Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.pus] | ڤوڤوس

Definisi : habis lenyap sama sekali; habis binasa semuanya; habis tidak berbaka lagi: Harta bendanya sudah ~. Pihak kerajaan telah mengambil langkah utk memelihara benih penyu utk mengelakkannya drpd ~. memupuskan merosakkan atau memusnahkan sama sekali; menghapuskan: ~ malu menghilangkan malu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pu.pus] | ڤوڤوس

Definisi : Jw pucuk yg masih muda, daun muda: ~ daun pisang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.pus] | ڤوڤوس

Definisi : habis semua sekali, hilang lenyap, binasa semuanya, punah: bekerja di arkib dan mengutip bahan-bahan yg kian ~; sbg seorang yg berjiwa seni tidaklah ~ atau mati seninya dgn kerana hidupnya yg sengsara itu; ia sudah ~ ia tidak mempunyai kaum keluarga lagi; harta bendanya telah ~ harta bendanya habis semuanya; memupuskan membinasakan, memunah­kan, menghapuskan, menghilangkan sama sekali: adakah kasih sayang kita yg lama bercambah itu akan kita pupuskan?; apakah ertinya hidup ini bagiku kalau engkau pun telah ~ namaku dr hatimu?; ~ malu menghilangkan malu; terpupus sudah terhapus (hilang, lenyap, dll): perbuatanmu yg derhaka itu merupakan suatu aib yg tidak akan ~ lagi; kepupusan hilang lenyapnya, hapusnya sama sekali: kajian mengenai masalah ~ penyu akan dijalankan oleh kerajaan negeri; memelihara warisan budaya drpd ~; pemupusan perihal (perbuatan dsb) memu­puskan, pemusnahan, penghapusan: kadar pemulihan hutan yg tidak seimbang dgn kadar ~; pemupus orang yg memupuskan; ~ orang orang yg menolong menghilangkan malu (orang lain), penyelamat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pupus
Rujuk :punah


Pantun

PantunSumberTema
Putus sudah tali kecapi, Manakan ada orang berdendang; Pupus sudah kasih di hati, Manakan hamba mahu bertandang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Orang beradat elok tabiat, Bercakap lurus berkata benar; Membuang adat kutuk melekat, Adab pupus nama tercemar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Ke mana lagi membawa perahu, Lautan teris diterjang ombak; Ke mana lagi hamba mengadu, Harapan pupus orang menolak.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas