Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tumbuhan yg berbatang besar serta keras, pokok: ~ beringin; ~ kenanga; ~ sena; 2. ki asal mula, pangkal, pokok; ~ segala kejahatan asal usul segala kejahatan; ~ angin awan (mendung) yg bergumpal-­gumpal di kaki langit menandakan angin ribut akan turun; ~ bahasa dasar-dasar bahasa; ~ buah (buah-buahan) pokok yg mengeluar­kan buah-buahan; ~ kayu batang kayu, pokok kayu; ~ mata sudut mata sebelah dalam yg hampir dgn hidung; ~ telinga pangkal telinga; ada angin ada ~nya = hujan berpohon, panas berasal prb segala perkara itu ada sebab-sebabnya (asal mulanya); bagaimana ~ tiada akan tumbang dipanah halilintar, sebab baluhan kulit ada di batangnya prb orang yg bersahabat dgn orang jahat (walau­pun ia drpd orang besar) akhirnya rosak juga; spt ~ beringin ditiup angin prb menentang kekerasan orang tanpa berlemah-lembut; pohonan ki berbagai-bagai pohon (terutama­nya digunakan dlm karya sastera); pohon-pohonan, pepohonan Jk sekumpulan pohon yg berbagai-bagai jenis, pohon kayu-kayuan; pepohon pohon-pohon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; memohon meminta dgn halus (dgn hormat): ~ taufik dan petunjuk-Nya; memohonkan memintakan dgn halus (dgn hormat); ®mohon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pohon
Rujuk :pokok

Puisi
 

Pohon bendera pohon ketapang,
     Pohon kemboja melintang titi;
Anak dara dua sekupang,
     Kalau janda segantang padi.


Lihat selanjutnya...(99)
Peribahasa

Ikat boleh diubah,
     takuk bagaimana mengubahnya?

Bermaksud :

Perangai yang sudah jadi tabiat sukar sekali mengubahnya. takuk = luka pada pohon, misalnya pada pohon kelapa tempat berpijak naik ke atas.

 

Lihat selanjutnya...(28)

Lihat selanjutnya...(1)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
savanasavanaGeografiTiadaPadang rumput tropika atau sub-tropika yang mempunyai vegetasi yang tahan kekeringan dan pohon-pohon yang tumbuh berselerak.
savanasavanaGeologiTiadaPadang rumput tropika atau sub-tropika yang mempunyai vegetasi yang tahan kekeringan dan pohon-pohon yang tumbuh berselerak.
land accretionpenambahan tanahKejuruteraanTiadaMemperoleh tanah di kawasan berair, seperti paya atau berhampiran laut, dengan cara menanam pohon-pohon maritim untuk menggalakkan pengendapan kelodak atau dengan cara membuang bahan-bahan korekan di kawasan yang berkenaan.
land reclamationpenebusgunaan tanahKejuruteraanTiadaMemperoleh tanah di kawasan berair, seperti paya atau berhampiran laut, dengan cara menanam pohon-pohon maritim untuk menggalakkan pengendapan kelodak atau dengan cara membuang bahan-bahan korekan di kawasan yang berkenaan.
sedentarysedentariBiologiPatologiSifat patogen, biasanya digunakan terhadap nematod atau perosak yang lain, yang tidak bergerak aktif. Oleh yang demikian perkembangan gejala penyakit dari satu pohon ke pohon yang lain berlangsung dalam kadar yang perlahan. bd. berpindah.
maidenhair treepohon daraPerhutananTiadaPohon Gonkgo biloba yang mempunyai daun berbentuk kipas dan buah berwarna kuning.
maidenhair treepohon daraPerhutananPengurusan HutanPohon Gonkgo biloba yang mempunyai daun berbentuk kipas dan buah berwarna kuning.
kayonkayonKesusasteraanTiadaGunungan atau pohonan yang melambangkan kosmos. Dalam teater wayang kulit, kayon ditampilkan dalam bentuk ukiran pohon abstrak dengan segala bunga, burung, kera dan haiwan lain. Perdunya diapit oleh sepasang haiwan, sama ada sepasang harimau, singa, gajah, lembu liar atau gabungan haiwan lain. Pohon yang diukir dalam kayon mewakili dua simbol mistik agama Hindu. Simbol pertama ialah Pohon Kehidupan yang memelihara semua haiwan dan dianggap sebagai simbol Pohon Meramalkan Nasib memaparkan simbol matahari. Simbol kedua ialah kayon melambangkan Gunung Mahameru, gunung mistik dewa dan gunung dunia. Dalam persembahan wayang kulit, kayon melambangkan tirai apabila dipacakkan sebelum bermula dan selepas persembahan. Kayon ini juga melambangkan perkara lain. Contohnya, apabila digetarkan, kayon menandakan ketenteraman kosmos diganggu; apabila diletakkan melintang, kayon mewakili permukaan air; apabila dipacakkan di kelir, kayon menandakan sebagai pohon atau hutan; dan apabila dipacakkan condong di tepi kelir, kayon m
Sumatra diseasepenyakit SumatraBiologiPatologiPenyakit pada pokok cengkeh (Syzygium aromaticum) yang disebabkan oleh bakteria, yang dikenal pasti buat sementara waktu sebagai Pseudomonas syzygi. Penyakit ini mula-mula sekali ditemui di Sumatra. Gejalanya beragam, tetapi yang utama ialah layu, dan mati yang mula-mula nampak dari bahagian atas pohon dan berkembang ke bawah hingga ke seluruh pohon. Perkembangan penyakit dari pohon ke pohon berlaku dengan cepat dalam kawasan yang luas kerana ia ditularkan oleh serangga.
Pamor Tunggak SemiPamor Tunggak SemiKerisTiadaPamor yang mempunyai corak yang berbentuk tiga keratan pohon yang ditebang dan diikuti jaluran memanjang seolah-olah pohon yang tumbuh kembali.
1234567

Kembali ke atas