Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perbuatan

Peribahasa

Terpijak di tanah kapur,
     putih tapak;
terpijak di tanah arang,
     hitam tapak.

Bermaksud :

Perbuatan baik, baiklah akibatnya; perbuatan jahat, jahatlah akibatnya.

 

Lihat selanjutnya...(119)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
actberlakon; tindakan (UDG; perbuatanSejarahTiada2. Tindakan - proses melakukan sesuatu atau bertindak.,3. Perbuatan - dalam tahanan skolastisisme, ia dianggap kegiatan atau perbuatan menyempurnakan sesuatu
displacementpenyesaranUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerbuatan mendesak sekumpulan manusia supaya beralih dari sesuatu tempat. Dalam undang-undang jenayah antarabangsa, penyesaran secara paksa bermaksud perbuatan mengusir atau memindahkan penduduk dengan cara kekerasan, dan keduaduanya merupakan perbuatan jenayah terhadap kemanusiaan. Penyesaran terhadap sesuatu kumpulan yang dilindungi merupakan niat khusus bagi jenayah kemanusiaan yang dikenali sebagai pembersihan etnik. Lihat juga pembersihan etnik.
مرفوع فعلىmarfū’ perbuatanAgama IslamHadithPerbuatan yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
موقوف فعلىmawqūf perbuatanAgama IslamHadithPerbuatan yang diriwayatkan daripada sahabat.
protected personorang dilindungiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaGolongan manusia yang tidak boleh dibunuh atau dicederakan dalam konflik bersenjata. Orang dilindungi ialah orang yang tidak mengambil bahagian dalam permusuhan (seperti orang awam, pegawai perubatan, dan petugas kemanusiaan) dan orang yang tidak lagi mampu berperang (seperti askar yang cedera atau sakit, dan tawanan perang). Mereka dilindungi daripada dibunuh, dicederakan atau perbuatan-perbuatan ganas lain. Wanita dan kanak-kanak pula dilindungi secara khusus. Wanita dilindungi daripada dirogol, pelacuran paksa, kehamilan paksa, serangan sumbang dan perhambaan. Kanak-kanak dilindungi daripada digunakan untuk menyertai permusuhan dan perhambaan. Perbuatan mencederakan orang dilindungi merupakan jenayah perang dan/atau jenayah terhadap kemanusiaan.
allocationperuntukan; penempatanPerpustakaanTiada3. Perbuatan menempatkan buku-buku,. 4. Perbuatan menempatkan satu subjek dalam konteksnya, atau selepas subjek yang lain.
acttindakanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerbuatan sesuatu entiti. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, perbuatan organ negara (komponen utama dalam sebuah sistem pemerintahan) seperti badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman dianggap sebagai suatu tindakan yang diputuskan oleh negara berkenaan. Contohnya, tindakan menggunakan ketenteraan terhadap negara lain, tindakan melalui penggunaan Akta Parlimen yang menuntut bahagian laut sebagai zon maritim, atau keputusan mahkamah untuk menyita harta milik syarikat asing. Sesuatu tindakan yang menyalahi obligasi antarabangsa boleh dianggap sebagai tindakan yang menyalahi peraturan antarabangsa, dan melibatkan tanggungjawab antarabangsa.
hackingpenggodamanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerbuatan menyerang prasarana pengkomputeran suatu sasaran dengan tujuan mengganggu pengendalian biasa. Perbuatan ini biasanya dilakukan oleh pengguna hasad seperti perekah, penggodam, penceroboh dan sebagainya,
abolitionpenghapusanSejarahTiada1. Perbuatan menghapuskan, biasanya berkaitan dengan undang-undang, dasar pentadbiran, pemerintahan atau kuasa.,2. Hasil perbuatan menghapuskan, biasanya berkaitan dengan undang-undang, dasar, pentadbiran, pemerintahan atau kuasa.
hacktivismaktiviti penggodamTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerbuatan menggunakan teknik penggodaman untuk menyerang prasarana pengkomputeran suatu sasaran. Perbuatan ini bertujuan untuk mengganggu operasi biasa tetapi tidak merosakkan sistem perisian atau merosakkan data dengan teruk. Aktiviti ini difikirkan boleh menarik perhatian masyarakat terhadap pendapat dan pandangan ahli godam yang mungkin kerap kali tidak diendahkan dan dipedulikan oleh sesebuah organisasi, industri atau badan kerajaan.
12345678910...

Kembali ke atas