Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ran.ta.ra.an] | ڤرانتاراءن

Definisi : 1 hal berantara; hal menghubungkan orang dll yg berantara. 2 cara atau jalan yg menjadi penghubung supaya sesuatu dpt dilaksanakan: Ceramah itu disampaikan melalui ~ televisyen. Hadiah hari jadi kawannya dikirim melalui ~ seorang sahabat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.ran.ta.ra.an] | ڤرانتاراءن

Definisi : 1. perihal mengantarai (ber­tindak sbg orang tengah): dlm pertikaian antara Malaysia dgn Indonesia diminta ~ dr negeri Siam; 2. penghubung (antara dua orang dll): saya kirim surat ini dgn ~ kawan saya; 3. = dgn ~ dgn jalan, melalui: kursus itu diberikan dgn ~ radio; 4. ark hubungan (pertalian, pergaulan): ~ dgn majikannya sudah kurang baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perantaraan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam tuan/puan, Bolehkah tuan/puan bezakan penggunaan istilah ini? 1. bahasa pengantar 2. bahasa perantaraan Terima kasih.Bahasa pengantar ialah bahasa yang digunakan untuk menyampaikan maklumat, seperti ilmu pengetahuan dan sebagainya. Bahasa perantaraan ialah bahasa yang menjadi penghubung antara beberapa pihak yang berkomunikasi.Makna24.10.2014
Saya pelajar university fatoni mahu bertanya tentang makna dalam bahasa melayu,pekataan komunikasi.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, komunikasi membawa maksud perhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll); ~ massa komunikasi atau perhubungan dgn atau yg sampai kpd orang ramai amnya; berkomunikasi berhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll), mengadakan perhubungan (ber­cakap, berbincang, bertukar-tukar pendapat, dll): bahasa ialah alat utk ~ dan alat utk berfikir dan melahirkan buah fikiran; mengkomunikasikan menyebarkan atau menyampaikan maklumat (berita, dll) melalui saluran komunikasi: muzium di Amerika Syarikat menghubungi sekolah utk ~ pengajaran yg diberikan.Makna12.04.2015
Bolehkah kita menggunakan bahasa melayu yang telah DBP seragamkan menjadi bahasa perantaraan di nusantara asia tenggara secara meluas sebagai bahasa percakapan dan standard bukan hanya di Malaysia malahan di Indonesia, Brunei dan kawasan sekitarnya?Boleh.Lain-lain07.10.2014
APAKAH PERBEZAAN ANTARA WAHANA DAN BAHANA?Wahana bermaksud saluran atau perantaraan (yang memungkinkan sesuatu dilakukan, disampaikan, atau dicapai), manakala bahana antaranya bermaksud sesuatu yang timbul disebabkan daripada sesuatu kejadian (perbuatan, tindakan, keadaan, dan sebagainya). Untuk melihat makna yang lain sila rujuk Kamus Dewan.Makna30.08.2009
apa makna perkataan baruah .... leh tolong saya takBarua bermaksud orang perantaraan yang digunakan untuk mengerjakan sesuatu pekerjaan jahat; kata makian.Makna30.04.2008
Manakah yang betul penggunaan 'mediating factor' ke dalam bahasa melayu, sama ada faktor perantaraan atau faktor pengantaraan?Penggunaan yang betul untuk "mediating factor" dalam bahasa Melayu ialah pengantaraan.

Makna22.05.2017
Apakah makna perkataan wahanaMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, wahana bermakna saluran atau perantaraan (yg memungkinkan sesuatu dilakukan, disampaikan, atau dicapai). Untuk keterangan lanjut dan untuk mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna22.03.2009
apakah yang dimaksudkan dengan lingua francaLingua franca merupakan bahasa Latin yang bermaksud bahasa perantaraan atau bahasa perhubungan antara masyarakat atau orang-orang yang berlainan bahasa.Makna15.08.2007
boleh saya tahu ejaan sebenar lingkuafranka dan maksudnya...Lingua franca bermaksud bahasa perhubungan atau bahasa perantaraan antara masyarakat atau orang-orang yang berlainan bahasa. lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=Lingua+franca&d=1 untuk maklumat lanjut.Makna25.01.2013
MAKNA SALURANSaluran bermaksud salur, iaitu sesuatu yang menjadi jalan atau laluan untuk mengalirkan air dsb.. jalan (perantaraan, cara) untuk melalkukan sesuatu. Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1375.  Makna13.03.2008
12345

Kembali ke atas