Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ran.tau] | ڤرنتاو

Definisi : orang yg pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan dll); orang asing (dlm sesebuah negara). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.ran.tau] | ڤرنتاو

Definisi : 1. orang asing, pengembara, kelana; 2. orang yg pergi ke negeri lain, orang yg mencari penghidupan di negeri lain (negeri orang): kira-kira tujuh puluh tahun yg lalu, tibalah di negeri ini sekumpulan orang ~ dr Minangkabau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rantau (kata nama)
1. Bersinonim dengan pesisir: pantai, tebing, teluk, tanjung,

2. Bersinonim dengan daerah: kawasan, wilayah, zon, negara asing,

Kata Terbitan : merantau, perantauan, perantau,

Juga ditemukan dalam:

Perkhidmatan +

Puisi
 

Pergi ke pulau memetik mengkudu,
     Hendak dikirim ke Surabaya;
Adat perantau memang begitu,
     Sampai musim pulanglah dia.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Makan buah berdulang-dulang, Makanan anak si perantau; Jika tuah berbalik pulang, Jika tidak hilang di rantau.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Pergi ke pulau memetik mengkudu, Hendak dikirim ke Surabaya; Adat perantau memang begitu, Sampai musim pulanglah dia.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Sumatera berjerbu Jambi berjerebu, Hutan terbakar musim kemarau; Rasa sayu hatiku pilu, Mendengar khabar dari perantau.Pantun Melayu SARAWAKSerumpun Senada
Puyuh berlari dalam jerami, Tiak menyanyi merdu suara; Tujuh lautan telah kuselami, Tidak kutemui sebutir mutiara.Pantun Melayu SARAWAKPerantau
Dibelah dua diambil pati, Campur dengan bunga raya; Telah kutemui pencarian sejati, Cintai Allah yang maha kaya.Pantun Melayu SARAWAKPerantau
Lengkuas penuh dengan serat, Dibuang kulit diambil pati; Puas kujelajahi laut dan darat, Baru kutemui pencarian sejati.Pantun Melayu SARAWAKPerantau
Sayang Tini sayamg Reduan, Tekat menekat baldu sutera; Saya di sini rindu-rinduan, Nasihat ibu membalut lara.Pantun Melayu SARAWAKPerantau
Kupu-kupu terbang petang, Kerat empat keladi buah; Kutinggal ibu kutinggal sayang, Hasrat nak dapat gading bertuah.Pantun Melayu SARAWAKPerantau
Darjat pangkat berserta bintang, Darjat diukur tidak terbilang, Hajat berdagang di tanah seberang, Dapat untung dibawa pulang.Pantun Melayu SARAWAKPerantau
Ke sana sini menarik rantau, Ikan belanak ikan tenggiri; Begini nasib dagang merantau, Makan sesuap kenyang sehari.Pantun Melayu SARAWAKPerantau
12

Kembali ke atas