Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nuh] | ڤنوه

Definisi : 1. seluruhnya berisi, tidak sedikit pun kosong (terluang), pepak: tong itu ~ lagi berisi minyak; bas itu sudah ~; ~ sesak (padat, pepak, ruah, tumpat) sangat penuh; 2. banyak berisi (sesuatu), banyak mengandungi (sesuatu): kedai itu ~ dgn kain; 3. ki tidak kurang, cukup: kalau dia sudah sembuh, dia akan mendapat gaji ~; markah ~; sijil ~; 4. banyak (ramai) sekali: ~lah pasar itu dgn perempuan; ~ harapan dgn berharap sangat; ~ kesedaran dgn cukup sedar; ~ perasaan dgn seluruh perasaan (hati); ~ sarat penuh sekali; ~ semangat dgn bersemangat sekali; sepenuh secukup(nya), segenap, selengkap, seluruh, semua(nya): diberi keterangan ~nya; ~ perhatian dgn seluruh perhatian; memenuhi 1. mengisi (memuatkan) penuh­-penuh: air paip itu dibiarkan ~ baldi itu; 2. memadai, memuaskan, mencukupi: mengapa aku tidak dapat ~ hasrat hatinya?; pemohon-pemohon dijemput mengemukakan permohonan bagi ~ jawatan guru; 3. memuaskan permintaan dll, menyampaikan harapan dll, mengabulkan: sekadar ~ permintaan yg berulang-ulang diucapkan itu; 4. menjalan­kan (kewajiban dll), menepati (janji dll), me­nunaikan, menyempurnakan: kita yakin tuntutan-tuntutan yg dua lagi itu pasti akan dipenuhi jua seterusnya; memenuhkan menyebabkan sesuatu men­jadi penuh, menjadikan penuh: dia sedang ~ baldi itu dgn air; terpenuhi sudah dipenuhi, dapat dilaksanakan (diluluskan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
penuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan berisi: tepu, padat, pepak, mampat, tumpat, sarat, pejal, rapat, ketat, sendat, lejuh, merepuh,
Berantonim dengan kosong

2. Bersinonim dengan banyak: sesak, sakan, bertimbun-timbun, berlebihan, melimpah, melaut, lebat, rendang, merenduh, berkelun-kelun, berkepul-kepul, bergumpal-gumpal, rapat, tebal, rimbun, belanar, jenuh,
Berantonim dengan sedikit

3. Bersinonim dengan lengkap: cukup, sempurna, memadai, genap, tuntas,
Berantonim dengan kurang

4. Bersinonim dengan ramai: banyak, berduyun-duyun, berpusu-pusu, berasak-asak, bersesak-sesak, berbondong-bondong, terpermanai, berjuak-juak,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : sepenuhnya, memenuhi, memenuhkan,

Puisi
 

Hujan lebat perigi penuh,
     Kapal besar dari muara;
Kalau tak dapat si buntar penuh,
     Biar kumati berbuang nyawa.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Moncong penuh oleh air,
     perut berisi batu.

Bermaksud :

Tidak dapat mengatakan sesuatu yang terasa dalam hati, kerana telah berhutang budi dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(20)

368

Many a mickle makes a muckle

Duit yang sedikit jika disimpan lama-kelamaan akan menjadi banyak juga.

Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit.

''One day, I'll drive that car out of this showroom,'' she said full of determination. ''But, you don't earn that much,'' I said. ''Many a mickle makes a muckle , doesn't? I'll save whatever I have to own it even though it may take years,'' she answered.

''Satu hari nanti, aku akan memandu pulang kereta itu,'' kataku dengan penuh keazaman tatkala berkunjung ke bilik pameran tersebut. ''Tapi, gaji kau taklah banyak,'' kataku. ''Bukankah berdikit-dikit lama-lama jadi bukit? Aku akan menyimpan semua duit yang aku ada untuk memilikinya walaupun mengambil masa bertahun-tahun lamanya,'' jawabnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(13)

Majalah

Dewan Budaya » 2012 » April
on April 1st, 2012 Oleh Mohd. Asri Mohama d dan Mohd. Fadzly Mohd. Fairuz M ereka tampil dengan imej yang baharu. Jika dahulu mereka dikenali dengan imej seksi, menggoda, dan penuh glamor, sekarang imej mereka penuh bersopan, bersih dan “sejuk” mata memandang. Akhil Abdul Hayy, Catriona Ross, Norzizi Zulkifli, Pot Innuendo, Azan Ruffedge, Sham Kamikaze, Wardina Safiyyah dan Azmil Mustafa, sekadar menyebut beberapa nama artis yang
Dewan Budaya » 2015 » March
DI KPAKK admin on March 1st, 2015 Oleh: Ladin Nuawi Pentasnya sederhana. Tiada lampu khas untuk pementasan. Tempat duduk penonton terbuka di dalam dewan. Namun begitu, lakonan meyakinkan. Sambutan penonton penuh gemuruh. Mereka mampu “pergi jauh”. Inilah kesan pemerhatian awal ketika menonton teater muzikal kanak-kanak Puteri Beradu oleh mahasiswa ahli Kelabi-culture, Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak (KPAKK), di Damansara tempatan atau pelancong yang pernah meramahi bandar raya bersejarah ini. Dari Jonker Street hingga Harmony Street, keadaan pasti menjentik rasa kagum dalam pandangan pengunjung yang khusyuk melangkah menjengah warisan sejarah penuh gemilang rencam budaya. Penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum turut mewarnai negeri yang bersejarah itu. Antara kaum tersebut termasuklah Chetti yang sudah bertapak sejak zaman kesultanan Melayu Melaka. Ranum senyum
Dewan Masyarakat | Alam Sekitar
Ekonomi • Fail Jenayah • Kenangan • Kepenggunaan • Kesihatan • Khas • Panorama • Pemikiran • Pendidikan • Sukan • Surat Pembaca • Video • A Kadir Jasin Bercerita • Isu Utama • Nota Editor • Perspektif • Ulasan Buku Tahun 2011 merupakan tahun yang penuh gelora buat penduduk di Timur Tengah. Revolusi rakyat, yang bangun memberontak pemerintahan autokratik sungguh mengejutkan dunia. Share Sebagai kuasa yang berpengalaman, Moscow masih cuba mengimbangi tuntutan dan keperluannya dengan tidak khususnya dalam kalangan pelabur asing. Share Menghijaukan Kuala Lumpur Alam Sekitar “Sungai Klang yang mengalir di tengah-tengah ibu negara mempunyai segala ciri untuk menjadi tepian air yang segar dan penuh dengan pelbagai aktiviti kehidupan,” Najib. Share Malaysia Ketiga Terbaik Indeks Prestasi Alam Sekitar Alam Sekitar Kejayaan mencatat kedudukan terbaik EPI sehingga diiktiraf sebagai negara ketiga terbaik di rantau Asia Pasifik
Dewan Budaya » 2015 » August
anak Daeng Chelak dari Bugis yang dikatakan akan bergelar Yang di-Pertuan Selangor, telah di undang oleh Sultan Muzaffar Shah III ke Kuala Bernam. Kehadiran rombongan Raja Lumu disambut dengan penuh adat istiadat diraja secara besar-besaran, termasuklah pukulan nobat dan tiupan nafiri. Undangan tersebut bertujuan untuk menguji sama ada Raja Lumu benar-benar berketurunan raja yang berdaulat ataupun sebaliknya. Setelah pahlawan, penaburan bunga di makam pahlawan, dan berkobarnya semangat pemersatuan. Sekitar 240 juta orang rakyat negara 17 500 buah pulau itu menyambut hari kemerdekaan yang diraikan pada 17 Ogos dengan penuh semangat. Berbanding dengan kita, Indonesia mencapai kemerdekaan dengan jalan yang lebih sukar dan berliku. Mereka merdeka dengan darah dan air mata. Begitu banyak pejuang dan rakyatnya terkorban. Bagi rakyat Indonesia
Dewan Masyarakat | Pendidikan
tidak kejam. Yang kejam ialah peminjam yang tidak mahu melunaskan pinjaman,” luah peniaga tersebut kepada pelanggannya. Share Nazaruddin lebih menjadi tarikan kerana beliau mudah untuk “dibaca” wataknya – rentak hidupnya yang penuh semangat, berkeyakinan, keangkuhan, ketakutan, dan sekarang sedang berhadapan dengan krisis yang memalukan. Share Dalam industri perfileman antarabangsa khususnya di Hollywood, penerbitan filem epik bukanlah sesuatu yang asing, malahan genre sebegini
Dewan Budaya » 2012 » February
bandar Islam adalah berteraskan agama Islam. Akidah penduduk kotanya adalah mentauhidkan Allah, syariat kekotaannya berteraskan al- Quran dan akhlak penduduknya bermodelkan sunnah Rasulullah SAW. Idealisme bandar Islam berjaya direalisasikan dengan penuh cemerlang semasa hayat Nabi dan pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin. Dari segi pembentukan bandar, perkembangan bandar Islam pada zaman awal Islam berubah daripada bentuk pemusatan, iaitu daripada pusat pemerintahan kepada kota Islam. Sesungguhnya perbandaran Islam melambangkan kehidupan masyarakat kota yang maju dari aspek keagamaan dan keduniaan. Dari sudut keagamaan, mereka ialah masyarakat yang patuh dan taat hanya kepada Allah, dengan penuh keyakinan dan patuh kepada syariat dan akhlak. Dari sudut kekotaan, mereka mengutamakan perancangan yang ideal dan rapi, dan memberikan perhatian kepada kedamaian, kebersihan, kesihatan, perhubungan yang erat antara penghuni kota
Dewan Budaya » 2012 » March
Nota Kaki” dalam akhbar tersebut banyak menyingkap peristiwa berlainan dari pelbagai sudut yang menarik dan pentingnya pada zaman itu. Jika dilihat daripada rencana yang beliau hasilkan, gaya penulisannya bersahaja tetapi penuh dengan gaya, mesej, dan input intelektual yang menampilkan ketokohan beliau sebagai karyawan dan wartawan berpengalaman. Melalui 206 buah makalah yang terdapat dalam buku ini, pembaca dapat melihat bagaimana Johan memandang ialah budaya “Dayak”, tetapi orang Dayak tidak tinggal di tepi sungai, mereka lebih suka daerahpendalaman dan berbukit bukau. Saya kira, tanpa mengalami kehidupan orang Dayak, maka saya masih belum sampai penuh di pulau ini. Jadi pada suatu pagi yang tidak berhujan, kami ke Pampang, suatu penempatan khusus Kenyah, ke utara Samarinda, lewat bukit dan lembah. Kami melalui kawasan yang baru dibangunkan
Dewan Budaya » Nota Editor
meninggalkan kaunter dan memasuki auditorium JKKN itu. Memang ganjil tindakan lelaki berbangsa Tionghoa itu kerana pada malam tersebut, berlangsung persembahan Muzika Negeri Sembilan dan Minang Serantau, bukannya pertunjukan opera Cina. Penuh sesak auditorium JKKN pada malam itu, seolah-olah rakyat seluruh negeri berkumpul di situ. Oleh sebab penulis ini tiba lewat di auditorium itu, terpaksalah penulis ini berdiri di barisan belakang Wayang Kita? admin on April 2nd, 2017 Barisan itu sudah pun panjang apabila penulis ini tiba di situ. Yang tidak beratur pun ada; mungkin menunggu rakan yang beratur itu. Dengan penuh kesabaran dan tentu juga ketabahan, mereka menunggu pembukaan kaunter tiket panggung wayang itu. Penulis ini tidak pasti akan tempoh mereka mula beratur, tetapi yang pasti, semakin lama semakin panjang barisan
Dewan Budaya » 2012 » January
Dewan Budaya Januari 2012. Posted in: Tradisi 0 Comments Badai Semalam Menguji Kehebatan Pelakon admin on January 20th, 2012 Oleh: Rosli MN. Tirai pentas Istana Budaya (IB) 2011 berlabuh dengan penuh kejayaan. Pada November lalu, pementasan Badai Semalam mencatatkan kejayaan di luar jangkaan apabila sebanyak 18 ribu orang penonton mengunjungi IB untuk menyaksikan teater yang diadaptasi daripada novel karya penulis terkenal yang tua dan uzur di banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana. Majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal di situ dan Mazni membesar di dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan dan tidak pernah lupa bahawa dirinya dan ibunya hanya menumpang berteduh di situ. Hal tersebut ternyata membawa pandangan yang kurang senang dalam kalangan jiran tetangga. Kebanyakan mereka berasa iri
Dewan Budaya » 2011 » December
saling berputar antara realiti sedar dengan impian mistik dunia Melayu. Selain itu, buku ini juga merupakan nukilan yang bersandarkan kisah sebenar dalam sejarah kita dan lantas menjanjikan unsur kemelayuan yang penuh dengan debaran yang boleh memaku perhatian pembaca sehingga akhirnya. Kisah Air Mata Raja bermula apabila terdapat beberapa orang raja Melayu di sembilan buah negeri yang sesungguhnya hebat dan handal. Nama
Dewan Budaya » 2013 » August
Rafiq Abdul Rahman Fenomena menghisap shisha sudah menjadi trend masyarakat di negara ini sama ada lelaki atau pun wanita, kedua-duanya tanpa segan silu menghisap shisha di khalayak ramai dengan penuh bangga. Ada pula pandangan yang mengatakan jika tidak menghisap shisha seperti tidak mengikut trend semasa. Shisha atau nama lainnya, hookah, lula atau lulava, narghile, nargella, argeela dan bermacam-macam lagi
Dewan Budaya » 2013 » October
yang keras. Yang tidak dapat saya lupakan ialah nenek yang terpaksa mengendong bapa saya dan merayu kepada tentera Jepun agar tidak diapa-apakan bayi yang masih kecil. Nenek bercerita dengan penuh semangat! Lantas saya persis seperti sedang membuat kajian sejarah. Sumber sejarah itu ada tiga, iaitu sumber pertama melalui rekod, surat dan dokumentasi; sumber kedua melalui penerbitan akhbar, buku, dan makalah
Dewan Budaya » 2015 » July
sebagai pembesar istana. “Syarat lain ialah mereka yang sudah melalui istiadat ini perlu menyeberangi Sungai Perak dan tidak dibenarkan pulang ke istana dalam tempoh masa seminggu,” Ayob memberikan penerangan dengan penuh semangat sebagai “veteran” istana diraja Perak. Apabila ditanya tentang akibat yang menanti mereka yang melanggar pantang larang tersebut, Ayob berkongsi pengalaman yang dilaluinya sendiri setelah secara tidak sengaja melanggar pantang
Dewan Budaya » 2016 » January
bandar atau pinggir bandar yang berumur antara 15 tahun hingga 25 tahun yang mempunyai semangat yang luar biasa. “Mereka ialah generasi yang mempunyai sikap yang mempesonakan, bercita-cita tinggi dan penuh aspirasi, serta tenang dan yakin, ditambah dengan kreativiti yang cukup tinggi,” jelas majalah mingguan India, Outlook . Kira-kira 54 peratus rakyat India berada di bawah umur 25 tahun, iaitu lebih
Dewan Budaya » 2017 » April
Wayang Kita? admin on April 2nd, 2017 Barisan itu sudah pun panjang apabila penulis ini tiba di situ. Yang tidak beratur pun ada; mungkin menunggu rakan yang beratur itu. Dengan penuh kesabaran dan tentu juga ketabahan, mereka menunggu pembukaan kaunter tiket panggung wayang itu. Penulis ini tidak pasti akan tempoh mereka mula beratur, tetapi yang pasti, semakin lama semakin panjang barisan
Dewan Budaya » 2017 » May
meninggalkan kaunter dan memasuki auditorium JKKN itu. Memang ganjil tindakan lelaki berbangsa Tionghoa itu kerana pada malam tersebut, berlangsung persembahan Muzika Negeri Sembilan dan Minang Serantau, bukannya pertunjukan opera Cina. Penuh sesak auditorium JKKN pada malam itu, seolah-olah rakyat seluruh negeri berkumpul di situ. Oleh sebab penulis ini tiba lewat di auditorium itu, terpaksalah penulis ini berdiri di barisan belakang
Dewan Masyarakat | Pembuangan Bayi Meninggalkan Kesan yang Parah
sehingga bertindak di luar batasan kemanusiaan. Bayi merupakan golongan yang tidak berdosa. Bayi ibarat sehelai kain putih dan memerlukan kesabaran dan ketelitian orang dewasa untuk mencorakkannya. Mereka mestilah dijaga dengan penuh kasih sayang. Janganlah manusia bertindak mengikut perasaan dan berlaku zalim terhadap mereka. Perlu disedari bahawa mereka akan membesar dan menjadi dewasa, seterusnya menjadi peneraju yang membawa hala tuju negara. Lantaran
Dewan Masyarakat | Tragedi Westgate: Konflik Berdarah di Afrika
mengumumkan pengepungan terhadap pusat membeli belah Mall Westgate berakhir sebelum mengisytiharkan negara itu berkabung selama tiga hari. Dalam ucapan yang disiarkan oleh rangkaian televisyen Kenya ke seluruh negara, beliau dengan penuh terharu mengucapkan tahniah kepada semua anggota keselamatan yang berani dan bertindak bijak dalam menangani tragedi yang menggemparkan seluruh dunia itu. Kenyataan Uhurru Kenyatta sebagaimana disiarkan oleh rangkaian televisyen Al-Jazerra
Dewan Masyarakat | Panorama
berbatu, tiga jam selepas pelayaran. Share Dirgahayu Tuanku Panorama Pada 13 Disember lalu, rakyat negara ini cukup bertuah kerana sekali lagi menyaksikan hari bersejarah pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang penuh dengan adat-istiadat dan simbolik. Share Pejuang atau Petualang? Panorama Walaupun Barat cuba “mengaburi” mata masyarakat antarabangsa dengan menggelar beliau sebagai pemimpin diktator, kerajaan di bawah pemerintahan Gaddafi sebenarnya mengamalkan
Dewan Masyarakat | Ceritalah
calon hanya kerana calon tersebut ialah penghuni istana atau ahli Parlimen. Share Kisah Luar Jangka Nazaruddin Ceritalah Nazaruddin lebih menjadi tarikan kerana beliau mudah untuk “dibaca” wataknya – rentak hidupnya yang penuh semangat, berkeyakinan, keangkuhan, ketakutan, dan sekarang sedang berhadapan dengan krisis yang memalukan. Share Runtuhnya Empayar Media Ceritalah Walaupun di Asia Tenggara belum wujud individu yang mempunyai pengaruh yang kuat seperti
Dewan Masyarakat | 2012 | Januari
gunung. Mereka percaya bahawa ... "Baca selanjutnya." Dirgahayu Tuanku Panorama Pada 13 Disember lalu, rakyat negara ini cukup bertuah kerana sekali lagi menyaksikan hari bersejarah pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang penuh dengan adat-istiadat dan simbolik. Share Ruang Politik Generasi Muda Korea Khabar Dari Seoul Generasi muda di Korea Selatan juga mahu pandangan mereka didengar dan dihargai apatah lagi diberikan peluang
Dewan Masyarakat | 2012 | April
gunung. Mereka percaya bahawa ... "Baca selanjutnya." Menghijaukan Kuala Lumpur Alam Sekitar “Sungai Klang yang mengalir di tengah-tengah ibu negara mempunyai segala ciri untuk menjadi tepian air yang segar dan penuh dengan pelbagai aktiviti kehidupan,” Najib. Share Bintang Merah Bertaburan Antarabangsa Dalam masa 10 tahun, tiga daripada lima ekonomi terbesar adalah dari Asia dan salah sebuah negara tersebut ialah China. Share
Dewan Budaya » 2012 » December
nyata, Raja Berperlembagaan di Malaysia berperanan penting dalam struktur Kerajaan dan negara bangsa.” Cabaran besar hari ini adalah untuk memberikan pemahaman kepada generasi muda tentang sejarah pembentukan negara bangsa yang penuh dengan keunikan dan semangat toleransi antara kaum.Baginda tidak menolak realiti semasa yang menuntut perubahan dalam landskap politik, ekonomi, dan sosial negara.Namun begitu, ada sesetengah pihak yang oportunis lantas
Dewan Budaya » 2013 » January
genre ini, pada umumnya sarat dengan mesej atau amanat.Tema nasionalisme dalam pelbagai cabang kehidupan, juga tema pengisian kemerdekaan, mendominasi kebanyakan puisi.Tema ini padat kata-kata, dan kadang kala penuh retorik, hingga yang lebih diutamakan ialah aspek pemikiran yang abstrak.Tiada salahnya puisi-puisi seperti ini, selagi dicipta berdasarkan strategi puisi yang menekankan keringkasan, kepadatan, keindahan serta kejayaan amanat yang
Dewan Budaya » 2014 » August
sudah petang, sungguhpun keuntungan pada hari itu pastinya telah diperoleh. Itulah senario di Capital Cafe di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Setiap hari, kecuali hari Ahad, restoran itu kerap penuh dengan masyarakat Malaysia pelbagai kaum; tidak ketinggalan juga warga asing. Ada masanya mereka berkongsi meja walaupun tidak mengenali antara satu sama lain – kadangkala “terpaksa” berbual-bual untuk mewujudkan kemesraan – kerana

Kembali ke atas