Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[po.hon] | ڤوهون

Definisi : 1. tumbuhan yg berbatang besar serta keras, pokok: ~ beringin; ~ kenanga; ~ sena; 2. ki asal mula, pangkal, pokok; ~ segala kejahatan asal usul segala kejahatan; ~ angin awan (mendung) yg bergumpal-­gumpal di kaki langit menandakan angin ribut akan turun; ~ bahasa dasar-dasar bahasa; ~ buah (buah-buahan) pokok yg mengeluar­kan buah-buahan; ~ kayu batang kayu, pokok kayu; ~ mata sudut mata sebelah dalam yg hampir dgn hidung; ~ telinga pangkal telinga; ada angin ada ~nya = hujan berpohon, panas berasal prb segala perkara itu ada sebab-sebabnya (asal mulanya); bagaimana ~ tiada akan tumbang dipanah halilintar, sebab baluhan kulit ada di batangnya prb orang yg bersahabat dgn orang jahat (walau­pun ia drpd orang besar) akhirnya rosak juga; spt ~ beringin ditiup angin prb menentang kekerasan orang tanpa berlemah-lembut; pohonan ki berbagai-bagai pohon (terutama­nya digunakan dlm karya sastera); pohon-pohonan, pepohonan Jk sekumpulan pohon yg berbagai-bagai jenis, pohon kayu-kayuan; pepohon pohon-pohon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.hon] | ڤوهون

Definisi : ; memohon meminta dgn halus (dgn hormat): ~ taufik dan petunjuk-Nya; memohonkan memintakan dgn halus (dgn hormat); ®mohon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pohon
Rujuk :pokok

Puisi
 
Pohon bendera pohon ketapang,
     Pohon kemboja melintang titi;
Anak dara dua sekupang,
     Kalau janda segantang padi.

Lihat selanjutnya...(99)
Peribahasa

Ikat boleh diubah,
     takuk bagaimana mengubahnya?

Bermaksud :

Perangai yang sudah jadi tabiat sukar sekali mengubahnya. takuk = luka pada pohon, misalnya pada pohon kelapa tempat berpijak naik ke atas.

Lihat selanjutnya...(28)

Lihat selanjutnya...(1)

Majalah

Dewan Budaya » Gatra Perdana
Melaka bermula daripada Kesultanan Melayu Melaka, iaitu kedatangan Parameswara, Raja Srivijaya dari Palembang yang memerintah negeri ini dari tahun 1400 hingga 1424. Tambahan pula, nama Melaka sendiri diambil sempena nama pohon tempat Parameswara berteduh setelah sampai dari Srivijaya. Kesultanan Melayu Melaka yang diasaskan oleh Parameswara ini telah memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditakluki oleh Portugis di bawah kepimpinan Alfonso de
Dewan Budaya » 2018 » October

Dewan Budaya » Keunikan Warisan Budaya di Melaka
Melaka bermula daripada Kesultanan Melayu Melaka, iaitu kedatangan Parameswara, Raja Srivijaya dari Palembang yang memerintah negeri ini dari tahun 1400 hingga 1424. Tambahan pula, nama Melaka sendiri diambil sempena nama pohon tempat Parameswara berteduh setelah sampai dari Srivijaya. Kesultanan Melayu Melaka yang diasaskan oleh Parameswara ini telah memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditakluki oleh Portugis di bawah kepimpinan Alfonso de
?feed=atom
Melaka bermula daripada Kesultanan Melayu Melaka, iaitu kedatangan Parameswara, Raja Srivijaya dari Palembang yang memerintah negeri ini dari tahun 1400 hingga 1424. Tambahan pula, nama Melaka sendiri diambil sempena nama pohon tempat Parameswara berteduh setelah sampai dari Srivijaya.<br /> Kesultanan Melayu Melaka yang diasaskan oleh Parameswara ini telah memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditakluki oleh Portugis di bawah kepimpinan Alfonso
?feed=rss2

Dewan Budaya » 2013 » July
babak baharu kehidupan harus dimulakan sebaik sahaja melangkah keluar dari tembok jeriji itu, dengan pedoman dan arah tuju yang lebih jelas.Sokongan masyarakat sememangnya amat membantu mereka yang patah ranting pohon kehidupan ini. Pemodenan dan urbanisasi menyebabkan anggota masyarakat alpa tentang tanggungjawab mereka untuk sama-sama membentuk keharmonian dan kesejahteraan hidup bermasyarakat, sama ada sebagai ahli keluarga, pemimpin keluarga, saudara-mara

Kembali ke atas