Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ran.tau] | ڤرنتاو

Definisi : orang yg pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan dll); orang asing (dlm sesebuah negara). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.ran.tau] | ڤرنتاو

Definisi : 1. orang asing, pengembara, kelana; 2. orang yg pergi ke negeri lain, orang yg mencari penghidupan di negeri lain (negeri orang): kira-kira tujuh puluh tahun yg lalu, tibalah di negeri ini sekumpulan orang ~ dr Minangkabau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rantau (kata nama)
1. Bersinonim dengan pesisir: pantai, tebing, teluk, tanjung,

2. Bersinonim dengan daerah: kawasan, wilayah, zon, negara asing,

Kata Terbitan : merantau, perantauan, perantau,

Juga ditemukan dalam:

Perkhidmatan +

Puisi
 

Pergi ke pulau memetik mengkudu,
     Hendak dikirim ke Surabaya;
Adat perantau memang begitu,
     Sampai musim pulanglah dia.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MERPATI PERANTAU

Merpati perantau ialah burung yang telah

pupus yang dahulunya banyak terdapat di timur

Amerika Utara. Merpati perantau yang terakhir

diketahui mati pada tahun 1914 di Taman Zoologi

Cincinnati, Ohio, Amerika Syarikat. Bangkainya kini

dipamerkan di National Museum of Natural History

(Muzium Sejarah Alam Semula Jadi Kebangsaan) di

Washington, D.C.

UMUM 
KLANG

KLANG salah sebuah petempatan lama di Semenanjung Tanah Melayu.  Asal usul nama Kelang berkait rapat dengan kedudukan Kelang sebagai pelabuhan dan tempat persinggahan para pedagang dan perantau.  Berbagai-bagai nama dapat dikesan seperti Clang, Clan, Callangh, Calangh, Callang dan lain-lain.  Pada masa ke-15 dan abad ke-16, khususnya dalam hikayat-hikayat Melayu, ada menyebut tentang nama Raden Kelang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
DATUK DAGANG

DATUK DAGANG, salah satu jawatan yang sangat penting dalam sistem pentadbiran tradisional Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Pemegang jawatan ini diberi tanggungjawab untuk mengendalikan hal ehwal orang dagang. Orang dagang merujuk orang Melayu yang baru menetap di kawasan tertentu di negeri-negeri Melayu. Mereka juga ialah para perantau, pengembara dan peneroka yang tinggal di kawasan penempatan yang baru dibuka atau menetap di kampung lain sebagai orang baharu.

     

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran

Kembali ke atas