Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
 
pokok (kata nama)
Bersinonim dengan pohon, tumbuhan, tumbuh-tumbuhan, semak, samun, flora;,
Kata Terbitan : berpokok,

Puisi
 

Pokok rumbia pokok dedap,
     Manakan sampai si pokok jambu;
Sedangkan lebai lagikan tersilap,
     Inikan pula kurang ilmu.


Lihat selanjutnya...(126)
Peribahasa

Dilihat galas berlaba,
     dihitung pokok termakan.

Bermaksud :

Lahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dibilang genap, dipapar ganjil).

 

Lihat selanjutnya...(8)

Lihat selanjutnya...(1)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
woodlandhutan cerangLandskapTiadaHutan yang mengandungi pokok-pokok berbatang lurus seperti pokok ru dan tidak ditumbuhi semak samun di permukaan bawahnya.
composite foresthutan kompositPerhutananPengurusan HutanDirian hutan yang mempunyai pokok terpilih atau pokok piawai yang disimpan pada giliran yang lebih panjang daripada pokok-pokok yang dinaunginya.
even-aged standdirian sebayaPerhutananPengurusan HutanDirian yang mempunyai pokok-pokok daripada kelas umur yang sama. Kelas umur dianggap sama sekiranya perbezaan umur antara pokok tertua dengan termuda tidak melebihi 20% jangka masa giliran tebangan.
liberation thinningpenjarangan pembebasanPerhutananPengurusan HutanPenjarangan pokok dalam satu dirian untuk membolehkan pokok-pokok lain dalam dirian itu tumbuh subur.
overstoreytumbuhan lapis atasLandskapTiadaPokok yang mempunyai kanopi yang paling linggi berbanding dengan pokok-pokok lain di sekitarnya.
resindamarPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanEksudat yang diperolehi daripada pokok-pokok kayu terutamanya daripada famili Dipterocarpaceae. Damar ini tidak sekeras kopal, dan contoh yang paling penting ialah damar penak daripada pokok cengal, Neobalanocarpus hemii, dan damar kucing yang diperolehi daripada genus Hopea. Bahan ini banyak digunakan sebagai varnis dan gegala.
forest plantationladang hutanPerhutananPengurusan HutanPokok-pokok hutan yang ditanam secara terancang.
growing stockstok tumbuhanPerhutananPengurusan HutanPokok-pokok hidup di kawasan tanah hutan yang terdiri daripada spesies komersial mengandungi sekurang-kurangnya satu batang balak yang berukuran 12 kaki panjang atau 2 batang balak yang berukuran 8 kaki panjang atau lebih dari itu atau sekurang-kurangnya 8 kaki panjang bagi sebatang balak dan mencapai spesifikasi piawai saiz, kualiti dan piawai boleh diniaga.
middle storeytingkat tengahPerhutananPengurusan HutanPokok-pokok yang ketinggian sudurnya berada pada tahap pertengahan.
loppingmemangkasPerhutananSains Kayu dan Hasil Hutan1. Memotong dan membuang dahan pokok yang masih hidup. Operasi ini sering dijalankan pada pokok-pokok kayu dalam ladang hutan untuk meghasilkan batang yang lurus dan sihat, atau pada pokok di tepi jalan untuk memudahkan penggunaan jalan. 2. Memotong dan membuang dahan atau bahagian atas pokok selepas ditebang bagi memudahkan proses mengumpul dan membersihkannya.
12345678910...

Kembali ke atas