Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ja.ra.kan]/[pen.ja.ra/.kan] | ڤنجارقن

Definisi : perbuatan menjarakkan, pen­jauhan, pemisahan, perenggangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jarak
Kata Terbitan : berjarak, menjarakkan, terjarak, penjarakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah ayat betul: 1.Penjarakan sosial perlu diada semasa pkp sekarang 2.Penjarakan penjenayah itu kerana dia seorang yg ganas.Cadangan ayat betul ialah:
(i) Penjarakan sosial perlu diadakan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). (ii) Penjarakan penjenayah itu kerana dia seorang yang ganas.
Tatabahasa22.07.2020
Sila semak semula imbuhan apitan yang betul bagi ejaan "penjarakan". Adakah: pe...an ATAU pen...an Rujukan: http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=penjarakan&d=175768& Tarikah soalan: 09.06.2020 Jenis soalan: Tatabahasa "Ejaan "penjarakan" hanya mempunyai satu huruf k kerana imbuhan apitan dalam bahasa Melayu ialah "pe-...-an" bukan "pe-...-kan"Terima kasih atas keprihatinan pihak tuan.
Ejaan "penjarakan" hanya mempunyai satu huruf k kerana imbuhan apitan dalam bahasa Melayu ialah "peN-...-an" bukan "peN-...-kan"
Tatabahasa22.06.2020
Yang manakah ejaan betul bagi social distancing dalam bahasa Melayu? Penjarakkan sosial ataupun penjarakan sosial? Terima kasih.Jawapan yang betul ialah Penjarakan SosialIstilah25.03.2020
Salam. Tuan/Puan/Cik, Ejaan yang manakah betul bagi perkataan "PENJARAKAN SOSIAL" atau "PENJARAKKAN SOSIAL". Mohon pencerahan dari pihak DBP. Sekian.Waalaikumsalam,

Saudara, ejaan yang tepat ialah "PENJARAKAN SOSIAL".
Ejaan25.03.2020
Assalamualaikum. Boleh tuan jelaskan tentang penjarakan perkataan yang menyusuli perkataan 'auto'? Bilakah masanya 'auto' dan perkataan selepasnya dijarakkan dan bilakah masanya pula kedua-dua perkataan itu dirapatkan? Contohnya: 'auto start'. Adakah terjemahan yang betul 'automula' atau 'auto mula'? Adakah suatu peraturan tentang hal ini? Terima kasih atas bantuan tuan.Auto- merupakan awalan Yunani–Latin-Inggeris yang memberi pengertian secara persendirian.  Oleh sebab auto- ialah imbuhan, maka ejaannya mesti dirapatkan dengan perkataan yang mengikutinya. Contohnya, autostart(BI)- automula(BM), autonomy (BI)-autonomi(BM) dan automatic(BI)-automatik(BM).Tatabahasa19.03.2014
Kebanyakan masyarakat kini dilihat leka dalam pematuhan SOP penjarakan fizikal memandangkan ramai orang dilihat berkumpul dalam satu-satu masa khususnya di pasaraya atau tempat awam. Salam,Tuan/Puan.Bolehkah saya tahu ‘mengapakah ayat di sini kebanyakan masyarakat boleh digunakan’bukannya tulis ‘masyarakat’ sahaja?atau kebanyakan masyarakat dikatakan lebih sesuai? Soalan kedua:ayat di atas predikat ‘dalam pematuhan’betul atau salah?Saya kerap membaca karangan ‘penulis kerap menulis “dalam membicarakan atau lain-lain” Maksudnya penulis menulis dalam tambah ke belakang ‘mem’? Apakah perbezaan antara ‘orang ramai’ dengan ‘ramai orang’?
  1. Perkataan kebanyakan membawa maksud sebahagian yang banyak; jumlah yang terbesar. Penggunaan perkataan “kebanyakan masyarakat” dalam ayat tersebut menerangkan bahawa “sebahagian besar masyarakat”. Jika ditulis masyarakat sahaja bermakna semua orang dalam masyarakat tersebut.
  2. Kata sendi nama dalam hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Perkataan seperti sebab (cause), perkara (matter) atau had (limit) tidak mempunyai ruang atau jarak yang dapat ditentukan. Oleh itu, penggunaan perkataan yang betul ialah dalam.
  3. Orang ramai maksudnya dengan masyarakat atau orang awam. Ramai orang pula merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala bagi merujuk bilangan orang penggunaan yang paling tepat ialah banyak orang.
  4. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tatabahasa15.01.2021
Semasa musim wabak COVID-19, telah tular istilah social distance. Apakah terjemahan yang betul untuk istilah "social distance"? "Jarak sosial" atau "penjarakkan sosial"? Atau telah ada istilah sedia ada bagi terjemahan perkataan tersebut. Terima kasih..

Cadangan padanan istilah yang sesuai bagi "social distance" ialah penjarakan sosial.

Istilah25.03.2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya menghantar dokumen dalam bentuk surat rasmi untuk meminta pihak tuan membuat semakan terhadap kata majmuk yang bakal saya gunakan dalam inovasi Bahasa Melayu.Terima kasih tuan.
Pembentukan Kata majmuk g dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang ungsur antara unitnya. Senarai perkataan tersebut ialah kata majmuk dan perlu dieja terpisah: 
 
1. jam tangan / tanda nama / baju sekolah / tali pinggang / tali leher  / papan putih
2. kipas angin / meja makan / kaunter bayaran/ alas meja / bangku panjang / nasi lemak
3. penyiram air /pasu bunga /bunga raya / tukang kebun / papan tanda  / kolam ikan
4. peti ais / tanda harga  / penimbang berat / tarikh luput / tong sampah / air kotak
5. baju renang / bot nelayan / tapak sulaiman / air laut / rumah api / selipar getah 
6. bingkai gambar / rak televisyen / meja konsol / set sofa/ jam dinding / penyaman udaya
7. papan gelongsor / trek joging / kawasan larangan / palang besi / penunggang spring /            hutan kubah
8. sekatan pergerakan / pensanitasi tangan / barisan hadapan / penjarakan sosial / pelitup          muka  / sut hazmat
Tatabahasa14.07.2020

Kembali ke atas