Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perawi

Perkhidmatan +


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
audio-visualaudiovisualKomunikasiKorporatPeralatan elektronik atau bukan elektronik yang digunakan dalam aktiviti penerbitan bahan promosi dan publisiti. Antara jenis peralatan yang kerap digunakan termasuklan slaid, kaset, cakera padat (CD), atau radio serta suara latar perawi. Alat ini digunakan untuk menghasilkan bunyi bagi mengiringi unsur visual yang diterbitkan. Bahan visual lain yang turut digunakan ialah gambar, model, dan papan putih. Apabila teknologi multimedia diperkenalkan, komputer dan pelbagai jenis perisiannya seperti Photoshop, Ilustrator, dan 3-D diaplikasikan secara meluas. Peralatan ini boleh digunakan untuk memberikan hasil yang sama atau lebih baik daripada teknologi lama. Dalam komukasi korporat, penggunaan alat audiovisual ini sangat biasa digunakan terutama dalam sesi taklimat, mesyuarat, atau pengurusan majlis.
musical commercialiklan iramaKomunikasiKorporatSalah satu kaedah mempersembahkan mesej pengiklanan dengan mengguna - kan irama dan lagu. Melalui kaedah ini, mesej dipersembahkan dengan iringan muzik yang dicipta khas untuk membawa mesej yang disampaikan. Terdapat dua cara utama iklan ini dihasilkan. Pertama, keseluruhan iklan dipersembahkan sepenuhnya dalam bentuk muzik dan setiap perkataan yang digunakan memberikan makna yang berkaitan dengan barangan atau perkhidmatan. Kedua, iklan yang disampaikan dengan pendekatan persembahan yang pelbagai, iaitu gabungan antara muzik bermesej dengan dialog atau maklumat mengenai barangan dan perkhidmatan yang dipersembahkan oleh perawi. Iklan ini berfungsi untuk menarik perhatian khalayak kepada mesej barangan atau perkhidmatan terutamanya kanak-kanak. Iklan ini boleh disiarkan melalui media elektronik atau secara audio yang disampaikan melalui pembesar suara seperti penjual aiskrim. Sinonim dendang.
advertising script/ advertising copyskrip naskhah pengiklananKomunikasiKorporatIdea yang disusun menjadi teks yang mengandungi makna untuk menyampaikan mesej pengiklanan kepada khalayak. Teks boleh wujud dalam empat bentuk, iaitu teks audio, teks video, teks tulisan, dan teks lisan. Skrip terdiri daripada dua format, iaitu skrip penuh dan skrip separa penuh. Skrip penuh mengandungi semua maklumat yang diperlukan dan dicatatkan dengan jelas dalam skrip untuk menghasilkan sesuatu persembahan dan penerbitan iklan. Maklumat dalam skrip teks penuh selalunya mengandungi arahan tentang sesuatu yang seharusnya dilakukan, jenis visual yang digunakan, jenis dan sifat audio yang diperlukan, serta tulisan grafik yang perlu dimasukkan. Teks separa penuh hanya mengandungi fakta-fakta utama yang kemudiannya digunakan secara langsung dengan ayat-ayat yang diolah sendiri oleh perawi atau pelakon iklan. Format dan pendekatan penulisan dan alahan skrip bergantung pada genre iklan serta media penyiaran yang digunakan. Terdapat dua jenis format penulisan skrip, iaitu format Hollywood dan format Perbadanan P

Kembali ke atas