Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.ko/] | ڤوکوق

Definisi : 1 segala jenis tumbuh-tumbuhan: ~ pisang; ~ keladi; ~ beringin. 2 bahagian tumbuh-tumbuhan dr pangkal hingga ke pucuk: Jika akarnya dikerat, ~ tentu mati. 3 ki sesuatu yg terpenting atau yg terutama; sesuatu yg menjadi asas: Dlm hal ini, ~nya, kita perlu bekerja keras. 4 modal dlm sesuatu perniagaan: Jika tiap-tiap bulan termakan ~, bila kedai akan maju? ~ angin awan yg bergumpal-gumpal di kaki langit alamat ribut akan turun. ~ hujan mendung yg tebal menandakan hari akan hujan. ~ jalar (rayap) pokok yg menjalar di permukaan tanah (pd tunggul kayu dsb) spt keledek, tembikai. ~ kata, = kata ~ kata dasar yg belum diberi imbuhan. ~ pagar pokok yg ditanam berbaris spt pagar. ~ pangkal hal-hal atau sebab yg terpenting. ~ panjat (lilit) jenis tumbuh-tumbuhan yg hidupnya berpaut pd pokok atau pd benda lain. ~ pembicaraan (cerita) perkara yg dibicarakan (diceritakan). ~ penanti pokok yg menerima tunas baka pokok lain yg sama jenis dgnnya dlm proses cantuman. ~ renek jenis pokok kecil yg batangnya berteras. ~ tirus jenis pokok malar hijau yg mengeluarkan kon, spt pain, fir. berpokok berasas (pd); berdasar (pd). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pokok (kata nama)
Bersinonim dengan pohon, tumbuhan, tumbuh-tumbuhan, semak, samun, flora;,
Kata Terbitan : berpokok,

Puisi
 

Pokok rumbia pokok dedap,
     Manakan sampai si pokok jambu;
Sedangkan lebai lagikan tersilap,
     Inikan pula kurang ilmu.


Lihat selanjutnya...(126)
Peribahasa

Dilihat galas berlaba,
     dihitung pokok termakan.

Bermaksud :

Lahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dibilang genap, dipapar ganjil).

 

Lihat selanjutnya...(8)

Lihat selanjutnya...(1)

Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
poting[p.tiN]kata namakeratan buluh yang dipakukan pada batang pokok yang berfungsi sebagai anak tangga.Den guno poting panjek pokok sialang ngambek nisan lobah.[dEn gu.n p.tiN pAn.dZE/ p.k/ siA.lAN NAm.bE/ ni.sAn l.bAh]Saya gunakan poting, panjat pokok sialang mengambil madu.
lopu[l.pu]kata namasejenis pokok renek (pucuknya boleh dimakan) rupanya seperti pokok cemperai.   
molampuh[mo.lAm.puh]kata adjektifbanyak; melandeh, molahak.Pokok motan tu molampuh buahe.[p.k/ mo.tAn tu mo.lAm.puh bu.wAh.E]Pokok rambutan itu terlalu banyak buahnya.
molahak[m.lA.hA/]kata adjektifbanyak; melandeh, molampuh.Pokok motan tu molahak buahe.[p.k/ mo.tAn tu m.lA.hA/ bu.wAh.E]Pokok rambutan itu terlalu banyak buahnya.
melandeh[m«.lAn.dEh]kata adjektifbanyak; molahak, molampuh.Pokok motan tu melandeh buahe.[p.k/ mo.tAn tu m«.lAn.dEh bu.wAh.E]Pokok rambutan itu terlalu banyak buahnya.
kata kerja[di.lu.øAm]kata kerjadirusakkan, punah (dipijakkan dengan kaki).Pokok dalam kobon, abih dilunyam dek gajah.[p.k/ dA.lAm ko.bn A.bih di.lu.øAm dE/ gA.dZAh]Pokok di dalam kebun, habis dirosakan gajah.
monyarau[m.øA.ÄAw]kata adjektifmerah menyala.Apo dibiaran motan monyarau kek pokok tu nanti dikebeh dek kaum.[A.p di.biA.An m.tAn m.øA.ÄAw kE/ p.k/ tu nAn.ti di.k.bEh dE/ kAum]Mengapa dibiarkan rambutan yang merah di pokok itu nanti dicuri.
tungka[tuN.kA]kata kerja1. tumbang.Dek tolampau kuek ribut malam tadie, pokok dian dopan rumah tu tungka.[dE/ t.lAm.pAw ku.wE/ Äi.but mA.lAm tA.di.E p.k/ di.jAn d.pAn Äu.mAh tu tuN.kA]Kerana terlampau kuat ribut malam tadinya, pokok durian depan rumah itu, tumbang.
langgak[lAN.gA/]kata adjektifberkenaan sesuatu yang dapat dilihat dengan jelas dari jauh.Langgak boto nampake rumah kau bilo dah ditobeh tobang pokok gotah tu.[lAN.gA/ bo.to nAm.pA/.E Äu.mAh kAw bi.l dAh di.t.bEh t.bAN p.k/ g.tAh tu]Jelas betul nampaknya rumah kau, apabila pokok itu telah ditebang tebas.
mompulun[mm.pu.lun]kata kerjajatuh.Lopeh kono songek tobuan yo, mompulun kero tu dari ateh pokok.[l.pEh k.n s.NE/ t.buAn j mm.pu.lun k«.č tu dA.Äi A.tEh p.k/]Lepas kena sengat tebuan, jatuh kera itu dari atas pokok.
12

Kembali ke atas