Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.pus] | ڤوڤوس

Definisi : habis lenyap sama sekali; habis binasa semuanya; habis tidak berbaka lagi: Harta bendanya sudah ~. Pihak kerajaan telah mengambil langkah utk memelihara benih penyu utk mengelakkannya drpd ~. memupuskan merosakkan atau memusnahkan sama sekali; menghapuskan: ~ malu menghilangkan malu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pu.pus] | ڤوڤوس

Definisi : Jw pucuk yg masih muda, daun muda: ~ daun pisang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.pus] | ڤوڤوس

Definisi : habis semua sekali, hilang lenyap, binasa semuanya, punah: bekerja di arkib dan mengutip bahan-bahan yg kian ~; sbg seorang yg berjiwa seni tidaklah ~ atau mati seninya dgn kerana hidupnya yg sengsara itu; ia sudah ~ ia tidak mempunyai kaum keluarga lagi; harta bendanya telah ~ harta bendanya habis semuanya; memupuskan membinasakan, memunah­kan, menghapuskan, menghilangkan sama sekali: adakah kasih sayang kita yg lama bercambah itu akan kita pupuskan?; apakah ertinya hidup ini bagiku kalau engkau pun telah ~ namaku dr hatimu?; ~ malu menghilangkan malu; terpupus sudah terhapus (hilang, lenyap, dll): perbuatanmu yg derhaka itu merupakan suatu aib yg tidak akan ~ lagi; kepupusan hilang lenyapnya, hapusnya sama sekali: kajian mengenai masalah ~ penyu akan dijalankan oleh kerajaan negeri; memelihara warisan budaya drpd ~; pemupusan perihal (perbuatan dsb) memu­puskan, pemusnahan, penghapusan: kadar pemulihan hutan yg tidak seimbang dgn kadar ~; pemupus orang yg memupuskan; ~ orang orang yg menolong menghilangkan malu (orang lain), penyelamat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pupus
Rujuk :punah


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
PupusNuri MasPentas Dunia05.06.1994
PupusM.Z. AliasMingguan Malaysia24.07.2005
Menunggu PupusZalila IsaMingguan Malaysia28.06.2009
Kukur ... pupus dalam masyarakat modenWan Zulkifli Wan YaacobUtusan Malaysia02.08.1997
Satu bahasa pupus setiap 2 mingguMasanori KonoUtusan Borneo27.09.2008
Makyung boleh pupusNurulhisham Abdul LatiffBerita Harian20.01.2009
Melayu akan pupus tanpa bahasaAbd Aziz ItarUtusan Malaysia13.10.2008
Dikir Pahang pupus?Nin Zairani AliSabah Times28.02.1990
Bahasa Melayu pupus menjelang tahun 2000?Kamaruzaman ZainalWatan27.10.1987
Pantun mungkin pupus jika ...Wan Dayang Wan MamatUtusan Malaysia04.05.1993
12345678910

Kembali ke atas