Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.tu.bu.han] | ڤرتوبوهن

Definisi : badan yg ditubuhkan utk me­nger­jakan (menjalankan) sesuatu, lembaga, organisasi, persatuan: (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.tu.bu.han] | ڤرتوبوهن

Definisi : badan yg ditubuhkan utk mengerjakan (menjalankan) sesuatu; persatuan: ~ peniaga-peniaga Melayu. ~ bukan kerajaan badan atau pertubuhan sukarela yg bergerak dlm bidang sosial, ekonomi, kebudayaan dsb dgn matlamat dan fungsi­nya yg tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tubuh (kata nama)
Bersinonim dengan badan, jasad, jasmani, jisim, diri, rangka, bentuk, sarira;,
Kata Terbitan : bersetubuh, menyetubuhi, persetubuhan, bertubuh, menubuhkan, tertubuh, pertubuhan, penubuhan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERTUBUHAN-PERTUBUHAN ISLAM

Pertubuhan-pertubuhan Islam ialah

pertubuhan yang disertai oleh seluruh atau

sebahagian negara-negara Islam. Di antaranya:

UMUM 
PERTUBUHAN-PERTUBUHAN NEGARA TELUK

Pertubuhan-pertubuhan Negara Teluk

adalah yayasan, majlis, perbadanan atau agensi yang

disertai oleh negara-negara Teluk. Antaranya ialah:

UMUM 
SEKOLAH KOIR

Sekolah koir adalah pertubuhan-pertubuhan di

United Kingdom yang memberi tumpuan khas

kepada pendidikan kanak-kanak lelaki yang

menyanyi dalam koir di upacara keagamaan

harian. Sesetengah sekolah ini mengambil hanya

ahli koir (koir lelaki), tetapi kebanyakan yang lain

juga menerima murid-murid lain. Semua murid

mendapat pendidikan am yang baik.

UMUM 
PERTUBUHAN PEMBANGUNAN INDUSTRI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU

Pertubuhan Pembangunan Industri

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

(UNIDO–United Nations Industrial Development

Organization) ialah agensi khas Pertubuhan Bangsa-

Bangsa Bersatu (PBB) yang menggalakkan

perindustrian di negara membangun.

UMUM 
PERSATUAN SEKERJA

Persatuan sekerja di Zaman Pertengahan ialah

persatuan orang yang mempunyai minat yang

sama, atau terlibat dalam tugas yang sama. Mereka

menubuhkan pertubuhan-pertubuhan amal,

keagamaan, dan sosial. Ahli persatuan keagamaan

membayar wang untuk tabung bersama. Ahli yang

memerlukan pertolongan disebabkan sakit atau

untuk kegunaan masa tua menerima bantuan yang

dikenali sebagai sedekah. Persatuan ini

mengadakan upacara mass (upacara orang yang

beragama Katolik) untuk ahli yang meninggal

dunia. Pada tahun 1500-an, aktiviti persatuan

keagamaan ini disekat di England.

UMUM 
PERTUBUHAN MAKANAN DAN PERTANIAN

Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO)

ialah agensi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Nama penuhnya ialah Pertubuhan Makanan dan

Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Agensi

ini berusaha untuk memperbaik pengeluaran,

pengedaran, dan penggunaan makanan dan lain-lain

keluaran ladang, hutan dan perikanan di dunia.

Matlamatnya termasuk meningkatkan paras

pemakanan dan taraf hidup manusia, terutamanya

orang miskin di luar bandar. Lebih kurang 160

negara menganggotai pertubuhan ini.

UMUM 
PERTUBUHAN PEMBEBASAN PALESTIN

Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).

Pertubuhan ini merupakan wakil tunggal bangsa

Arab Palestin yang berdaftar secara rasmi. Tujuan

utama pertubuhan ini ialah mengembalikan bumi

Palestin yang telah dirampas oleh Israel ke tangan

mereka semula. Palestin merupakan tempat

bersejarah yang penting kini; ia mengandungi

Palestin yang telah dijajah semenjak tahun 1948 dan

Tebing Barat, serta Semenanjung Gaza yang dijajah

semenjak tahun 1967.

UMUM 
PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health

Organization [WHO]) ialah agensi khas Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu. Pertubuhan ini membantu

menubuhkan sistem kesihatan yang lebih baik di

seluruh dunia, terutama di negara membangun.

UMUM 
PERSATUAN LINGUISTIK MALAYSIA (PLM)

Persatuan Linguistik Malaysia (PLM),

pertubuhan bahasa. Pertubuhan ini

memperjuangkan bahasa melalui kegiatan bahasa

dan mengeratkan perhubungan antara pengkaji

dengan peminat bahasa. Antara kegiatan yang

dijalankan oleh PLM ialah Hadiah Bahasa, Forum

Remaja, Syarahan Raja Ali Haji, seminar, bengkel,

ceramah, kursus bahasa dan penerbitan buku dan

jurnal linguistik.

UMUM 
PERTUBUHAN MARITIM ANTARABANGSA

Pertubuhan Maritim Antarabangsa

(International Maritime Organization (IMO)) ialah

agensi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang

menggalakkan kerjasama di kalangan kerajaan dalam

perkara yang melibatkan perkapalan antarabangsa.

Pertubuhan ini, biasanya dikenali sebagai IMO

(International Maritime Organization) yang berusaha

untuk membentuk peraturan perkapalan

antarabangsa bagi meningkatkan taraf keselamatan

dan menghalang pencemaran yang berpunca

daripada kapal. Ia juga menguruskan pertukaran

maklumat tentang perkapalan lautan.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas