PERMAISURI | Permaisuri lihat Anai-anai; Lebah; Semut (Kehidupan dalam koloni); Serangga (Kehidupan berkeluarga) . | UMUM | |
ADELAIDE | Adelaide (pend. 1 023 617) ialah ibu negeri dan pelabuhan utama Australia Selatan. Bandar raya ini dinamakan sempena nama Permaisuri Adelaide, permaisuri kepada raja England, William IV. Adelaide ialah pusat pentadbiran, perindustrian, perdagangan, dan kebudayaan yang paling penting di Australia Selatan. Ia juga merupakan pusat pengangkutan utama serta pusat pemungutan dan pengedaran barang pembuatan di Australia Selatan. | UMUM | |
NIOBE | Niobe ialah permaisuri dalam mitologi Yunani yang terkenal kerana perkabungannya yang abadi atas kematian anak-anaknya. Niobe adalah anak Raja Tantalus dan Permaisuri Dione, dan berkahwin dengan Amphion, Raja Thebes. Dia bermegah mengatakan disebabkan enam atau tujuh anak lelakinya yang gagah dan enam atau tujuh anak perempuan yang cantik-cantik, dia berhak dimuliakan lebih daripada dewi Leto, yang hanya mempunyai dua orang anak, Apollo dan Artemis. Leto yang marah memerintahkan Apollo dan Artemis membunuh anak-anak Niobe menggunakan panah. Niobe sangat berdukacita dan menangisi kematian anak-anaknya tanpa henti. Dewa yang kasihan dengan keadaannya telah menukarkannya menjadi batu yang mengeluarkan air seperti air mata. Menurut sejarah, batu yang mempunyai air terjun di bawahnya terletak di Gunung Sipylon di tempat yang kini ialah Turki. | UMUM | |
SEKOLAH PERMAISURI | SEKOLAH PERMAISURI, sekolah perempuan Melayu yang pertama semasa pemerintahan Brooke di Sarawak. Sekolah ini telah dibuka pada tahun 1894. Cadangan untuk membuka sekolah Melayu khusus untuk kanak-kanak perempuan pada mulanya memang mendapat tentangan daripada banyak pihak. Prasangka terhadap pendidikan kanak-kanak perempuan di kalangan masyarakat Melayu ketika itu amat tebal, dan keadaan ini tidak mengizinkan mereka belajar membaca dan menulis. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
TUN TEJA | Permaisuri Sultan Mahmud Syah, Sultan Melaka dan anak bendahara pahang Seri Buana, bergelar Seri Amar Bangsa Diraja Pahang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
NEFERTITI | Nefertiti ialah permaisuri Mesir purba, isteri kepada Akhenaton, seorang firaun (raja) yang memerintah dari tahun 1367 hingga tahun 1350 S.M. Akhenaton ialah firaun pertama yang mengajar monoteisme (kepercayaan terhadap satu tuhan). Nefertiti menyokong kuat ajaran Akhenaton dan membantunya dalam upacara agama yang baru. Zaman pemerintahan Akhenaton dan Nefertiti dikenali sebagai Revolusi Amarna kerana mereka banyak melakukan perubahan dalam seni lukisan, agama, dan amalan sosial. | UMUM | |
MARIE ANTOINETTE | Marie Antoinette (1755–1793) ialah permaisuri Perancis yang cantik yang dibunuh di gilotin semasa Revolusi Perancis. | UMUM | |
ANTIGONE | Antigone , dalam mitologi Yunani, ialah puteri Raja Oedipus dan Permaisuri Jocasta, yang memerintah Thebes. Oedipus secara tidak sedar membunuh bapanya dan mengahwini ibunya. Apabila menyedari apa yang telah dilakukannya, dia membutakan matanya dan kemudiannya diusir dari Thebes. Antigone menemani bapanya sebagai pemandu semasa bapanya berada dalam buangan (lihat Oedipus ). | UMUM | |
ELEANOR OF AQUITAINE | Eleanor of Aquitaine (1122–1204) ialah permaisuri Raja Louis VII dari Perancis dan kemudiannya Raja Henry II dari England. | UMUM | |
PERDANA MENTERI | Perdana menteri ialah ketua kerajaan. Ketua negara – raja atau permaisuri di negara pemerintahan beraja atau presiden di negara republik – melantik perdana menteri. Di kebanyakan negara, ketua negara hanya boleh melantik pemimpin parti yang mempunyai suara majoriti dalam badan perundangan atau kerajaan campuran. Perdana menteri dan kabinet bertanggungjawab kepada badan perundangan. Ini bermakna perdana menteri dan Kabinet patut meletakkan jawatan sekiranya badan perundangan menolak peruntukan utama dasar mereka. Sistem ini dikenali sebagai sistem kerajaan berkabinet (lihat Kabinet ). | UMUM | |