Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.gi] | ڤرݢي

Definisi : berjalan ke tempat lain; meninggalkan tempat yg mula-mula: Dia ~ ke pasar. pulang ~ pergi dan baik semula. ~ dahulu a. pergi terlebih dahulu. b. meninggal dunia; mati. ~ haji menunaikan fardu haji di Mekah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[per.gi] | ڤرݢي

Definisi : 1. berjalan dll menuju ke sesuatu tempat (mendapatkan seseorang dll): ia mengajak saya ~ ke Kelantan; kalau tidak percaya ~lah berjumpa ayah kau dan tanyalah dia; 2. me­ninggalkan sesuatu tempat, berundur (dr): orang muda tadi telah ~ dr situ; 3. berangkat, bertolak: pagi esok saya ~ dgn kereta api pertama; ~ balik (datang, mari) = pulang ~ pergi dan balik (berulang-alik); ~ dahulu a) pergi lebih dahulu; b) ki mati; ~ haji naik haji; ~ jahanam = ~ setan = ~ telukup (telungkup) persetan (binasalah, jahanamlah); berpergian pergi (berjalan dll) ke tempat yg jauh: sejak keretanya rosak, ia sukar ~; kepergian perihal pergi, keberangkatan: yg lebih menyedihkan lagi ialah ~ anaknya yg sedemikian lama itu tidak pernah berpisah dengannya; pemergian 1. perjalanan (yg jauh): Daim menceritakan kisah ~nya ke luar negeri; 2. kepergian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pergi (kata kerja)
1. Bersinonim dengan menuju ke: menujui, menghala ke, mengarah ke,
Berantonim dengan datang

2. Bersinonim dengan berhambus: cabut, lari, nyah, incit, keluar, hilang, turun, angkat kaki, kepol, calo, andun,

3. Bersinonim dengan bertolak: berlepas, berangkat, belayar, berjalan, bercemar duli, bertolak punggung, mengorak langkah, mengorak sila,
Berantonim dengan tiba

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan meninggal dunia, mati, wafat, mangkat,

Kata Terbitan : berpergian, kepergian, pemergian,

Puisi
 

Cik Ali pergi berperang,
     Pergi berperang dengan senjata;
Awan di langit kalau terang,
     Cahaya bintang baru nyata.


Lihat selanjutnya...(338)
Peribahasa

373

All men must die

Semua orang pasti mati.

Bunga gugur putik pun gugur

I just couldn't believe it when my brother passed away that morning. He was still young.But all men must die. Only God is immortal.

Aku tak percaya yang adikku pergi buat selama-lamanya. Dia masih muda. Namun bunga gugur putik pun gugur . Hanya Tuhan sahaja yang daim.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Majalah

Dewan Budaya » 2017 » June
Umum Home » 2017 » June 0 Comments Makan untuk Hidup atau Hidup untuk Makan? admin on June 2nd, 2017 Teks MUHAMMAD LUTFI ZAHID Pada petang itu, penulis ini bersiap-siap untuk pergi mengeluarkan peluh di taman rekreasi yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur. Usai memakai pakaian sukan dan mengenakan kasut, penulis ini dengan segera bergegas ke taman tersebut kerana jam telah menunjukkan demikian, keadaan itulah yang berlaku di negara ini. Seorang rakan penulis ini amat terkesan apabila mendapati sebuah keluarga orang asli yang kais petang makan petang. Ketua keluarga orang asli ini pergi ke taman perumahan tempat rakan penulis ini tinggal untuk mencari kotak untuk dijual bagi mengisi perut lima orang anaknya yang masih kecil. Kisah yang dipaparkan dalam Facebook ini menatijahkan bantuan
Dewan Budaya » 2015 » March
March 1st, 2015 Oleh: Ladin Nuawi Pentasnya sederhana. Tiada lampu khas untuk pementasan. Tempat duduk penonton terbuka di dalam dewan. Namun begitu, lakonan meyakinkan. Sambutan penonton penuh gemuruh. Mereka mampu “pergi jauh”. Inilah kesan pemerhatian awal ketika menonton teater muzikal kanak-kanak Puteri Beradu oleh mahasiswa ahli Kelabi-culture, Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak (KPAKK), di Damansara Damai, Petaling Jaya, pada
Dewan Masyarakat | DM, Fatini dan Natrah
dikhabarkan Natrah dikatakan cuba membunuh suaminya. Wartawan majalah DBP diminta membuat kajian. Saya dipanggil oleh Ketua Editor Bahagian Majalah ketika itu (Datuk) Johan Jaaffar untuk menggali cerita Natrah,” ceritanya. Beliau pergi ke Arkib Negara untuk membuat penyelidikan, satu persatu helaian surat khabar terbitan 1950-an dibeleknya. Walaupun beliautidak tahu apa-apa tentang Natrah, akhirnya beliau tahu tentang semua perkara tentang Natrah Belanda, yang ada hanya bekas suami dan anak-anaknya. Jadi, beliau pulang dahulu ke Malaysia untuk menyiapkan tugasan bahan untuk siri tulisan tentang Natrah untuk bulan berikutnya. Sesudah itu beliau pergi ke Amerika Syarikat dengan membawa dua orang anak Natrah sebagai syarat untuk dapat mewawancara Natrah. Jika tidak, mereka tidak akan memberikan kerjasama dengannya. “Oleh sebab saya dilatih dalam dunia kewartawanan
Dewan Budaya » 2013 » March
Mengapa?” pak cik tertanya-tanya. “Sebab kita dah tahu arah tempatnya,” jelas saya. “Oh, begitu!” jawapan pendek pak cik itu menyebabkan kami bertiga seiring ketawa. *** “Sekarang sudah sampai, pak cik pergi sembahyang dulu, ya.” “Baiklah pak cik, lepas sembahyang nanti pak cik jangan lupa datang semula dan hantar kami balik hotel di Wakaf Che Yeh, ya.” Kami pun terus mencari bahan kami. “Pak cik pernah ke Kuala Lumpur?” tanya Kak Gee. “Masa muda-muda, pak cik pernah menjadi askar wataniah dan tinggal di berek tentera di Padang Tembak. Pak cik pernah pergi Jalan Travers di Bangsar. Nak tahu apa yang pak cik jumpa masa itu?” “Nak, pak cik,” jawab saya. “Ada satu papan tanda berlatar belakangkan warna kuning dan bertulisan merah, Sekolah
Dewan Budaya » 2015 » December
terdirinya Masjid Negara sekarang. Hujah yang diberikannya memang bernas. Menurut Tunku Abdul Rahman, masjid menjadi tempat untuk orang mendapatkan perlindungan dan menunaikan sembahyang. Pada ketika itu, rakyat dari seluruh negara pergi ke Kuala Lumpur dengan menggunakan kereta api. Oleh itu, yang perlu dilakukan oleh mereka apabila tiba di stesen kereta api Kuala Lumpur ialah menyeberang jalan untuk ke masjid bagi melaksanakan
Dewan Masyarakat | “Para Belia Perlu Berfikiran Global” – Shobana Nair
berbual secara maya, saya tidak akan dapat mencapai persefahaman bersama. Kami perlu bertemu, membawa visi dan pandangan kami untuk diperdebat dan diperhalusi. Dari situ, perjalanan saya dalam wacana ini akan pergi lebih jauh. Saya juga merasakan corak pendidikan di sini telah menghalang saya daripada berhadapan dengan masalah. Atas sebab itu saya selalu berusaha untuk pergi ke semua persidangan. Saya terpilih bukan sahaja untuk berkongsi idea tetapi untuk belajar dengan mereka. Kadangkala, saya dapat melihat mengapa masyarakat antarabangsa boleh menyelesaikan sesuatu isu itu dengan baik, dan
Dewan Budaya » Sekeliling Kita
terdirinya Masjid Negara sekarang. Hujah yang diberikannya memang bernas. Menurut Tunku Abdul Rahman, masjid menjadi tempat untuk orang mendapatkan perlindungan dan menunaikan sembahyang. Pada ketika itu, rakyat dari seluruh negara pergi ke Kuala Lumpur dengan menggunakan kereta api. Oleh itu, yang perlu dilakukan oleh mereka apabila tiba di stesen kereta api Kuala Lumpur ialah menyeberang jalan untuk ke masjid bagi melaksanakan
Dewan Budaya » 2013 » September
sentiasa berbuat benar, bijaksana dalam memimpin dan tiada tolok bandingnya. Ilusi sebegini memang parah sekali. Realitinya orang muda juga mempunyai pendapat, idea, dan pemikiran yang benar.Tidak semua orang muda pergi merempit atau hidup berkeliaran menagih dadah.Sindrom mengenepikan idea dan pandangan orang muda telah menyebabkan wujud jurang perbezaan yang luas terhadap persepsi asal usul sejarah bahkan pengiktirafan pada kebudayaan asal
Dewan Masyarakat | Selamatkan Nyawa Kanak-kanak
masih ingat, kisah ngeri pembunuhan adik Nurin memberikan impak yang besar kepada ibu bapa yang mempunyai anak seusianya. Kebanyakan mereka berasa bimbang tentang keselamatan anak, lantas mereka tidak membenarkan anak pergi ke pasar malam atau bermain di luar kawasan kediaman seorang diri. Namun, kebimbangan tersebut tidak berpanjangan. Setelah lima tahun berlalu, pada 12 Mac lalu, negara sekali lagi digemparkan dengan kematian
Dewan Masyarakat | Media
yang ketat boleh dicerobohi oleh sesiapa sahaja, pada bila-bila masa, dan dari mana-mana lokasi, tanpa sebarang amaran mahupun petunjuk. Share Dunia Permajalahan Sentiasa Segar? Media Majalah datang dan pergi, muncul dan menghilang. Tidak kurang pula yang mampu bertahan berdekad-dekad, bahkan menjangkau abad. Bagi perniagaan majalah, trend pada 2011 perlu diperhatikan untuk menjawab persoalan yang berpanjangan tentang keteguhan kewangan
Dewan Budaya » Tradisi
upacara keagamaan, kepahlawanan dan adat istiadat. Dipercayai bahawa songkok, tanjak dan serban dipengaruhi pedagang India yang datang ke Tanah Melayu untuk berniaga. Songkok lazimnya dipakai oleh masyarakat Melayu Islam ketika pergi menunaikan solat ataupun menghadiri upacara rasmi. Songkok amat popular ketika Hari Raya Aidilfitri. Reka bentuk songkok hampir sama dengan fez atau tarbus yang amat popular di Turki. Tarbus sebenarnya berasal
Dewan Budaya » Nota Editor
demikian, keadaan itulah yang berlaku di negara ini. Seorang rakan penulis ini amat terkesan apabila mendapati sebuah keluarga orang asli yang kais petang makan petang. Ketua keluarga orang asli ini pergi ke taman perumahan tempat rakan penulis ini tinggal untuk mencari kotak untuk dijual bagi mengisi perut lima orang anaknya yang masih kecil. Kisah yang dipaparkan dalam Facebook ini menatijahkan bantuan
Dewan Budaya » 2012 » February
upacara keagamaan, kepahlawanan dan adat istiadat. Dipercayai bahawa songkok, tanjak dan serban dipengaruhi pedagang India yang datang ke Tanah Melayu untuk berniaga. Songkok lazimnya dipakai oleh masyarakat Melayu Islam ketika pergi menunaikan solat ataupun menghadiri upacara rasmi. Songkok amat popular ketika Hari Raya Aidilfitri. Reka bentuk songkok hampir sama dengan fez atau tarbus yang amat popular di Turki. Tarbus sebenarnya berasal
Dewan Budaya » 2014 » November
itu. Turut diletakkan di dalam topi itu beberapa keping duit syiling. Ada penonton persembahannya yang meletakkan duit syiling di dalam topi itu, sebagai tanda penghargaan; tidak ketinggalan juga yang berlalu pergi begitu sahaja, mungkin tidak menyukainya. Di medan selera Tanglin, Kuala Lumpur, mereka terus mengadakan persembahan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, sama ada khalayak memberikan perhatian terhadap nyanyian mereka ataupun tidak. Orang
Dewan Masyarakat | “Suara Belia Menggerakkan Jentera Perubahan” – Michael Teoh
nilai positif yang kita sendiri tidak sedar. Saya berpeluang ke Stamford dan Harvard dan saya dapati orang Barat sangat proaktif dan agresif, suka tinggikan suara apabila memberikan pendapat. Jika kita pergi ke aspek budaya, masyarakat kita tidak suka apabila seseorang itu bersuara lantang atau bongkak. Orang barat tidak akan bersetuju, dan menyatakan kita tidak menghormati hak peribadi mereka. Tetapi di Malaysia

Kembali ke atas