Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.tu.bu.han] | ڤرتوبوهن

Definisi : badan yg ditubuhkan utk me­nger­jakan (menjalankan) sesuatu, lembaga, organisasi, persatuan: (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.tu.bu.han] | ڤرتوبوهن

Definisi : badan yg ditubuhkan utk mengerjakan (menjalankan) sesuatu; persatuan: ~ peniaga-peniaga Melayu. ~ bukan kerajaan badan atau pertubuhan sukarela yg bergerak dlm bidang sosial, ekonomi, kebudayaan dsb dgn matlamat dan fungsi­nya yg tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tubuh (kata nama)
Bersinonim dengan badan, jasad, jasmani, jisim, diri, rangka, bentuk, sarira;,
Kata Terbitan : bersetubuh, menyetubuhi, persetubuhan, bertubuh, menubuhkan, tertubuh, pertubuhan, penubuhan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya pandangan DBP berkaitan dengan akronim dan singkatan dalam bahasa Melayu. Dalam sesebuah pertubuhan, lazimnya pertubuhan tidak mendaftar namanya dengan akronim tetapi dengan nama penuh atau nama yang disyorkan oleh pertubuhan tersebut. Contoh, ada parti politik yang mendaftarkan namanya sebagai Parti Amanah Negara (AMANAH). Soalannya, dari segi bahasa adakah salah pengguna bahasa mewujudkan akronim bagi parti berkenaan dengan nama PAN walaupun akronim tersebut tidak didaftarkan secara rasmi?Salam sejahtera,

Tuan,

Akronim wujud dalam banyak bahasa termasuklah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Untuk makluman saudara, tidak ada badan yang berwenang dalam negara ini boleh memberikan pengiktirafan dalam penjenamaan sesebuah jabatan/agensi kerajaan. Namun dalam disiplin ilmu bahasa buku Tatabahasa Dewan menetapkan kaedah pembentukan akronim yang betul dalam bahasa Melayu. Jika saudara hendak mengambil contoh pembentukan akronim yang betul ambillah contoh ADUN, Perhilitan dan Bernama.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa12.11.2017
Adakah Planet Marikh & pertubuhan merupakan Kata Nama Khas Tak Hidup..??Planet Marikh aialah kata nama khas tak hidup, manakala pertubuhan ialah kata nama am kecuali pertubuhan tertentu sepertu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu barulah menjadi kata nama khas tak hidup.Tatabahasa30.05.2011
Apakah perbezaan antara organisasi dengan pertubuhan?Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, organisasi bermaksud kesatuan (susunan dsb) yang terdiri daripada bahagian-bahagian (orang dll) dalam se­suatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dll) untuk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama dsb), pertubuhan.

Manakala pertubuhan bermaksud badan yang ditubuhkan untuk me­nger­jakan (menjalankan) sesuatu, lembaga, organisasi, persatuan.

Tatabahasa10.10.2013
INGIN MENDAPATKAN KEPASTIAN SAMA ADA AYAT DIBAWAH BOLEH DIGUNA PAKAI ATAU TIDAK. 1. KARISMA PERTUBUHAN, MANIFESTASI KECEMERLANGAN. 2. PERTUBUHAN BERWIBAWA, MANIFESTASI KECEMERLANGAN.Lebih sesuai PERTUBUHAN BERWIBAWA, MANIFESTASI KECEMERLANGANLain-lain11.02.2019
Salam tuan puan. Saya nak bertanya macam terjemahan terbaik bahasa eng dibawah untuk pendaftaran pertubuhan profesional ENG: Intergrative Pain International Network BM : Pertubuhan RAwatan Intergrasi Kesakitan Antarabangsa Kami di inquiry oleh Pendaftar Pertubuhan perkataan KesakitanPerkataan "pain" boleh diterjemahkan sebagai "kesakitan". Namun, kami mencadangkan "Intergrative Pain International Network" diterjemahkan sebagai "Pertubuhan Rawatan Kesakitan Bersepadu Antarabangsa". Cadangan padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah21.09.2021
Assalamualaikum. Tuan/Puan. Saya Dr Firdaus. Boleh dapatkan pengesahan pengunaan bahasa bagi pertubuhan untuk doktor- doktor. Eng : Intergrative Pain International Network Bahasa : Pertubuhan Rawatan Intergrasi Kesakitan Antrabangsa Soalan saya, PAIN dalam nama pertubuhan di atas betul di terjemahkan sbagai KESAKITAN? Dalam English, pain management.Perkataan "pain" boleh diterjemahkan sebagai "kesakitan". Namun, kami mencadangkan "Intergrative Pain International Network" diterjemahkan sebagai "Pertubuhan Rawatan Kesakitan Bersepadu Antarabangsa". Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah20.09.2021
Assalamualaikum, Saya nak bertanya tentang kaedah penulisan nama pertubuhan yang didaftarkan. Contoh, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN). Jika pertubuhan ini didaftarkan dengan menggunakan singkatan yang berhuruf besar keseluruhannya, adakah cara penulisannya dalam mana-mana bentuk tulisan menggunakan seluruh huruf besar untuk merujuk singkatan nama parti itu? Atau memadai seperti tulisan nama pertubuhan biasa yang lain dengan hanya menulis huruf besar pada perkataan pertamanya sahaja sebagai kata nama khas?Waalaikumsalam,

Jika pertubuhan ini didaftarkan dengan menggunakan singkatan yang berhuruf besar keseluruhannya, maka cara penulisan singkatan nama parti perlu menggunakan huruf besar, iaitu IKATAN. Walau bagaimanapun untuk penulisan nama pertubuhan boleh menggunakan huruf besar pada perkataan pertamanya sahaja.
Lain-lain19.06.2019
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pihak kami ingin menubuhkan sebuah pertubuhan. Ianya berkaitan penjagaan dan pemuliharaan hutan paya bakau. Nama yang dicadangkan ialah Pertubuhan Warisan Bakau Sarawak. Jika digunakan ayat Pewarisan adakah berbeza maksudnya? Atau lebih sesuai dengan nama Pertubuhan Pewarisan Bakau Sarawak. Mohon bagi cadangan nama yang lebih sesuai. Sekian terima kasih. Abdul Razak Abdullah Ketua Setiausaha

Nama yang sesuai ialah  “Pertubuhan Warisan Bakau Sarawak”.

Lain-lain29.06.2022
Assalamualaikum,saya ingin bertanya, bagaimanakah penggunaan huruf besar dan kecil untuk PBB? Contoh: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu? Sekian, terima kasih.Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB ialah kata nama khas yang dieja dengan hururf besar.Ejaan09.12.2011
selamat malam.Saya nak tanya beberapa soalan.Apakah maksud bagi perkataan; 1) Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), 2) etika dan integriti, 3) etika kerja, 4) wistleblowing.Terima kasih.

1. Pertubuhan bukan kerajaan ialah badan atau pertubuhan sukarela yg bergerak dlm bidang sosial, ekonomi, kebudayaan dsb dgn matlamat dan fungsi­nya yg tertentu.

2. Etika bermaksud ilmu berkenaan prinsip-prinsip akhlak atau moral, integriti bermaksud : i.kejujuran atau ketulusan, ii. keadaan sempurna dan utuh atau keutuhan.

3. Etika kerja bermaksud Budaya murni yang menjadi amalan kakitangan organisasi yang antara lain akan menghasilkan sifat bekerja yang berakhlak, menepati waktu, cekap, berhemah dan produktif.

4. Ejaan yang betul ialah whistle-blowing dan padanannya dalam bahasa Melayu ialah pemberi maklumat.

Istilah02.04.2010
12345678910...

Kembali ke atas