Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[prin.sip] | ڤرينسيڤ

Definisi : sesuatu yg menjadi dasar atau pegangan: pd ~nya pd dasarnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[prin.sip] | ڤرينسيڤ

Definisi : asas atau dasar (yg menjadi pokok se­suatu pemikiran, kajian, tindakan, dll), hukum (sesuatu teori dll): utk membuka kedai sendiri, seseorang itu haruslah mengetahui ~-~ perniagaan; dgn langkah ini maka tertubuhlah ~ bahawa kerajaan bertanggungjawab membela orang yg menderita; pd ~nya pd dasarnya; berprinsip mempunyai prinsip: seorang tokoh politik yg ~; berprinsipkan menggunakan (sesuatu) sbg prinsip. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
prinsip (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan asas, dasar, rukun, lunas, sendi, tonggak, lunas, teras, tunjang, pegangan, sandaran, landasan, pokok.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cara berperangmethod of warfareUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSebarang kaedah atau strategi yang digunakan bagi memenangi sesuatu peperangan atau pertempuran. Cara berperang adalah dibenarkan dalam undang-undang kemanusiaan antarabangsa, namun perlu tertakluk kepada prinsip-prinsip tertentu. Antara prinsip tersebut termasuklah prinsip pembezaan, prinsip perkadaran, prinsip keperluan ketenteraan dan prinsip pengelakan daripada penderitaan tak perlu. Contohnya, prinsip keperluan ketenteraan yang bermaksud alasan sah yang boleh digunakan untuk melakukan serangan bagi mencapai matlamat ketenteraan, walaupun serangan tersebut boleh memberikan kesan mudarat kepada penduduk dan objek awam. Dalam prinsip ini, serangan tersebut perlu dilakukan kerana tanpa serangan tersebut, sesuatu matlamat ketenteraan tidak akan dicapai. Lihat juga prinsip pembezaan, prinsip perkadaran, penderitaan tak perlu.
reflecting pool/ reflecting pondkolam pembayangLandskapTiadaKolam yang mempunyai air yang lenang dan direka bentuk mengikut prinsip-prinsip tertentu untuk menghasilkan imej di permukaan air.
penderitaan tak perluunnecessary sufferingUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKesan peperangan yang mengakibatkan penderitaan yang keterlaluan dan tidak sewajarnya berlaku sehingga melampaui batas kemanusiaan. Dalam undang-undang kemanusiaan antarabangsa, cara berperang yang telah digariskan adalah berdasarkan prinsip-prinsip tertentu. Antara prinsip perang yang perlu diikuti ialah larangan penggunaan senjata dan kaedah peperangan yang boleh menyebabkan kecederaan yang melampau atau penderitaan tak perlu terhadap penempur musuh. Contohnya, penderitaan yang dialami oleh mangsa perang akibat penggunaan senjata kimia adalah lebih teruk berbanding penggunaan senjata biasa.
prinsip ekuitiequitable principleUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPrinsip yang diberikan ciri keadilan dan kewajaran oleh ekuiti. Contohnya, prinsip sama jarak, akur siratan dan estopel tingkah laku. Prinsip ekuiti termasuk dalam prinsip am undang-undang yang menjadi salah satu sumber undangundang antarabangsa. Contoh pemakaian prinsip ini adalah seperti dalam kes Diversion of Water from the Meuse [1937]. Dalam kes ini, Belanda membuat tuntutan terhadap Belgium kerana mengubah aliran Sungai Meuse dan memungkiri satu triti. Walau bagaimanapun, tuntutan Belanda tidak diterima oleh Mahkamah Tetap Keadilan Antarabangsa kerana ia turut mengubah aliran sungai tersebut.
undang-undang munisipalmunicipal lawUndang-undangUndang-undang AntarabangsaUndang-undang yang terdapat dalam sesebuah negeri atau negara, berbeza daripada undang-undang antarabangsa. Meskipun undang-undang antarabangsa dan undang-undang munisipal mempunyai konstituensi yang berbeza, ada ketika tertentu prinsip-prinsip daripada kedua-dua cabang undang-undang ini bertembung. Contohnya, apabila suatu prinsip undang-undang antarabangsa dikemukakan untuk mempertahankan diri di mahkamah munisipal. Perlembagaan sesebuah negara menentukan sama ada prinsip undangundang antarabangsa boleh dipakai di mahkamah munisipal. Perlembagaan juga menentukan sama ada prinsip undangundang antarabangsa mengatasi undang-undang munisipal ketika pertembungan di antara undang-undang antarabangsa dan undang-undang munisipal.
conservation of mass and energykeabadian jisim dan tenagaFizikMekanikPrinsip yang menyatakan bahawa jumlah jisim rehat dan tenaga sentiasa malar. Prinsip ini berdasarkan teori relatif khas, dan merupakan sebutan am daripada prinsip keabadian tenaga dan prinsip keabadian jisim klasik. Kedua-dua prinsip tersebut hanya merupakan penghampiran dan tidak boleh digunakan berasingan dalam sistem-sistem yang mempunyai halaju yang hampir menyamai halaju cahaya atau dalam tindak balas nuklear. Dalam prinsip ini, jisim dan tenaga boleh bertukar ganti mengikut persamaan E = mc2 (E = tenaga, m = jisim dan c = halaju cahaya).
ekuitiequityUndang-undangUndang-undang AntarabangsaAspek keadilan dan kewajaran yang wujud dalam sistem perundangan, bertujuan untuk mengelakkan keputusan mahkamah yang terlalu tegar. Ekuiti membenarkan undangundang membuat penyesuaian berdasarkan keadaan khusus sesuatu kes. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, ekuiti menjadi sumber kepada prinsip-prinsip yang diperkenalkan bagi mencapai kesaksamaan yang menjadi mustahil apabila triti dan undang-undang adat antarabangsa dipakai secara tegar. Lihat juga prinsip ekuiti.
prinsip pembezaandistinction principleUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSalah satu prinsip yang perlu diikuti oleh pihak-pihak berperang seperti mana yang digariskan dalam cara berperang menurut undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Prinsip ini membezakan pihak yang terlibat dengan perang, iaitu penempur dan objek ketenteraan dengan orang awam dan objek awam. Prinsip ini perlu bagi mengetahui apakah perkara yang boleh dan perkara yang tidak boleh dijadikan sasaran perang. Menurut prinsip ini, orang awam dan objek awam tidak boleh dijadikan sasaran perang walaupun atas alasan untuk membalas serangan. Pihak-pihak yang bersengketa seharusnya dapat membezakan antara penempur dengan orang awam supaya dapat menyelamatkan orang awam dan objek awam yang tidak terlibat dengan perang.
prinsip am undang-undanggeneral principles of lawUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSalah satu sumber undang-undang antarabangsa yang terdiri daripada prinsip perundangan yang terdapat dalam semua atau hampir semua sistem perundangan nasional. Prinsip perundangan nasional ini diterima setakat yang boleh dipakai dalam hubungan antarabangsa. Pemakaian prinsip am ini penting bagi mengisi kekosongan dalam undangundang perjanjian antarabangsa dan undang-undang adat antarabangsa. Contohnya, prinsip ekuiti dan suci hati.
exclusion principleprinsip eksklusiFizikMekanik KuantumPrinsip yang menyatakan bahawa tiada dua fermion yang seiras menghuni keadaan kuantum yang sama secara serentak. Sinonim prinsip eksklusi Pauli.
12345678910...

Kembali ke atas