Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.ko/] | ڤوکوق

Definisi : 1 segala jenis tumbuh-tumbuhan: ~ pisang; ~ keladi; ~ beringin. 2 bahagian tumbuh-tumbuhan dr pangkal hingga ke pucuk: Jika akarnya dikerat, ~ tentu mati. 3 ki sesuatu yg terpenting atau yg terutama; sesuatu yg menjadi asas: Dlm hal ini, ~nya, kita perlu bekerja keras. 4 modal dlm sesuatu perniagaan: Jika tiap-tiap bulan termakan ~, bila kedai akan maju? ~ angin awan yg bergumpal-gumpal di kaki langit alamat ribut akan turun. ~ hujan mendung yg tebal menandakan hari akan hujan. ~ jalar (rayap) pokok yg menjalar di permukaan tanah (pd tunggul kayu dsb) spt keledek, tembikai. ~ kata, = kata ~ kata dasar yg belum diberi imbuhan. ~ pagar pokok yg ditanam berbaris spt pagar. ~ pangkal hal-hal atau sebab yg terpenting. ~ panjat (lilit) jenis tumbuh-tumbuhan yg hidupnya berpaut pd pokok atau pd benda lain. ~ pembicaraan (cerita) perkara yg dibicarakan (diceritakan). ~ penanti pokok yg menerima tunas baka pokok lain yg sama jenis dgnnya dlm proses cantuman. ~ renek jenis pokok kecil yg batangnya berteras. ~ tirus jenis pokok malar hijau yg mengeluarkan kon, spt pain, fir. berpokok berasas (pd); berdasar (pd). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pokok (kata nama)
Bersinonim dengan pohon, tumbuhan, tumbuh-tumbuhan, semak, samun, flora;,
Kata Terbitan : berpokok,

Puisi
 

Pokok rumbia pokok dedap,
     Manakan sampai si pokok jambu;
Sedangkan lebai lagikan tersilap,
     Inikan pula kurang ilmu.


Lihat selanjutnya...(126)
Peribahasa

Dilihat galas berlaba,
     dihitung pokok termakan.

Bermaksud :

Lahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dibilang genap, dipapar ganjil).

 

Lihat selanjutnya...(8)