Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perbuatan

Peribahasa

Terpijak di tanah kapur,
     putih tapak;
terpijak di tanah arang,
     hitam tapak.

Bermaksud :

Perbuatan baik, baiklah akibatnya; perbuatan jahat, jahatlah akibatnya.

 

Lihat selanjutnya...(119)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Hidung dicium, pipi digigit.Kasih sayang yang pura-pura saja; menyembunyikan perbuatan jahat dengan perbuatan baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terpijak di tanah kapur, putih tapak; terpijak di tanah arang, hitam tapak.Perbuatan baik, baiklah akibatnya; perbuatan jahat, jahatlah akibatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau baik disebut orang; kalau jahat, jahatlah.Perbuatan yang baik akan disebut baik, perbuatan yang jahat akan disebut jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hilang tapak tukul, timbul tapak canai.Perbuatan (baik dan jahat) orang yang terlebih dulu itu telah hilang, kerana dilindungi oleh perbuatan orang yang kemudiannya. tukul = pemukul kecil; canai = asah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jika yang baik diperbuat bersilang cerana datang, jika yang buruk diperbuat bersilang telunjuk bibir.Perbuatan baik apabila dikerjakan dapat pujian di mana-mana, perbuatan buruk apabila dikerjakan dapat celaan kanan dan kiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sariat palu memalu, hakikat balas membalas.Kebaikan hendaklah dibalas dengan kebaikan. sariat (syari'at) = aturan agama, di sini dimaksudkan kepada perbuatan; hakikat = kebenaran, yang sebenarnya jadi pendorong perbuatan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menjaring angin.Perbuatan yang sia-sia belaka.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mencukur kepala.Perbuatan yang memalukan kaum keluarga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bersuluh tengah hari.Perbuatan yang pandir, bertanya tentang sesuatu yang sudah diketahui; mensia-siakan tenaga dan wang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bersuluh menjemput [= minta] api, b. Lagi terang lagi bersuluh).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berkepanjangan bagai agam.Perbuatan atau perkataan yang tidak ada hujungnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678910...

Kembali ke atas