Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.lu] | ڤيلو

Definisi : sangat sedih atau hiba; terharu: Hiba dan ~ hatinya mendengar kata-kata anaknya. memilukan menyebabkan berasa pilu; menyedihkan; mengharukan: Terdengar bunyi tangisan yg ~ hati. kepiluan keadaan atau rasa pilu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pi.lu] | ڤيلو

Definisi : ark pilau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.lu] | ڤيلو

Definisi : 1. (berasa) sangat terharu, rawan: saya berasa terharu dan ~; 2. (berasa) sangat sedih, hiba: sedih dan ~ hatinya melihat anaknya bersiap-siap hendak membawa untung; memberi ~ hati mengharukan (menyedihkan, merawankan) hati; memilukan 1. mengharukan (merawankan) hati: perasaan yg ~ hatinya itu tetap menggeletarkan suaranya; 2. menyedihkan: yg paling ~ hatiku kini ialah tingkah laku anakku; kepiluan 1. perihal pilu, kesedihan; 2. = kepilu-piluan berasa pilu (hiba, sedih, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pilu
Rujuk :masyghul

Puisi
 

Anak yu mati terlentang,
     Mati ditikam duri semilang;
Pilu hati bukan kepalang,
     Gunung tinggi menjadi padang.


Lihat selanjutnya...(8)

Majalah

Dewan Budaya » Ceritera Bulan Ini
hadir ketika dia sedang asyik menggesek biola dengan irama petasih. Hujan gerimis di luar sana seakan-akan turut mengalunkan irama pilunya. Setiap kali gesekan biolaitu berlagu sayu, jiwanya jugabagai disentap pilu dengan kata-kata penghinaan daripada Fazrul, anak sulungnya. Walaupun usianya sudah lanjut, namun dia tidak berasa penat memperjuangkan seni muzik yang sudah sekian lama berakar tunjang dalam dirinya. Semangatnya tidak
Dewan Budaya » 2015 » September
peratus dan 360 darjah. Jika tidak, pengguna pasti bermasalah. Waktu ini perlu dimanfaatkan sebaik-baik mungkin bagi merangka strategi untuk mengurangkan tempias CBP. Pengguna tidak perlu meratap atau menyanyikan lagu pilu kerana mengenangkan nasib yang ibarat sudah jatuh ditimpa tangga ini. Tidak perlulah bermimpi pada waktu siang dengan memikirkan cara untuk menukarkan kerajaan kerana perkara itu hanya dapat dilakukan menerusi pilihan
Dewan Budaya » 2018 » July
hadir ketika dia sedang asyik menggesek biola dengan irama petasih. Hujan gerimis di luar sana seakan-akan turut mengalunkan irama pilunya. Setiap kali gesekan biolaitu berlagu sayu, jiwanya jugabagai disentap pilu dengan kata-kata penghinaan daripada Fazrul, anak sulungnya. Walaupun usianya sudah lanjut, namun dia tidak berasa penat memperjuangkan seni muzik yang sudah sekian lama berakar tunjang dalam dirinya. Semangatnya tidak

Kembali ke atas