Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.tim.ba.ngan] | ڤرتيمبڠن

Definisi : hasil mempertimbangkan; perkiraan; pendapat: Permintaan tuan itu akan diberi ~ oleh pihak atasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[per.tim.ba.ngan] | ڤرتيمبڠن

Definisi : fikiran atau renungan menge­nai buruk baik dll sesuatu perkara (masalah dll), sbg dasar sesuatu keputusan (tindakan dll), timbangan, perhitungan, perhatian (pene-litian): seseorang pemberita haruslah mem-pergunakan ~ sendiri utk menilai sesebuah berita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Peribahasa

Berhakim kepada beruk.

Bermaksud :

Minta pertimbangan (keadilan dan sebagainya) kepada orang yang tamak, nescaya akan merugi.

 

Lihat selanjutnya...(8)

Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bersaksi ke lutut.

Takrif

Minta pertimbangan kepada orang yang bodoh; sahabat atau sanak saudara dijadikan saksi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berhakim kepada beruk.

Takrif

Minta pertimbangan (keadilan dan sebagainya) kepada orang yang tamak, nescaya akan merugi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tidak berperut lipat.

Takrif

Kurang pertimbangan atau kurang fikiran.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bak ajung berat sebelah.

Takrif

Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai limau masam sebelah, b. Bagai perahu karam sebelah). ajung = jung, sebangsa kapal.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai perahu karam sebelah.

Takrif

Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai limau masam sebelah).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai limau masam sebelah.

Takrif

Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kalau bangkai galikan kuburnya, kalau hidup sediakan buaiannya.

Takrif

Pertimbangan tentang buruk baiknya sesuatu itu hendaklah diperbuat sesudah kejadiannya berlaku.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pasang masuk muara.

Takrif

Terlalu mudah mencela; mengeluarkan kata-kata tanpa pertimbangan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas