Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nu.ras] | ڤنورس

Definisi : alat utk menapis; tapisan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.nu.ras] | ڤنورس

Definisi : alat utk menapis, penapis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penuras


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
filter losshilangan penurasKejuruteraanPetroleumKuantiti atau isi padu bendalir yang boleh mengalir melalui penuras yang telap dalam jangka masa tertentu, selepas dikenakan perbezaan tekanan tertentu.
membrane filter bioreactorbioreaktor penuras membranBioteknologiTiadaBioreaktor yang kaldu fermentasinya dikitarkan secara selanjar melalui penuras membran. Ubah suaian bioreaktor ini menghasilkan bejana fermentasi turas, iaitu gentian berongga.
DNA filter assaycerakin penuras DNABioteknologiTiadaKaedah analisis untuk mengecam DNA rekombinan di dalam sel yang terklon. Sel yang telah ditransformasi dicairkan dan ditumbuhkan di atas plat hingga membentuk koloni terpisah. Replika corak sel yang terbentuk disalin dengan menggunakan turas selulosa nitrat. Sel-sel dilisis dan penuras dipanaskan untuk mengikat DNA dalam bentuk nyahasli dengan kedudukan yang sama seperti koloni sel di dalam piring petri. Penuras ini diolah dengan prob yang bergabung dengan penghibridan DNA pada kedudukan DNA yang telah ditransformasi.
hybrid released translationterjemahan pembebasan hibridBioteknologiTiadaKaedah yang membolehkan DNA terklon dikaitkan dengan protein yang dikod. DNA terklon diikat pada penuras selulosa nitrat dan dihibrid dengan penyediaan mRNA. Penuras dibasuh dan mRNA terhibrid dielutkan dengan memanaskan dengan formamid. mRNA yang dipulihkan kemudiannya diterjemahkan dalam sistem bebas sel dan hasil polipeptida yang diradiolabel dianalisis dengan menggunakan elektroforesis gel. bd. terjemahan hentian hibrid.
filterpenurasKejuruteraanPetroleumPeranti atau bahantara yang bersifat poros yang digunakan untuk memisahkan bendalir daripada bahan-bahan pepejal yang terampai di dalamnya. Proses pemisahan dilakukan dengan cara mengalirkan bendalir berkenaan melalui peranti atau bahantara yang digunakan.
cake filterpenuras kekKejuruteraanKejuruteraan KimiaAlat yang digunakan untuk mengasingkan kuantiti pepejal yang banyak daripada cecair, dan pepejal diasingkan sebagai lapisan kek.
light filterpenuras cahayaFizikOptiklih. turas cahaya.
colour filterpenuras warnaFizikOptikUnsur optik yang menyerap sebagai cahaya tuju dan terdiri daripada kepingan kaca atau bahan lut sinar separa atau saput-saput yang terpisah oleh lapisan tipis.
trickling filterpenuras menitikBioteknologiTiadaSistem untuk mengolah air buangan secara aerob. Sistem ini mengandungi tangki dengan kedalaman 2 m - 3 m dan garis pusat 8 m - 16 m. Tangki tersebut dipadatkan dengan lapisan telap yang terdiri daripada bahan-bahan lapisan biologi yang aktif, seperti bakteria, kulat, rumpai, cacing, dan protozoa yang akan menukar bahan organik kepada sebatian ringkas, seperti nitrat dan sulfida. Organisma peringkat tinggi pula berperanan membantu dalam penumpukan lapisan biologi.
filter presspenuras tekanKejuruteraanPetroleum1) Peranti yang digunakan pada ujian sifat-sifat fizikal lumpur penggerudian, misalnya untuk mengetahui sifat-sifat turasannya, sifat-sifat kek lumpurnya dan lain-lain. Di sini, lumpur penggerudian berkenaan ditekan supaya menembusi medium tersebut tetapi juzuk-juzuk padatannya pula akan terlekat pada medium berkenaan. 2) Peralatan yang digunakan untuk mengasingkan lilin dan minyak yang dihasilkan daripada penyulingan lilin parafin. Peralatan ini terdiri daripada plat-plat yang ditutupi oleh kanvas dan disusun dalam siri. Plat-plat tersebut dipisahkan antara satu sama lain oleh gelang-gelang sempit. Sulingan lilin parafin berkenaan dialirkan melalui lubang-lubang sempit dan ditekan menembusi permukaan plat-plat yang ditutup oleh kanvas. Minyak yang dihasilkan pada sulingan lilin parafin boleh menembusi kanvas yang menutupi plat-plat dengan mudah untuk mengalir ke bahagian takungan, sedangkan lilin akan melekat pada kanvas-kanvas.
123

Kembali ke atas