Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.gi] | ڤرݢي

Definisi : berjalan ke tempat lain; meninggalkan tempat yg mula-mula: Dia ~ ke pasar. pulang ~ pergi dan baik semula. ~ dahulu a. pergi terlebih dahulu. b. meninggal dunia; mati. ~ haji menunaikan fardu haji di Mekah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[per.gi] | ڤرݢي

Definisi : 1. berjalan dll menuju ke sesuatu tempat (mendapatkan seseorang dll): ia mengajak saya ~ ke Kelantan; kalau tidak percaya ~lah berjumpa ayah kau dan tanyalah dia; 2. me­ninggalkan sesuatu tempat, berundur (dr): orang muda tadi telah ~ dr situ; 3. berangkat, bertolak: pagi esok saya ~ dgn kereta api pertama; ~ balik (datang, mari) = pulang ~ pergi dan balik (berulang-alik); ~ dahulu a) pergi lebih dahulu; b) ki mati; ~ haji naik haji; ~ jahanam = ~ setan = ~ telukup (telungkup) persetan (binasalah, jahanamlah); berpergian pergi (berjalan dll) ke tempat yg jauh: sejak keretanya rosak, ia sukar ~; kepergian perihal pergi, keberangkatan: yg lebih menyedihkan lagi ialah ~ anaknya yg sedemikian lama itu tidak pernah berpisah dengannya; pemergian 1. perjalanan (yg jauh): Daim menceritakan kisah ~nya ke luar negeri; 2. kepergian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pergi (kata kerja)
1. Bersinonim dengan menuju ke: menujui, menghala ke, mengarah ke,
Berantonim dengan datang

2. Bersinonim dengan berhambus: cabut, lari, nyah, incit, keluar, hilang, turun, angkat kaki, kepol, calo, andun,

3. Bersinonim dengan bertolak: berlepas, berangkat, belayar, berjalan, bercemar duli, bertolak punggung, mengorak langkah, mengorak sila,
Berantonim dengan tiba

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan meninggal dunia, mati, wafat, mangkat,

Kata Terbitan : berpergian, kepergian, pemergian,

Puisi
 

Cik Ali pergi berperang,
     Pergi berperang dengan senjata;
Awan di langit kalau terang,
     Cahaya bintang baru nyata.


Lihat selanjutnya...(338)
Peribahasa

Pergi ke pulau batu digalas.

Bermaksud :

Sengaja mencari kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(38)

373

All men must die

Semua orang pasti mati.

Bunga gugur putik pun gugur

I just couldn't believe it when my brother passed away that morning. He was still young.But all men must die. Only God is immortal.

Aku tak percaya yang adikku pergi buat selama-lamanya. Dia masih muda. Namun bunga gugur putik pun gugur . Hanya Tuhan sahaja yang daim.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
ngayap Ibpergi ke tempat tidur perempuan pada sebelah malam untuk berkenalan secara lebih dekat.Setelah makan, Jambi dan Buat Keling lalu keluar ke ruai. Hari pun malam. Lewat malam itu, apabila semua orang sudah tidur, Buat Keling lalu pergi ngayap adik Jambi dan terus tidur bersamanya.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kempat Ibpotongan.Keling lalu pergi melalui lubang air yang deras, naik ke arah matahari yang membara seperti besi berserpihan ditempa tenchang. Dia menyisip pintu langit seperti kancing peti belulang dan naik ke lubang petir seperti kempat kanggan dagang.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
terugku LBburung bubut; Centropus spp.Dayang Lebulan lalu pergi dan menangkap seekor terugku. Dia mengikatnya lalu memberikan pada Tuked Remini.Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun BawangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pongolitak Kdtangkal.Mengikut cerita ayah, pemburupemburu yang hendak pergi berburu dengan anjing-anjing mereka harus membuat dan membawa bersama mereka alat ini. Alat ini digunakan sebagai pongolitak atau penolak bala untuk melindungi pemburu dari tersesat semasa memburu di hutan.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kinayoo Mr, Tbbesar.Jangan makan saya! Tetapi kita pergi bersama-sama ke hulu! Di sanalah kampung kami di hulu sungai Kinayoo. Waduh! Banyak orang di kampung kami, kata pelanduk itu kepada buaya itu.Sabah Folk Tales 1-7Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
pomipitan Rgtempat persinggahan.Apa sebaliknya terjadi, semasa ah Runsud pergi, tempat yang dia lalui itu dia pacak dengan kayu! Hinggalah dia sampai satu tempat yang dinamakan Pomipitan, dalam bahasa Melayu dinamakan "tempat persinggahan".Membaca Mitos dan Legenda KadazandusunGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sili Kdlantai rumah.Pada suatu hari, kononnya sekumpulan orang kampung telah pergi ke hutan untuk membuat sili/sulin atau lantai rumah. Salah seorang daripada mereka sangat suka bergurau dengan rakan­-rakannya.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
maginum Kd, Mrmajlis minum minuman keras.Pada suatu hari Si Ongga pergi ke majlis maginum. Kehadiran Si Ongga telah diketahui oleh orang tua kampung.Si GuntingGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kanggan Ibkain hitam yang digunakan sebagai sebahagian pakaian wanita.Keling lalu pergi melalui lubang air yang deras, naik ke arah matahari yang membara seperti besi berserpihan ditempa tenchang. Dia menyisip pintu langit seperti kancing peti belulang dan naik ke lubang petir seperti kempat kanggan dagang.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ara dapan Ibsejenis pokok kayu ara.Pada suatu hari Aji telah pergi menyumpit di tempat kayu ara yang tumbuh dua berkembar yang disebut sebagai pokok ara dapan melan-melan dimakan burung bedidi, pokok ara riong yang tumbuh bertentang berdekatan.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
1234

Kembali ke atas