Pergi berkumur Pergi berlari Arahan- arahan di atas betul ke? | Ayat Pergi berkumur dan Pergi berlari adalah betul. | Tatabahasa | 30.08.2022 |
“Alhamdulillah, Mama dapat pergi haji. Ya Allah, Mama dapat pergi haji. Awak jangan sedih ya. Mama pergi untuk beribadat”. soalan: adakah noktah (.) di dalam dialog ( di bawah) atau seperti di atas? “Alhamdulillah, Mama dapat pergi haji. Ya Allah, Mama dapat pergi haji. Awak jangan sedih ya. Mama pergi untuk beribadat.” | Penggunaan noktah yang betul dalam dialog ialah “Alhamdulillah, mama dapat pergi haji. Ya Allah, mama dapat pergi haji. Awak jangan sedih ya. Mama pergi untuk beribadat.” | Lain-lain | 03.02.2022 |
Semasa saya pergi dan balik dari pejabat... Adakah kata sendi 'ke' harus ada selepas 'pergi' dalam ayat di atas? Terima kasih. | Kata sendi "ke" tidak perlu selepas perkataan "pergi". Frasa "Semasa saya pergi dan balik dari pejabat..." sudah gramatis. | Tatabahasa | 27.05.2013 |
Saya pergi untuk berjoging. Saya pergi berjoging. Sama maksud ke? | Kedua-dua ayat tersebut mempunyai maksud yang sama dalam konteks tujuan dan perbuatannya, iaitu pergi berlari dengan langkah yang tidak kencang atau pantas, lazimnya untuk menyihatkan badan (Kamus Dewan Edisi Keempat) | Makna | 26.06.2023 |
1. Manakah ayat yang betul ? a) Saya pergi ke kedai bersama ayah. b) Saya pergi ke kedai bersama dengan ayah. c) Saya pergi ke kedai bersama-sama ayah. d) Saya pergi ke kedai bersama-sama dengan ayah. Apakah perbezaan antara "bersama" dan "bersama-sama" dari segi penggunaannya, jika ada? | Bersama membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan. Ayat yang tepat ialah "Saya pergi ke kedai bersama dengan ayah" dan "Saya pergi ke kedai bersama-sama ayah". | Tatabahasa | 25.02.2016 |
Adakah penggunaan pergi dalam ayat berikut betul? * Aminah pergi ke kedai. Apakah ayah berikut tanpa kehadiran pergi (kata kerja) itu betul? * Aminah ke kedai. | Kedua-dua ayat, Aminah pergi ke kedai dan Aminah ke kedai betul. | Tatabahasa | 12.07.2012 |
1)Keluarga Beego( pergi )pantai berkelah. 2)Keluarga Beedo (pergi ke )pantai (untuk )berkelah. Ayat yang mana satu betul?Terima kasih. | Ayat yang betul ialah Keluarga Beego pergi berkelah di pantai (ayat tunggal) atau Keluarga Beedo pergi ke pantai untuk berkelah (ayat komplemen). | Tatabahasa | 17.10.2014 |
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya beberapa soalan 1. Adakah kata tunjuk 'ini' boleh digunakan sebagai subjek dalam ayat? 2. Adakah perlu menggunakan perkataan 'pergi' dan kata sendi 'ke' dalam satu ayat? Jika dilihat kedua-duanya mempunyai maksud yang sama. Antara ayat di bawah yang mana betul? Adik pergi ke sekolah. Adik pergi sekolah. | Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada kata ganti nama tunjuk "itu" dan ini". Contohnya: 1. Ini pendapat yang bernas. 2. Itu tuduhan yang melampau. Kata ganti nama tunjuk "ini" dan "itu" dalam ayat yang diberikan merupakan subjek. Kedua-dua "pergi" dan "pergi ke" boleh digunakan, bergantung pada konteks ayat. Contohnya: 1. Dia pergi ke sekolah. 2. Dia pergi mencari kayu di hutan. | Tatabahasa | 14.05.2012 |
salam sejahtera Tuan, Pihak Panitia BM sekolah saya ingin bertanya beberapa soalan seperti di bawah: YANG MANA BETUL? 1. pergi ke dewan ATAU pergi dewan ATAU ke dewan 2. pergi ke dalam (betul atau salah?) 3. masuk ke dalam hutan ATAU masuk hutan 4. Jangan buang sampah di lantai. ATAU Jangan buang sampah ke lantai. 5. Baju yang berwarna merah atau baju yang berwarna biru? ATAU Baju yang berwarna merah atau biru? ATAU Baju merah atau baju biru? ATAU Baju merah atau biru? Berharap tuan dapat membantu kami. Sekian, terima kasih. | Penggunaan perkataan yang bermaksud "menuju ke arah sesuatu tempat" perlu ada kata sendi nama ke, seperti ke dewan, ke hutan, ke dalam dan sebagainya. Bagi frasa Jangan buang sampai di lantai atau ke lantai, kedua-dua kata sendi nama tersebut boleh digunakan. Pengulangan kata baju yang berwarna merah atau baju yang berwarna biru dianggap pembaziran perkataan, dan memadai dengan baju yang berwarna merah atau biru, atau baju merah atau biru. | Tatabahasa | 17.06.2012 |
Saya dan ayah pergi ke kedai dengan bersama. Ayat ini betul ke? | Ayat yang betul ialah "Saya dan ayah pergi ke kedai" atau "Saya pergi ke kedai bersama ayah" atau "Saya pergi ke kedai dengan ayah". | Tatabahasa | 28.01.2024 |