Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pin] | ڤين

Definisi : sj jarum yg digunakan utk mencucukkan dan melekatkan sesuatu pd benda lain, pasak, peniti, semat; ~ susup pin yg digunakan utk memasukkan tali (getah atau reben) ke dlm kelim; mengepin mengenakan pin pd (baju dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pin] | ڤين

Definisi : akronim bagi personal identification number (nombor pengenalan peribadi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pin] | ڤين

Definisi : (dlm permainan boling) objek drpd kayu atau bahan sintetik yg berbentuk spt botol, yg disusun secara berkelompok utk dijadikan sbg sasaran pukulan bola. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pin (kata nama)
Bersinonim dengan semat, jarum, cemat, peniti, cuban, tingau;,
Kata Terbitan : mengepinkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GANDINGAN PAIPPerkakas atau peranti yang digunakan untuk menyambungkan paip yang kedua-dua hujungnya mempunyai bahagian pin. Bahagian pin ialah bahagian permukaan luar yang diulirkan. Selain itu, perkakas ini juga dikenali sebagai relang paip, penyambung paip, pencantum paip dan sebagainya. Gandingan paip yang digunakan mungkin terdiri daripada pelbagai bentuk seperti bentuk lurus, bentuk T, bentuk silang dan sebagainya.....Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANKonsep
PIN

Pin ialah logam yang pendek dan tajam.

Ia digunakan terutamanya untuk menyemat dua

atau lebih kain sekali. Manusia juga memakai pin

sebagai barang kemas.

UMUM 
CACING PIN UMUM 
PIN BELANDA

Pin Belanda lihat Boling (Sejarah).

UMUM 
MENJUGEL

Menjugel ialah membaling dan menangkap

lebih daripada satu objek dengan satu tangan,

atau tiga atau lebih objek dengan menggunakan

dua tangan. Penjugel selalunya menggunakan

bola, gelung atau belantan berbentuk pin boling.

UMUM 
PALANG

PALANG, penggunaan susuk zakar di kalangan masyarakat Dayak di Kepulauan Borneo.  Palang melibatkan pembedahan pada zakar untuk memasang suatu alat yang kononnya meningkatkan rangsangan seksual di kalangan kaum wanita.  Alat yang dipasang diperbuat daripada taring, buluh, kayu, logam atau tulang binatang.  Zakar ditebuk seperti menebuk telinga, supaya sebatang pin atau susuk boleh dimasukkan ke dalam lubang yang telah ditebuk. Bahan-bahan lain termasuklah batu permata, kaca, biji, bulu pelepah dan bulu babi.  Diameter bagi susuk ini biasanya antara 2 mm hingga 4 mm dan lebih kurang 21 mm hingga lebih 5 cm panjang.

BUDAYAUbat-Ubatan

Kembali ke atas