Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.gi] | ڤرݢي

Definisi : berjalan ke tempat lain; meninggalkan tempat yg mula-mula: Dia ~ ke pasar. pulang ~ pergi dan baik semula. ~ dahulu a. pergi terlebih dahulu. b. meninggal dunia; mati. ~ haji menunaikan fardu haji di Mekah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[per.gi] | ڤرݢي

Definisi : 1. berjalan dll menuju ke sesuatu tempat (mendapatkan seseorang dll): ia mengajak saya ~ ke Kelantan; kalau tidak percaya ~lah berjumpa ayah kau dan tanyalah dia; 2. me­ninggalkan sesuatu tempat, berundur (dr): orang muda tadi telah ~ dr situ; 3. berangkat, bertolak: pagi esok saya ~ dgn kereta api pertama; ~ balik (datang, mari) = pulang ~ pergi dan balik (berulang-alik); ~ dahulu a) pergi lebih dahulu; b) ki mati; ~ haji naik haji; ~ jahanam = ~ setan = ~ telukup (telungkup) persetan (binasalah, jahanamlah); berpergian pergi (berjalan dll) ke tempat yg jauh: sejak keretanya rosak, ia sukar ~; kepergian perihal pergi, keberangkatan: yg lebih menyedihkan lagi ialah ~ anaknya yg sedemikian lama itu tidak pernah berpisah dengannya; pemergian 1. perjalanan (yg jauh): Daim menceritakan kisah ~nya ke luar negeri; 2. kepergian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pergi (kata kerja)
1. Bersinonim dengan menuju ke: menujui, menghala ke, mengarah ke,
Berantonim dengan datang

2. Bersinonim dengan berhambus: cabut, lari, nyah, incit, keluar, hilang, turun, angkat kaki, kepol, calo, andun,

3. Bersinonim dengan bertolak: berlepas, berangkat, belayar, berjalan, bercemar duli, bertolak punggung, mengorak langkah, mengorak sila,
Berantonim dengan tiba

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan meninggal dunia, mati, wafat, mangkat,

Kata Terbitan : berpergian, kepergian, pemergian,

Puisi
 

Cik Ali pergi berperang,
     Pergi berperang dengan senjata;
Awan di langit kalau terang,
     Cahaya bintang baru nyata.


Lihat selanjutnya...(338)
Peribahasa

Pergi ke pulau batu digalas.

Bermaksud :

Sengaja mencari kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(38)

373

All men must die

Semua orang pasti mati.

Bunga gugur putik pun gugur

I just couldn't believe it when my brother passed away that morning. He was still young.But all men must die. Only God is immortal.

Aku tak percaya yang adikku pergi buat selama-lamanya. Dia masih muda. Namun bunga gugur putik pun gugur . Hanya Tuhan sahaja yang daim.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
launchlancaran; lancarKejuruteraanTiada1. Menghantar pergi kenderaan roket di bawah kuasa roketnya sendiri, seperti roket pesawat udara berpandu dan kenderaan angkasa.,2. Menghantar pergi luncuran atau pesawat udara dengan menggunakan lastik atau menggunakan daya inersia, seperti melepaskan bom daripada pesawat udara yang sedang terbang.,3. Memberikan kepada kuar angkasa dorongan tambahan untuk penerbangan ke angkasa sebaik-baik ia akan berpisah dari kenderaan pelancarnya.
derived drivedorongan perolehanPsikologiPsikologi UmumKehendak yang didorong oleh rangsangan luaran. Contohnya, kanak-kanak yang memaksa ibunya pergi bercuti ke Langkawi setelah mengetahui kawannya pergi bercuti di tempat tersebut. Sinonim dorongan terbitan.
gone awaysudah pergiPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
kiss and ridehantar dan pergiKejuruteraan AutomotifTiadaKemudahan yang disediakan di stesen bas atau kereta api supaya kenderaan boleh berhenti sebentar untuk menurunkan penumpang.
backpackerpengembara beg galasPelanconganTiadaPengembara yang pergi ke sesebuah tempat dengan hanya membawa sebuah beg yang berisi segala keperluan.
backpacking travelerpengembara beg galasPelanconganTiadaPengembara yang pergi ke sesebuah tempat dengan hanya membawa sebuah beg yang berisi segala keperluan.
airport transferkhidmat angkut lapangan terbangPelanconganTiadaPerkhidmatan pengangkutan pergi balik dari lapangan terbang ke penginapan yang ditawarkan oleh syarikat pelancongan atau hotel sama ada diminta atau ditawarkan.
telecommutingtelekerjaPentadbiranTiadaTatacara yang membolehkan pekerja bekerja di rumah tanpa perlu pergi ke tempat kerja dengan menghubungkan kerja dengan talian telefon ke komputer.
Perforated casingPaip lindung bertebukSains dan TeknologiHidrogeologiSejenis paip lindung berlubang yang dipasang dalam pergi. Lubang ini ditebuk, digergaji atau dibuat dengan memakai gas api, dan membolehkan air berlalu tetapi menahan endapan. Ruj.: Walton 1970 Sin.: paip lindung berlubang
pingpong diplomacydiplomasi pingpongSains PolitikHubungan AntarabangsaDiplomasi yang wujud sempena pertandingan pingpong pada tahun 1971 di Tokyo. Semasa pertandingan tersebut, perwakilan China menjemput pasukan Amerika Syarikat untuk melawat China. Pasukan Amerika menerima jemputan tersebut dan pergi ke China. Jemputan perwakilan China ini dianggap sebagai satu petanda bahawa Beijing ingin menjalinkan semula perhubungan dengan Amerika Syarikat. Henry Kissinger pergi ke China pada tahun yang sama dan diikuti Presiden Nixon pada tahun 1972. Oleh itu, jemputan lawatan oleh perwakilan China semasa pertandingan pingpong dianggap sebagai alat petunjuk yang penting dalam diplomasi.
12

Kembali ke atas