Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1 hal berasa atau merasai sesuatu: ~ ingin menjadi sasterawan terkenal meluap-luap di dadanya. 2 rasa atau keadaan batin ketika menghadapi sesuatu: Hatinya selalu didatangi ~ takut. 3 kesanggupan utk berasa: Sindiran orang itu menyinggung ~ beberapa orang yg hadir. 4 pertimbangan hati ttg sesuatu; pendapat: Bagaimana ~ saudara ttg perkara ini? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1. perihal merasa(i) dgn badan atau kulit dll, hasil atau perbuatan merasa dgn badan atau kulit dll: makanan yg lama tinggal dlm perut boleh menyebabkan sakit dan lain-lain ~ yg tidak menyenangkan; 2. perihal merasa(i) dlm hati atau batin, hasil atau perbuatan merasa dlm hati atau batin, sentimen: seorang gadis yg sangat halus ~nya; ~ kurang senang; tunjuk ~ perbuatan me-nyatakan bantahan beramai-ramai, demonstrasi; 3. kemampuan (kecekapan, kekuatan) utk merasa(i): seekor tikus me­nangkap mang­­sa­­nya dgn ~; tajamkanlah ~, pelihatan, dan fikiran tatkala menghadapi musuh; 4. fikiran, pendapat, pertimbangan: bagaimana ~ tuan berkenaan dgn masalah ini?; ~ perkauman sentimen yg berdasarkan kaum; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rasa
1. Dalam konteks pelbagai rasa
bersinonim dengan manis, masam, masin, pahit, tawar, payau, pedas, maung, hambar, kelat,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan fikir
( kira, ingat, agak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : rasanya, rasa-rasanya, berasa, merasai, merasakan, terasa, perasaan, berperasaan, perasa, berperasa,

Peribahasa

Kerana lotong terlalu makan,
     tupai dijulai timpa perasaan.

Bermaksud :

Orang besar-besar yang bersuka-ria, orang kecil-kecil yang gembira berlebih-lebihan. lotong (lutung) = kera hitam.

 

Lihat selanjutnya...(17)

476

When poverty comes in at the door, love flies out of the window

Apabila timbul masalah kewangan, perasaan kasih pada seseorang itu mulai lenyap.

Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang.

She told me that nothing would come between me and her. But, we wereoff then. When my money ran dry, the sweet smile which used to greet me when I came back from work now turned sour. Who said that when poverty comes in at the door, love flies out of the window? Even the pots and pans started to fly out from every windows and door!

Katanya, tiada apa yang dapat memisahkan kami berdua. Itu dahulu tatkala kami hidup mewah. Apabila kocekku mula kering, senyuman manis yang selama ini menyambut kepulanganku kini berubah menjadi cuka. Kasih menjadi benci. Kami bertengkar setiap hari. Siapa kata, ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang? Periuk belanga pun turut sekali terbang melayang keluar tingkap dan pintu!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Majalah

Dewan Budaya » Penghayatan Rukun Negara dalam Kalangan Masyarakat Malaysia
dalam jiwa mereka agar jurang perbezaan yang wujud antara kaum dapat diatasi. Sebelum ini, semangat “kekitaan” dalam kalangan rakyat tidak begitu menebal dan perkara ini menjadi penghalang dalam usaha menanam perasaan cinta akan bangsa dan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana perasaan iri hati dan tidak percaya dalam kalangan kaum berleluasa hingga tercetusnya tragedi 13 Mei 1969. Pada masa itu, orang bukan Melayu masih menumpukan perhatian mereka ke tanah besar China dan
Dewan Budaya » 2017 » April
P. Ramlee tidak ada penggantinya.” Tambah Ahmad Nawab dalam buku yang sama, “…tidak ada seorang pun seniman dalam negara kita yang berkeupayaan seperti P. Ramlee.” Filem tragedi kemasyarakatannya yang menyentuh perasaan dan kekal dalam ingatan dan diulang tayang dan berulang-ulang ditonton ialah Penarik Becha (1955), Anakku Sazali (1956), Semerah Padi (1956), Antara Dua Darjat (1960) dan Ibu Mertuaku (1962). Sementara tangannya, bintang yang berbakat ini menjadi cemerlang. Kekuatan orang lain turut menjadikan bakat dirinya lebih terserlah dan gemilang. Gandingan itulah yang menjadikan komedinya lebih mencuit hati dan dramanya lebih menyentuh perasaan. Bintang yang berulang dalam filem arahannya membuktikan nilai persahabatan, kesetiakawanan, serta hubungan yang erat, seperti sebuah keluarga besar. **** Artikel dipetik dari Dewan Budaya Bil.4 2017 Posted in: Uncategorized 0
Dewan Budaya » 2018 » September
dalam jiwa mereka agar jurang perbezaan yang wujud antara kaum dapat diatasi. Sebelum ini, semangat “kekitaan” dalam kalangan rakyat tidak begitu menebal dan perkara ini menjadi penghalang dalam usaha menanam perasaan cinta akan bangsa dan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana perasaan iri hati dan tidak percaya dalam kalangan kaum berleluasa hingga tercetusnya tragedi 13 Mei 1969. Pada masa itu, orang bukan Melayu masih menumpukan perhatian mereka ke tanah besar China dan
Dewan Budaya » Gatra Perdana
dalam jiwa mereka agar jurang perbezaan yang wujud antara kaum dapat diatasi. Sebelum ini, semangat “kekitaan” dalam kalangan rakyat tidak begitu menebal dan perkara ini menjadi penghalang dalam usaha menanam perasaan cinta akan bangsa dan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana perasaan iri hati dan tidak percaya dalam kalangan kaum berleluasa hingga tercetusnya tragedi 13 Mei 1969. Pada masa itu, orang bukan Melayu masih menumpukan perhatian mereka ke tanah besar China dan
Dewan Budaya » 2013 » September
tamadun bangsa yang dipandang tinggi oleh negara lain, sekurang-kurangnya oleh negara membangun. Pendidikan masih merupakan instrumen terpenting dalam pembudayaan perpaduan rakyat di negara ini. Situasi akan menjadi sukar jika perasaan sangsi ini terus menguasai masyarakat. Kesangsian akan mewujudkan perasaan syak wasangka dan tuduh menuduh tanpa asas yang menghalang pembinaan suasana yang harmoni. Kesangsian hanya dapat dipadamkan dengan manifestasi nilai toleransi yang dipupuk sejak kecil dalam diri individu yang bergelar
?feed=atom
mereka agar jurang perbezaan yang wujud antara kaum dapat diatasi.</p> <p>Sebelum ini, semangat “kekitaan” dalam kalangan rakyat tidak begitu menebal dan perkara ini menjadi penghalang dalam usaha menanam perasaan cinta akan bangsa dan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana perasaan iri hati dan tidak percaya dalam kalangan kaum berleluasa hingga tercetusnya tragedi 13 Mei 1969. Pada masa itu, orang bukan Melayu masih menumpukan perhatian mereka ke tanah besar China dan
?feed=rss2
mereka agar jurang perbezaan yang wujud antara kaum dapat diatasi.</p> <p>Sebelum ini, semangat “kekitaan” dalam kalangan rakyat tidak begitu menebal dan perkara ini menjadi penghalang dalam usaha menanam perasaan cinta akan bangsa dan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana perasaan iri hati dan tidak percaya dalam kalangan kaum berleluasa hingga tercetusnya tragedi 13 Mei 1969. Pada masa itu, orang bukan Melayu masih menumpukan perhatian mereka ke tanah besar China dan
Dewan Budaya » 2012 » April
termasuklah China, Vietnam, Korea Utara, Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan, Singapura, Malaysia dan Jepun. Confucius merupakan fahaman yang membentuk satu sistem moral yang diasaskan oleh nilai akhlak, sifat kemanusiaan dan perasaan kasih sayang. Sistem ini terbentuk ekoran pengalaman yang dilalui Kung Fu Tze pada zaman pemerintahan yang kacau-bilau. Ketika itu pemerintah dikatakan menindas rakyat, mengamalkan rasuah, dan sistem pendidikan hanya
Dewan Budaya » 2012 » December
Comments HAMAM DAN TARIAN DARWIS admin on December 2nd, 2012 Oleh Muhammad Haji Salleh Di Capadoccia, kami menikmati bangunan yang tingginya hanya setingkat, yang berjarak di antara satu sama lainnya. Perasaan langka ini tidak mungkin lagi kita alami di banyak tempat di dunia.Melainkan di tempat terpencil dan di pulau-pulau Polinesia dan kawasan pergunungan Asia Tenggara dan di Kanada atau
Dewan Budaya » 2015 » January
meluas sehingga memudahkan mereka berkomunikasi, keindahan landskap, pusat beli-belah yang hebat, kepelbagaian budaya masyarakat pelbagai etnik, keenakan makanan, sejarah yang menarik, metropolis yang hidup, hutan tropika, kemesraan penduduk dan perasaan selamat. Apakah strategi dan pendekatan terbaik untuk menarik para pelancong luar, terutama pelancong kaya ke negara ini? Adakah memadai dengan langkah yang diambil sebelum ini? Atau banyakkah lagi yang perlu
Dewan Budaya » 2017 » June
perancangan awal penulis ini untuk mengeluarkan peluh di taman ternyata tidak berjaya dan telah bertukar kepada mengeluarkan peluh di dalam kereta. Penulis ini mengambil keputusan untuk pulang ke rumah dengan perasaan kecewa. Dalam perjalanan pulang ke rumah, persoalan tentang masalah obesiti dan kolesterol yang disebut oleh penyampai radio tadi terus bermain dalam fikiran penulis ini. Bagaimana boleh timbulnya isu ini kerana
Dewan Budaya » 2012 » February
ini dipetik daripada Dewan Budaya Februari 2012. Posted in: Uncategorized 0 Comments Lukisan Badan Sebuah Ekspresi Seni admin on February 5th, 2012 Oleh Hasan Baseri Budiman “S eni ialah ungkapan perasaan. ”Jika direnungkan, sesungguhnya ungkapan tersebut memiliki kebenarannya, kerana seni itu sendiri sememangnya merupakan ungkapan daripada pengalaman batin. Pengalaman itu kemudian dituangkan melalui pelbagai medium seni yang akhirnya dinikmati sebagai sebuah
Dewan Budaya » 2013 » July
elemen pemulihan di penjara ini. Coretan spontan salah seorang peserta berusia 40-an yang menjalani hukuman rotan dan dipenjarakan atas kesalahan memiliki dan penyalahgunaan dadah memberikan kesan yang cukup menyentuh perasaan saya. Satu lagi coretan anak muda berusia 22 tahun dari Penjara Kluang, Johor, amat menyentuh emosi dan sanubari saya. Apatah lagi dititipkan satu pesan yang menimbulkan sebak di hati saya
Dewan Budaya » 2013 » August
yang menangguk di air yang keruh bagi mencetuskan suasana kacau bilau. Tegas Perdana Menteri, tiga prinsip utama dikekalkan, iaitu; pertama, menangani perbuatan dan perlakuan yang mendatangkan kebencian, penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau raja-raja; kedua, menangani perbuatan dan perlakuan mengembangkan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk berlainan di negara ini, dan
Dewan Budaya » 2014 » October
dalam kepelbagaian dan keterangkuman sementara memastikan keadilan untuk semua dan masih patuh kepada Perlembagaan kita. Ini bermakna kita menerima kepelbagaian kaum, agama dan kepercayaan, dan dengan menjadi inklusif, kita membina perasaan saling menghormati dan penerimaan menjadikannya satu asas yang kukuh terhadap perpaduan dan kesalingpercayaan.” Oleh itu, kita perlu bijak mengurus kepelbagaian, kelainan, dan perbezaan dengan tidak menganggapnya sebagai masalah dan hambatan

Kembali ke atas