Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.pus] | ڤوڤوس

Definisi : habis lenyap sama sekali; habis binasa semuanya; habis tidak berbaka lagi: Harta bendanya sudah ~. Pihak kerajaan telah mengambil langkah utk memelihara benih penyu utk mengelakkannya drpd ~. memupuskan merosakkan atau memusnahkan sama sekali; menghapuskan: ~ malu menghilangkan malu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pu.pus] | ڤوڤوس

Definisi : Jw pucuk yg masih muda, daun muda: ~ daun pisang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.pus] | ڤوڤوس

Definisi : habis semua sekali, hilang lenyap, binasa semuanya, punah: bekerja di arkib dan mengutip bahan-bahan yg kian ~; sbg seorang yg berjiwa seni tidaklah ~ atau mati seninya dgn kerana hidupnya yg sengsara itu; ia sudah ~ ia tidak mempunyai kaum keluarga lagi; harta bendanya telah ~ harta bendanya habis semuanya; memupuskan membinasakan, memunah­kan, menghapuskan, menghilangkan sama sekali: adakah kasih sayang kita yg lama bercambah itu akan kita pupuskan?; apakah ertinya hidup ini bagiku kalau engkau pun telah ~ namaku dr hatimu?; ~ malu menghilangkan malu; terpupus sudah terhapus (hilang, lenyap, dll): perbuatanmu yg derhaka itu merupakan suatu aib yg tidak akan ~ lagi; kepupusan hilang lenyapnya, hapusnya sama sekali: kajian mengenai masalah ~ penyu akan dijalankan oleh kerajaan negeri; memelihara warisan budaya drpd ~; pemupusan perihal (perbuatan dsb) memu­puskan, pemusnahan, penghapusan: kadar pemulihan hutan yg tidak seimbang dgn kadar ~; pemupus orang yg memupuskan; ~ orang orang yg menolong menghilangkan malu (orang lain), penyelamat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pupus
Rujuk :punah


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
PupusZiehasURTV15 January 2007
Melayu 'pupus' jika tinggalkan IslamHarussani Zakaria, Datuk Seri [Dr.],Al Islam1 August 2006
Mungkin pupusHida Mufiza Mohd. AliDewan Siswa1 February 1993
Bangsawan Belum PupusGhulam-Sarwar YusofDewan Budaya1 December 2005
Hidupan Liar Pupus, Ekologi TerancamJasmi AbdulDewan Kosmik1 June 2008
Ikan semakin pupusNazery KhalidDewan Masyarakat1 July 2007
Gendang tak pupus ditelan zamanHariza Mohd. YusofDewan Budaya1 August 1997
Manifesto Budaya: Pupus Bahasa Pupuslah BangsaAsrafJurnal Dewan Bahasa1 November 1997
Manifesto Budaya: Pupus Bahasa Pupuslah BangsaTiadaPelita Bahasa1 January 1997
Burung nasar pupusNorida JalaluddinDewan Siswa1 August 1985
123

Kembali ke atas