Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
 
penuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan berisi: tepu, padat, pepak, mampat, tumpat, sarat, pejal, rapat, ketat, sendat, lejuh, merepuh,
Berantonim dengan kosong

2. Bersinonim dengan banyak: sesak, sakan, bertimbun-timbun, berlebihan, melimpah, melaut, lebat, rendang, merenduh, berkelun-kelun, berkepul-kepul, bergumpal-gumpal, rapat, tebal, rimbun, belanar, jenuh,
Berantonim dengan sedikit

3. Bersinonim dengan lengkap: cukup, sempurna, memadai, genap, tuntas,
Berantonim dengan kurang

4. Bersinonim dengan ramai: banyak, berduyun-duyun, berpusu-pusu, berasak-asak, bersesak-sesak, berbondong-bondong, terpermanai, berjuak-juak,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : sepenuhnya, memenuhi, memenuhkan,

Puisi
 

Hujan lebat perigi penuh,
     Kapal besar dari muara;
Kalau tak dapat si buntar penuh,
     Biar kumati berbuang nyawa.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

368

Many a mickle makes a muckle

Duit yang sedikit jika disimpan lama-kelamaan akan menjadi banyak juga.

Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit.

''One day, I'll drive that car out of this showroom,'' she said full of determination. ''But, you don't earn that much,'' I said. ''Many a mickle makes a muckle , doesn't? I'll save whatever I have to own it even though it may take years,'' she answered.

''Satu hari nanti, aku akan memandu pulang kereta itu,'' kataku dengan penuh keazaman tatkala berkunjung ke bilik pameran tersebut. ''Tapi, gaji kau taklah banyak,'' kataku. ''Bukankah berdikit-dikit lama-lama jadi bukit? Aku akan menyimpan semua duit yang aku ada untuk memilikinya walaupun mengambil masa bertahun-tahun lamanya,'' jawabnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(13)

Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
terak[t«.ÄA/]kata adjektifberkenaan isi mangkuk dan lain-lain yang penuh.Belaklah, terabes ke engkau nasik sepinggan terak ni?[b«.lA/.lAh t«.ÄA.bes k« «N.kAw nA.si/ s«.piN.gAn t«.ÄA/ ni]Belaklah, terhabiskah engkau nasi sepinggan penuh ni?
kobak[ko.bA/]kata kerjamencangkul.Jangan kobak kat situ, tanahnye bebatu.[dZA.NAn ko.bA/ kAt si.tu tA.nAh.ø« b«.bA.tu]Jangan mencangkul di situ kerana tanahnya penuh dengan batu.
langgai bubu[lAN.gAj bu.bu] bahagian belakang langgai yang berjaring halus, berkerucut serta berinjap. Langgai diangkat separuh menegak ke arah badan sambil digoncang-goncangkan supaya anak udang terus masuk ke dalam kerucut.Langgai bubu kau dah penoh, masokkan dalam bakol.[lAN.gAj bu.bu kAw dAh p«.noh mA.so/.kAn dA.lAm bA.kol]Langgai bubu kau dah penuh, masukkan dalam bakul.
orang luan[o.ÄAN lu.wAn] pekerja yang mengikut arahan tekong dalam perahu, sampan atau bot nelayan; awak perahu.Ae dah penoh dalam sampan, suroh orang luan buangkan ae.[Ae dAh p«.noh dA.lAm sAm.pAn su.Äoh o.ÄAN lu.wAn bu.wAN.kAn Ae]Air dah penuh dalam sampan, suruh pekerja buangkan air.
pencewan[p«n.tSe.wAn]kata namabilik air tanpa bumbung di luar rumah yang berdinding atap dan lantainya diperbuat daripada kayu atau batang nibung; mengkewanPegi mandi kat pencewan, bilek ae kat dalam dah penoh.[p«.gi mAn.di kA p«n.tSe.wAn bi.le/ Ae kAt dA.lAm dAh p«.noh]Pergi mandi kat pencewan, bilik air di dalam dah penuh.
mengkewan[m«N.k«.wAn]kata namabilik air tanpa bumbung di luar rumah yang berdinding atap dan lantainya diperbuat daripada kayu atau batang nibung; pencewan.Pegi mandi kat mengkewan, bilek ae kat dalam dah penoh.[p«.gi mAn.di kAt m«N.k«.wAn bi.le/ Ae kAt dA.lAm dAh p«.noh]Pergi mandi di mengkewan, bilik air di dalam sudah penuh.

Kembali ke atas