Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nye.bab] | ڤڽبب

Definisi : sesuatu atau seseorang yg menyebabkan ber­lakunya sesuatu: Ini akan meng­akibatkan kemusnahan kpd manusia yg juga me­rupakan ~ pencemaran itu. Kerosakan tisu merupakan ~ utama gejala penyakit dlm jangkitan virus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.nye.bab] | ڤڽبب

Definisi : 1. orang (pihak dsb) yg menjadi sebab atau punca kpd sesuatu (kejadian, peristiwa, perbuatan, dll); 2. sesuatu (spt penyakit, bencana alam, dll) yg menjadi sebab kpd sesuatu: dia tidak menyangka tindakan-nya yg menurut hati itu menjadi ~ dirinya tersadai dlm kancah kehinaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyebab


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin tahu apa itu maksud keselamatan awam dalam sesuatu daerah?? apakah penyebab utama?

Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat,  keselamatan merujuk kepada perihal selamat, kesejahteraan dan keamanan. Awam pula merujuk kepada orang ramai sbg suatu keseluruhan atau terbuka kpd semua orang. Daerah pula merujuk kepada lingkungan sesuatu pemerintahan, wilayah (sesebuah negara).

Merujuk kepada soalan kedua saudara : Apakah penyebab utama, saudara boleh membuat rujukan melalui majalah/buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka atau membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu DBP.

Makna04.01.2008
Salam sejahtera, 1) Apakah kesalahan dari segi tatabahasa dalam ayat ini -- Di sinikah awak selalu menghabiskan masa kelapangan bersama keluarga awak? 2) Apakah maksud ayat ini ---- Segala yang berlaku ke atas dirinya hanya sebagai penyebab. Terima kasih1) Di sinikah awak selalu menghabiskan masa kelapangan bersama keluarga awak? frasa yang betul ialah masa lapang.  
2) Segala yang berlaku ke atas dirinya hanya sebagai penyebab. Tidak tepat dari segi makna ayat, penyebab bermaksud orang yang menjadi sebab.
Tatabahasa14.05.2013
Adakah ayat ini mengikut tatabahasa Melayu dengan betul: "Ketidakbertanggungjawabanmulah penyebab ketidakberperikemanusiaanannya menjadi-jadi."Tatabahasa yang digunakan dalam ayat tersebut adalah salah.Tatabahasa12.03.2019
Saya sedang melakukan satu kajian sosiologi tentang konsep sains. Terdapat satu istilah iaitu 'correlation does not imply causation' yang saya tidak tahu untuk terjemahkan. Saya ingin menanya sama ada wujudkah istilah yang sa,a atau hampir sama di dalam Bahasa Melayu?Untuk makluman, tidak ada terjemahan bahasa Melayu untuk "correlation does not imply causation" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk correlation ialah korelasi, causation ialah sebab-musabab, penyebaban, penyebab, sebab, dan padanan untuk imply ialah mengimplikasikan, menandakan, membayangkan,  melibatkan. Cadangan terjemahan ialah "Korelasi tidak mengimplikasikan penyebab" atau "Korelasi tidak membayangkan sebab".Istilah06.10.2012
1) Apakah perbezaan makna bagi kata “sinonim” dan “sinonimi”? 2) Bagaimanakah perbezaan penggunaannya? 3) Mana satukah kata berimbuhan yang betul iaitu “bersinonim” atau “bersinonimi” Sila semak penggunaan kata di atas dalam ayat-ayat di bawah. a) Senarai Kata Sinonim bagi Kata Kerja ‘gigit’ dan ‘hiris’. b) Senarai Kata Bersinonim dengan Kata Kerja. c) Kata Kerja Bersinonimi Akibat Faktor Dialek. d) Kata yang Berkolokasi dengan Kata Sinonim Kata Kerja‘makan’. e) Kata yang Berkolokasi dengan Kata Kerja ‘lihat’ dan Kata Sinoniminya. f) Kata Kerja Bahasa Jerman dan Frasa Kerja Sinonimnya. g) Senarai Kata Kerja Mengikut Faktor-Faktor Kewujudan Sinonim. h) Kata Kerja Bersinonim dan Faktor-Faktor Penyebab Kewujudannya.1) Apakah perbezaan makna bagi kata “sinonim” dan “sinonimi”? 2) Bagaimanakah perbezaan penggunaannya?

Sinonim ialah kata yang sama atau hampir sama maknanya dengan kata lain, misalnya cantik dengan indah dan cepat dengan pantas. Manakala sinonimi pula ialah hubungan antara sinonim yang digunakan dalam istilah linguistik.


3) Berikut penggunaan perkataan sinonim dan bersinonimi yang betul ;

 a) Senarai Kata Sinonim bagi Kata Kerja ‘gigit’ dan ‘hiris’.

b) Senarai Kata Bersinonim dengan Kata Kerja.

c) Kata Kerja Bersinonimi Akibat Faktor Dialek.

d) Kata yang Berkolokasi dengan Kata Sinonim Kata Kerja ‘makan’.

e) Kata yang Berkolokasi dengan Kata Kerja ‘lihat’ dan Sinonimi.

f) Kata Kerja Bahasa Jerman dan Frasa Kerja Sinonim.

g) Senarai Kata Kerja Mengikut Faktor-Faktor Kewujudan Sinonim.

h) Kata Kerja Bersinonim dan Faktor-Faktor Penyebab Kewujudannya
.
Tatabahasa12.08.2013
Selamat sejahtera tuan/puan, adakah penggunaan 'ialah' di bawah betul atau harus digantikan dengan 'adalah'? Harap boleh jelaskan sebab penggunaan 'ialah' atau 'adalah' dalam konteks ini. Selain penggunaan kata pemeri, diharap dapat perbetulkan kesilapan lain dalam ayat di bawah. "Beliau ialah Fellow CPA Australia, dan dahulu merupakan Fellow Institut Akauntan Berkanun dan seorang Fellow Institut Setiausaha dan Pentadbir Berkanun." Terima kasihPenggunaan kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama yg digunakan utk menegaskan sesuatu pernyataan, mendahului penyebab atau keterangan dll: penggunaan "ialah dalam ayat ini betul. Keseluruhan ayat yang lebih tepat ialah "Beliau ialah Felow  CPA Australia. Sebelum ini beliau pernah bertugas sebagai felow di Institut Akauntan Berkanun dan di Institut Setiausaha dan Pentadbir Berkanun."
Tatabahasa05.07.2017
bagaimana bahasa tabu wujud dan dipraktikkan dalam masyarakat? Tabu ialah sesuatu yg dilarang, pantang larang, pemali; 2. (yg) terlarang, (yg) diharamkan atau ditegah drpd dipercakapkan dsb. Bahasa ini wujud kemungkinan besar disebabkan oleh gejala sosial yg wujud pada hari ini. Misalnya, budaya sesuatu negeri yg diambil oleh negeri lain dalam perbualan walaupun pada asalnya untuk negeri tersebut, tetapi telah disalahertikan oleh komuniti sosial masyarakat negeri lain. Ini ditambah pula dengan masalah bahasa slanga yg kadangkala terdapat ungkapan tabu di dalamnya yg dipraktikkan oleh sebilangan masyarakat lain. Proses integrasi sosial antara penyebab kepada wujudnya bahasa tabu tersebut. T.kasih.Lain-lain21.08.2008
Salam, Di laman Twitter, terdapat satu konsep yang dipanggil thread. Thread ini merupakan satu rantaian "tweet" yang berkait antara satu sama lain dan selaluny berdasarkan satu topik yang khusus. Ada warga Twitter yang menterjemahkan thread sebagai bebenang, adakah terjemahan ini tepat dan jika tidak, apakah cadangan DBP? Mana satu yang betul dari segi tatabahasa? 1. Ini ialah bebenang. 2. Ini adalah bebenang.

1. Sumbar daripada Istilah MABBIM

Istilah Sumber Istilah Indonesia Istilah Brunei Istilah Malaysia Bidang
thread ulir jalur jalur Teknologi Maklumat

Untuk makluman, padanan bahasa Melayu untuk istilah "thread" dalam bidang teknologi maklumat ialah jalur.

2. Tatabatahasa yang betul "Ini ialah bebenang". "Ialah" - kata yg digunakan utk menegaskan sesuatu pernyataan, mendahului penyebab atau keterangan dll: Orang yg dituduh itu ~ perempuan.

Istilah04.07.2017

Kembali ke atas