Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nya.kit] | ڤڽاکيت

Definisi : 1. sesuatu yg menyebabkan badan menjadi sakit (atau yg mengganggu kesihatan): dia sudah sihat drpd ~ lelah; ~ berjangkit penyakit yg mudah berjangkit (spt kurap, malaria, dll); ~ kelamin penyakit berjangkit yg lazimnya tersebar melalui hubungan seks; ~ mental (Ubat) gangguan mental; ~ organik (Ubat) penyakit yg melibatkan perubahan struktur tubuh; ~ tidur (Ubat) penyakit yg ditularkan kpd manusia melalui gigitan lalat tsetse (terutamanya di Afrika), dan dicirikan dgn demam yg berulang, pening, mengantuk, dan bengkak pd bahagian tertentu tubuh; 2. ki sesuatu yg menyebabkan keburukan, kepincangan hidup dll yg merebak (spt pelacuran, rasuah, dll), sesuatu yg me­nyusahkan: pengangguran menjadi ~ dlm negeri itu; ~ sosial amalan atau perlakuan yg tidak baik yg berlaku dlm masyarakat, mis penagihan dadah dan tabiat melepak; 3. ki, Id bangsat, sial (makian); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sakit (adjektif)
1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah,
Berantonim dengan sihat

2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa,
Berantonim dengan selesa

3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit,
Berantonim dengan bahagia

Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit,

Puisi
 

Serai ini bukan serai kayu,
     Serai bernama penyakit kulit;
Cerai ini bukan cerai lalu,
     Cerai bernama berulang-alik.


Lihat selanjutnya...(33)
Peribahasa

Tua-tua penyakit,
     muda ubat;
sesudah tersepit baru tahu akan sifat.

Bermaksud :

Sesudah menderita kecelakaan, baru berikhtiar atau berunding hendak melepaskan diri daripada kecelakaan itu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sudah kalah baru berkubu).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
skin diseasepenyakit kulitPerubatanTiadaPenyakit-penyakit yang melibatkan kulit.
clinicklinikFarmasiTiada1. Bangunan atau jabatan hospital yang memberikan rawatan penyakit-penyakit tertentu atau rawatan perubatan untuk pesakit-pesakit.,3. Arahan perubatan dan pergigian dengan pesakit diperhatikan secara terus, simptom dicatat dan rawatan dibincang.
lithiumlitiumPerubatanTiadaLogam putih, nombor atom 3, berat atom 6.939, simbol Li, oksidanya berupa alkali dan garamnya digunakan untuk merawat penyakit-penyakit psikiatrik.
inherited diseasepenyakit keturunan/penyakit warisanPerubatanTiadaPenyakit yang diperolehi atau diwarisi oleh ibu bapa.
inherited diseasepenyakit keturunan/penyakit warisanFarmasiTiadaTiada
venereal diseasepenyakit venereal; penyakit kelaminFarmasiTiadaTiada
mental illnesspenyakit mental/penyakit jiwaPendidikanTiadaTiada
venereal diseasepenyakit venereal; penyakit kelaminPertanianTiadaTiada
mental illnesspenyakit mental/penyakit jiwaSosiologiTiadaTiada
venereal diseasepenyakit venereal; penyakit kelaminSosiologiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas