Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nya.kit] | ڤڽاکيت

Definisi : 1. sesuatu yg menyebabkan badan menjadi sakit (atau yg mengganggu kesihatan): dia sudah sihat drpd ~ lelah; ~ berjangkit penyakit yg mudah berjangkit (spt kurap, malaria, dll); ~ kelamin penyakit berjangkit yg lazimnya tersebar melalui hubungan seks; ~ mental (Ubat) gangguan mental; ~ organik (Ubat) penyakit yg melibatkan perubahan struktur tubuh; ~ tidur (Ubat) penyakit yg ditularkan kpd manusia melalui gigitan lalat tsetse (terutamanya di Afrika), dan dicirikan dgn demam yg berulang, pening, mengantuk, dan bengkak pd bahagian tertentu tubuh; 2. ki sesuatu yg menyebabkan keburukan, kepincangan hidup dll yg merebak (spt pelacuran, rasuah, dll), sesuatu yg me­nyusahkan: pengangguran menjadi ~ dlm negeri itu; ~ sosial amalan atau perlakuan yg tidak baik yg berlaku dlm masyarakat, mis penagihan dadah dan tabiat melepak; 3. ki, Id bangsat, sial (makian); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sakit (adjektif)
1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah,
Berantonim dengan sihat

2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa,
Berantonim dengan selesa

3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit,
Berantonim dengan bahagia

Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit,

Puisi
 

Serai ini bukan serai kayu,
     Serai bernama penyakit kulit;
Cerai ini bukan cerai lalu,
     Cerai bernama berulang-alik.


Lihat selanjutnya...(33)
Peribahasa

Tua-tua penyakit,
     muda ubat;
sesudah tersepit baru tahu akan sifat.

Bermaksud :

Sesudah menderita kecelakaan, baru berikhtiar atau berunding hendak melepaskan diri daripada kecelakaan itu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sudah kalah baru berkubu).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERGIGIAN

Pergigian ialah seni dan sains mendiagnosis,

merawat, dan mencegah penyakit-penyakit gigi,

rahang, dan tisu lembut di sekeliling mulut. Doktor

pergigian menjaga pesakit mereka dalam banyak

cara, terutamanya melalui kemahiran mereka

mengenal, membetulkan, dan mencegah masalah

gigi dan tisu yang menyokong gigi. Doktor

pergigian juga boleh mengambil peranan sebagai

ahli kesihatan pergigian. Misalnya, mereka boleh

mencadangkan cara yang betul untuk memberus

gigi supaya gigi sihat.

UMUM 
RABIES

Rabies atau penyakit anjing gila ialah penyakit

berjangkit yang memusnahkan sel saraf di

bahagian tertentu otak dan selalunya

mengakibatkan kematian. Manusia dan kebanyakan

mamalia lain boleh menghidap penyakit ini.

Perkataan rabies dalam bahasa Latin bermakna

kemarahan atau keberangan. Penyakit ini mungkin

diberikan nama sedemikian kerana haiwan yang

dijangkiti sering kali menjadi gila dan menyerang

sebarang objek atau haiwan lain yang berada di

hadapannya. Oleh sebab salah satu gejala penyakit

rabies ialah ketidakupayaan menelan air; penyakit

ini juga dikenali sebagai hidrofobia yang

bermaksud takut air.

UMUM 
KAKI TOMBOL

Kaki tombol ialah bentuk kaki yang luar biasa,

selalunya terjadi sejak kelahiran. Walau

bagaimanapun, ia berkemungkinan juga terjadi

kemudian akibat daripada kemalangan atau

poliomielitis atau disebabkan penyakit-penyakit

lain. Keadaan tersebut juga dinamakan talipes.

UMUM 
PRION

Prion ialah zarah mikroskopik yang menyebabkan

penyakit skrapi , sejenis penyakit yang menyerang

lembu dan kambing. Penyakit ini menyerang dan

lama-kelamaan memusnahkan sistem saraf pusat

haiwan. Penyakit ini kebiasaannya akan membawa

maut.

UMUM 
DEMAM CAMPAK

Demam campak ialah sejenis penyakit yang

mengakibatkan ruam di seluruh tubuh. Penyakit ini

ialah satu penyakit yang sangat mudah berjangkit

(boleh berjangkit melalui sentuhan). Lazimnya

penyakit ini berlaku pada kanak-kanak tetapi orang

dewasa juga boleh dijangkiti. Di negara maju

hanya segelintir  yang dijangkiti penyakit

itu menemui ajal. Walau bagaimanapun, penyakit

ini boleh menyebabkan kematian kepada ramai

kanak-kanak yang kekurangan zat makanan di

negara membangun. Nama perubatan untuk

penyakit campak ialah rubeola. Campak Jerman,

yang dikenali sebagai rubella sebenarnya ialah

sejenis penyakit yang berlainan, tetapi mempunyai

tanda-tanda awal yang serupa.

UMUM 
PENYAKIT VON WILLEBRAND UMUM 
PENYAKIT TAY-SACHS UMUM 
PENYAKIT SINARAN UMUM 
PENYAKIT SEL SABIT UMUM 
PENYAKIT RIKET UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas