Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.tu.bu.han] | ڤرتوبوهن

Definisi : badan yg ditubuhkan utk me­nger­jakan (menjalankan) sesuatu, lembaga, organisasi, persatuan: (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tubuh (kata nama)
Bersinonim dengan badan, jasad, jasmani, jisim, diri, rangka, bentuk, sarira;,
Kata Terbitan : bersetubuh, menyetubuhi, persetubuhan, bertubuh, menubuhkan, tertubuh, pertubuhan, penubuhan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pertubuhan antarabangsainternational organizationUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPertubuhan yang diwujudkan oleh negara-negara melalui satu triti antarabangsa, misalnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pertubuhan antarabangsa mempunyai keperibadian undang-undang antarabangsa. Pertubuhan antarabangsa diwujudkan bagi tujuan umum atau tujuan khusus. Pertubuhan yang mempunyai tujuan umum seperti PBB menggalakkan kerjasama politik, ekonomi, sosial, ketenteraan dan kebudayaan, manakala pertubuhan yang mempunyai tujuan khusus seperti Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) memberikan tumpuan kepada hak pekerja.
cooperative insuranceinsurans koperasiPentadbiran PerniagaanTiadaInsurans yang dikeluarkan oleh persatuan bersama yang tidak mengutamakan keuntungan tetapi lebih mementingkan pencapaian sesuatu matlamat sosial. Contoh: pertubuhan persaudaraan, pertubuhan pekerja, pertubuhan industri atau kesatuan sekerja.
kekebalan pertubuhanimmunity of organisationUndang-undangUndang-undang AntarabangsaHak yang diberikan kepada sesebuah pertubuhan antarabangsa untuk dikecualikan daripada tindakan undang-undang nasional. Pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah kebal daripada bidang kuasa mahkamah sesebuah negara. Malah, agensi pertubuhan antarabangsa itu juga tidak boleh didakwa atau dituntut di dalam mahkamah nasional. Contoh penggunaan kekebalan ini terdapat dalam kes Difference Relating to Immunity from Legal Process of a Special Rapporteur of the Commission on Human Rights.
World Meteorological Organization (WMO))Pertubuhan Meteorologi SeduniaSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan dalam PBB yang ditubuhkan pada tahun 1951 dan beribu pejabat di Geneva. Pertubuhan ini menggantikan Pertubuhan Meteorologi Antarabangsa yang telah ditubuhkan pada tahun 1878. Tujuan penubuhan WMO adalah untuk mempromosikan kerjasama antarabangsa antara stesen meteorologi di seluruh dunia, mengadakan piawaian dalam pemerhatian meteorologi, menggalakkan penyelidikan dan latihan serta memperluas penggunaan dapatan meteorologi kepada bidang lain. Pertubuhan ini beroperasi melalui Kongres Meteorologi Sedunia yang mempunyai perwakilan daripada 185 negara di seluruh dunia. Sinonim WMO.
world public opinionpendapat awam sejagatKomunikasiTiadaPendapat yang dinyatakan secara bersama oleh ahli masyarakat dalam beberapa buah negara mengenai sesuatu isu. Pendapat seperti ini mudah diperoleh akibat daripada sistem komunikasi yang bersifat global dan kemunculan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa seperti Green Peace, Amnesty International dan sebagainya.
North Atlantic Treaty Organization (NATO)Pertubuhan Perjanjian Atlantik UtaraSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1949.Pertubuhan ini merupakan reaksi Barat terhadap ancaman yang diterima daripada Kesatuan Soviet selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua. Pertubuhan ini pada asalnya mempunyai 12 anggota, iaitu Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Kanada, Itali, Belanda, Belgium, Luxembourg, Denmark, Iceland, Norway dan Portugal. Keanggotaannya diperluas meliputi Greece, Turki (1952), Federal Republic of Germany (1955) dan Sepanyol (1982). Anggota pertubuhan ini bersepakat menganggap bahawa sebarang serangan terhadap mana-mana anggota sebagai serangan terhadap semua negara. Setiap anggota bertanggungjawab menolong anggota yang diserang sebagaimana yang diperlukan bagi memulihkan keselamatan kawasan Atlantik Utara. Setelah berakhirnya Perang Dingin, pertubuhan ini masih lagi dianggap relevan dan diperlukan oleh negara anggotanya. Sinonim NATO.
World Health Organization (WHO)Pertubuhan Kesihatan SeduniaSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan yang ditubuhkan sebagai satu agensi pengkhususan kesihatan PBB pada tahun 1948. Pertubuhan ini beribu pejabat di Geneva, namun operasinya dijalankan melalui beberapa jawatankuasa serantau dan di pejabat serantaunya. Banyak usaha telah dijalankan oleh pertubuhan ini untuk meningkatkan tahap kesihatan dan memperbaik kesihatan sedunia. Contohnya, kempen membasmi penyakit seperti malaria, batuk kering, cacar air, AI DS dan SAR S. Pertubuhan ini bergiat dalam program kajian bagi penyakit berkaitan jantung, barah, kebergantungan terhadap dadah dan kesihatan mental. Pertubuhan ini terlibat dalam program imunisasi kanak-kanak bagi penyakit seperti campak, batuk kering, tetanus dan polio. Selain itu, organisasi ini juga merupakan pusat maklumat dan penerbitan berkaitan kesihatan seperti statistik dan laporan kesihatan yang kemas kini, kajian, monograf, manual dan jurnal kesihatan. Sinonim WHO.
International Civil Aviation Organization (I.C.A.O.)Pertubuhan Penerbangan Awam AntarabangsaAeroangkasaTiadaSebuah pertubuhan di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menyelaras kegiatan penerbangan awam antarabangsa oleh negara-negara ahli.
Food and Agriculture Organization (FAO)Pertubuhan Makanan dan PertanianSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1945 dan beribu pejabat di Rom, Itali. Pertubuhan ini mempunyai 180 negara dan Kesatuan Eropah. Terdapat satu majlis yang terdiri daripada 49 anggota. Objektif pertubuhan ini adalah untuk mempromosikan pembangunan luar bandar yang mampan dengan penekanan kepada golongan petani miskin, pengeluaran makanan dan meningkatkan tahap pemakanan berkhasiat. Pertubuhan ini berusaha mencapai objektifnya dengan melakukan penyelidikan, menerbitkan laporan, mengadakan persidangan serta menawarkan bantuan teknikal, benih yang diperbaik, membuat serum dan vaksin, dan bantuan untuk meningkatkan hasil hutan. Programnya dijalankan oleh pelbagai jawatankuasa dalam bidang pertanian, perikanan dan makanan. Jabatan Pembangunan Mampan dalam pertubuhan ini berfungsi untuk memberi nasihat kepada kerajaan sesebuah negara dalam mengintegrasi polisi, perancangan dan pengurusan sumber dan telah melaksanakan Agenda 21 Earth Summit pada tahun 1992 dan konvensyen alam sekitar yang berkaitan dengan isu ke
Palestine Liberation Organization (PLO)Pertubuhan Pembebasan PalestinSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1964 di Mesir sebagai wakil hal ehwal rakyat Palestin. Pertubuhan ini diketuai oleh Yasser Arafat sejak tahun 1969. Beliau merupakan ketua kumpulan al-Fatah, iaitu salah sebuah kumpulan dalam organisasi tersebut. Di bawah kepimpinan beliau, taktik perjuangan pertubuhan ini telah bertukar daripada penggunaan senjata kepada kaedah rundingan atau diplomasi. Selepas Perang Teluk (1991), pertubuhan tersebut mula menerima kewujudan Israel dan mengadakan rundingan dengan negara tersebut. Persetujuan Oslo (1973) yang ditandatangani di White House bersama Presiden Clinton melahirkan autoriti kuasi-kerajaan Palestin yang memberi kuasa kepada pertubuhan tersebut untuk mengawal 40 peratus daripada Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Sinonim PLO.
12345678910...

Kembali ke atas