Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nya.kit] | ڤڽاکيت

Definisi : 1. sesuatu yg menyebabkan badan menjadi sakit (atau yg mengganggu kesihatan): dia sudah sihat drpd ~ lelah; ~ berjangkit penyakit yg mudah berjangkit (spt kurap, malaria, dll); ~ kelamin penyakit berjangkit yg lazimnya tersebar melalui hubungan seks; ~ mental (Ubat) gangguan mental; ~ organik (Ubat) penyakit yg melibatkan perubahan struktur tubuh; ~ tidur (Ubat) penyakit yg ditularkan kpd manusia melalui gigitan lalat tsetse (terutamanya di Afrika), dan dicirikan dgn demam yg berulang, pening, mengantuk, dan bengkak pd bahagian tertentu tubuh; 2. ki sesuatu yg menyebabkan keburukan, kepincangan hidup dll yg merebak (spt pelacuran, rasuah, dll), sesuatu yg me­nyusahkan: pengangguran menjadi ~ dlm negeri itu; ~ sosial amalan atau perlakuan yg tidak baik yg berlaku dlm masyarakat, mis penagihan dadah dan tabiat melepak; 3. ki, Id bangsat, sial (makian); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sakit (adjektif)
1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah,
Berantonim dengan sihat

2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa,
Berantonim dengan selesa

3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit,
Berantonim dengan bahagia

Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit,

Puisi
 

Serai ini bukan serai kayu,
     Serai bernama penyakit kulit;
Cerai ini bukan cerai lalu,
     Cerai bernama berulang-alik.


Lihat selanjutnya...(33)
Peribahasa

Tua-tua penyakit,
     muda ubat;
sesudah tersepit baru tahu akan sifat.

Bermaksud :

Sesudah menderita kecelakaan, baru berikhtiar atau berunding hendak melepaskan diri daripada kecelakaan itu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sudah kalah baru berkubu).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
dedah[d«.dAh]kata namasejenis penyakit tidak puas buang air kecil.Mung keno gi klenek cepak-cepak, nyakek dedah ni bahayo.[muN k«.n gi klE.nE/ tS«.pA/.tS«.pA/ ø:A.ke/ d«.dAh ni bA.hA.j]Kamu kena pergi ke klinik cepat-cepat, penyakit dedas ni berbahaya.
siya[si.jA]kata kerjamenjadi sihat kembali (orang sakit), pulih (daripada sakit, penyakit), sembuh.Nyakek diyo tu siya doh lepah masok spita duwo tigo ari.[ø:A.ke/ di.j tu si.jA dh l«.pAh mA.so/ spi.tA du.w ti.g A.Äi]Penyakit dia tu dah sembuh selepas masuk hospital beberapa hari.
patoh jete[pA.toh dZ«.tE] penyakit pecah-pecah kulit pada kaki.Tapok kaki aku raso sakek bena pasa keno nyakek patoh jete.[tA.p/ kA.ki A.ku ÄA.s sA.ke/ b«.nA pA.sA k«.n ø:A.ke/ pA.th dZ«.tE]Tapak kaki saya rasa sungguh sakit kerana terkena penyakit pecah-pecah kulit.
radok[Ä:A.d/]kata namasejenis penyakit sesak nafas, asma.Smale Mok Teh radok kuak sapa keno masok spita.[smA.lE m/ teh Ä:A.d/ ku.wA/ sA.pA k«.n mA.so/ spi.tA]Malam tadi Mak Teh sesak nafas yang teruk sampai terpaksa ditahan di hospital.
nyetok[ø:E.t/]kata namasejenis penyakit yang datang dengan tiba-tiba menyebabkan anggota menjadi kaku, kejang dan lain-lain.Mok Teh tok leh nok wak gapo ari ni, pasa nyetok orak pagi takdi.[m/ teh t/ leh n/ wA/ g:A.p A.Äi ni pA.sA ø:E.t/ .ÄA/ pA.gi ttA/.di]Mak Teh tak dapat melakukan sesuatu hari ni, kerana tersalah urat pagi tadi.
bikong I[bi.koN]kata namasejenis penyakit kulit yang tumbuh pada betis.Bikong mung tok sia lagi?[bi.koN muN t/ si.jA lA.gi]Kudis di kaki kamu tak sembuh lagi?
maeng teri[m:AeN t:«.Äi] cara mengubati penyakit yang dilakukan oleh bomoh dengan menggunakan jampi serapah (zaman dahulu).Ore jare maeng teri loni, pasa ore cayo ko dokto.[.ÄE dZA.ÄE m:AeN t:«.Äi l:.ni pA.sA .ÄE tS:A.y k d/.to]Orang jarang-jarang berubat secara main puteri sekarang kerana mereka percaya kepada doktor.
babak I[b:A.bA/]kata namasejenis penyakit urat saraf yang terlihat pada letusan-letusan emosi yang tidak dapat dikawal, histeria.Anok ambo tu babak pulok doh smale.[A.n/ Am.b tu b:A.bA/ pu.l/ dh smA.lE]Anak saya tu histeria lagi semalam.
narak[n:A.ÄA/]kata kerjamerebak ke merata tempat (berkenaan api, penyakit kulit dan lain-lain).Api tu narak alah ko rumoh sebeloh pulok.[A.pi tu n:A.ÄA/ A.lAh k Äu.mh s«.b«.lh pu.l/]Api tu merebak ke rumah sebelah pula.
bageh[b:A.gEh]kata kerjamengubat dengan cara bomoh memberitahu punca penyakit dalam keadaan pesakit tidak sedarkan diriKalu nok tengok diyo sega, kito keno bageh denge Pok Mat Bageh.: Kalau kita nak tengok dia sihat, kita perlu berubat dengan Pak Mat Bageh.
12

Kembali ke atas