Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang atau badan yg mempunyai kuasa pim­pinan yg tertinggi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pemimpin tertinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pucuk (kata nama)
1. Bersinonim dengan daun muda: tunas, taruk, pupus,
Berantonim dengan akar

2. Bersinonim dengan hujung: puncak, kemuncak, mercu, apeks.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi Tuan/Puan, Saya ingin tanya pemilihan pucuk kepimpinan pemilihan teraju kepimpinan barisan pemimpin Yang manakah betul dan apakah perbezaan mereka? Terima kasih :)Pucuk pimpinan, teraju pimpinan dan barisan pemimpin membawa maksud yang sama iaitu menunjukkan sesuatu yang di atas dan mempunyai kuasa tertinggi. Ketiga-tiga frasa ini boleh digunakan bergantung pada konteks ayat.Lain-lain13.08.2021
apa definisi pengurus dan apa pula definisi ketua serta peranannya?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, Pengurus ialah 1. (orang dll) yg mengurus, (orang dll) yg menjalankan pengurusan: dia telah dilantik menjadi ahli jawatankuasa ~ perayaan hari kebangsaan; 2. orang yg mengendalikan perjalanan sehari-hari syarikat perniagaan dsb: pentadbiran syarikat diserahkan kpd seorang ~ dan sebuah jawatankuasa; ~ agung = ~ besar pengurus yg tertinggi, pucuk pimpinan (syarikat dll); ~ harian pengurus yg menjalankan tugas hari-hari; ~ lini pengurus yg bertanggungjawab merancang, mengurus, mengeluarkan dan memasarkan produk atau perkhidmatan sesebuah organisasi: perancangan merupakan fungsi utama ~ lini; ~ syarikat orang yg menguruskan (mengendalikan) sesebuah syarikat.

Ketua pula  ialah orang yg mengepalai atau memimpin (pasukan, perkumpulan, pertubuhan, jabatan, dll): ~ persatuan; ~ pengarang; guru ~ guru besar (kepala sekolah); ~ adat pemimpin yg dilantik mengikut adat utk mengawasi perjalanan adat (dlm kampung, suku, dll); ~ jurumasak cef; ~ kampung orang yg mengepalai kampung, penghulu kampung; ~ kerajaan pemimpin tertinggi sesebuah kerajaan, yg dilantik drpd ketua parti politik yg memerintah: ~ kerajaan Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia; ~ Menteri menteri yg mengepalai menteri-menteri lain (biasanya dlm negeri bahagian): ~ Menteri Melaka; ~ Menteri Sabah; ~ muda wakil ketua; ~ murid murid yg dijadikan ketua bagi semua murid; ~ negara pemimpin tertinggi sesebuah negara yg terdiri drpd seseorang raja atau pemimpin parti politik yg memerintah: ~ negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong; ~ pejabat orang yg mengepalai dan bertanggungjawab terhadap perjalanan pejabat; ~ satu ketua yg terkanan (terpenting) sekali (dlm pertubuhan dll);

Istilah01.07.2009
Aslmkum tuan... 1. Sesuaikah sy menggunakan kata 'Panitia' bagi menggantikan kata 'Badan' untuk kata nama khas bagi Panitia Amal dan Khairat Anggota Teraju di kolej saya? 2. Adakah kata 'Teraju' dlm kata nama khas tersebut boleh mewakili/menggambarkan seluruh warga kerja yg berkhidmat di kolej saya atau hanya mewakili pemimpin atasan sahaja. Sekian, terima kasih1. Panitia bermaksud sekumpulan orang yang diberi tugas mengurus sesuatu atau jawatankuasa. Sehubungan dengan itu, jika disesuaikan dengan maknanya, tidak ada masalah jika digunakan.
2. Teraju bermaksud dalam konteks ayat tersebut bermaksud kuasa tertinggi, pucuk pimpinan.
Makna02.12.2016
Salam tuan/puan, Saya ingin mendapatkan pengesahan daripada pihak DBP tentang singkatan yang betul bagi gelaran "Yang Dihormati" dalam surat rasmi. Untuk makluman pihak tuan/puan, amalan dalam PDRM, "Yang Dihormati" digunakan bagi mengelar pegawai-pegawai kanan polis. Namun, singkatan yang digunakan dalam surat rasmi selalunya ditulis sebagai "YDH". Saya telah semak Kamus Dewan dan tiada rujukan spesifik bagi singkatan "Yang Dihormati". Ada pihak berpendapat bahawa singkatannya sepatutnya ditulis sebagai "YDh.", tetapi ia kelihatan pelik. Justeru, mohon pengesahan DBP supaya maklumat yang betul bolehlah disalurkan kepada pucuk pimpinan PDRM. Terima kasih. Yang benar, ASP Lee Swee Sake

Salam Sejahtera Tuan. Kami mencadangkan singkatan bagi “Yang Dihormati” ialah “YDh.” Singkatan ini mengambil contoh pembentukan singkatan bagi “Yang Berbahagia”, iaitu “YBhg.” dan contoh pembentukan singkatan “Yang Amat Berbahagia”, iaitu “YABhg.”

Ejaan13.03.2014
MAKSUD PERKATAAN REMAJA, TAMPUK KEPIMPINAN NEGARAMengikut Kamus Dewan Edisi 4, remaja bermaksud mulai dewasa,sudah akal baligh,sudah cukup umur untuk berkahwin. Tampuk antaranya bermaksud yang tertinggi, (pimpinan sesuatu dll.,yang utama,yang pokok,pucuk. Kepimpinan bermaksud kupayaan memimpin. Remaja Tampuk Kepimpinan Negara bermaksud remaja mempunyai keupayaan untuk menjadi pemimpin dalam negara.Makna27.07.2007

Kembali ke atas