suatu titik penghabisan atau persilangan pada suatu sistem jaringan.
black dropjulur hitamMatematikTiadaSuatu fenomenon optik yang kelihatan pada permulaan dan pada penghabisan transit Zuhrah dan Utarid melintasi cakera matahari.
adeseadesKomunikasiKorporatKaedah penulisan iklan yang menggunakan perkataan atau kenyataan umum, frasa yang sedia ada dan superlatif sehingga membentuk sifat klise. Penggunaan yang terlalu kerap boleh mengurangkan keberkesanan kempen pengiklanan dan perhubungan awam kerana boleh mewujudkan perasaan jemu dan rasa diperlekeh dalam kalangan khalayak. Dalam keadaan tertentu, penggunaan kaedah penulisan ini perlu bagi memudahkan sekelompok khalayak lain mengaitkan barangan dengan realiti budaya mereka. Contohnya, penggunaan perkataan “Jualan Murah”, “Don’t Leave Home Without It”, “Harga Runtuh” dan “Jualan Penghabisan Stok”. Walau bagaimanapun, agensi pengiklanan yang kreatif akan berusaha mengelakkan penggunaan kaedah penulisan jenis ini.
market penetrationpenembusan pasaranPengurusanPerancanganPendekatan strategik yang digunakan oleh organisasi bagi memperluas penguasaan pasaran melalui penjanaan aktiviti pemasaran yang lebih berkesan. Penembusan pasaran bertujuan untuk meningkatkan hasil jualan produk atau perkhidmatan yang sedia ada. Antara kaedah penembusan pasaran yang sering digunakan adalah dengan menawarkan produk dengan harga promosi, meningkatkan perbelanjaan pengiklanan serta menggiatkan usaha publisiti produk dan perkhidmatan. Contohnya, sebuah syarikat pengeluar tekstil tempatan yang terkenal kerap dilihat mengadakan tawaran potongan harga yang hebat terutamanya ketika musim perayaan dan jualan penghabisan stok. Di samping itu, syarikat ini juga turut menggunakan khidmat artis-artis popular tempatan sebagai duta syarikat bagi tujuan publisiti.

Kembali ke atas