Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
putih (adjektif)
1. Dalam konteks warna
bersinonim dengan semerdanta, bulai, andan, kinantan, abiad, sabun, senantan, melepak, jelepak,
Berantonim dengan hitam

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan bersih, suci, kudus, murni, nirmala, tulen, ceria,
Berantonim dengan tercemar

Kata Terbitan : memutihkan, keputihan,

Puisi
 

Selat Teberau di air tenang,
     Pantai Lido pasir putih;
Kasih lama jangan dikenang,
     Bila kukenang hatiku sedih.


Lihat selanjutnya...(32)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Aakah terjemahan yang sesuai untuk "whiteheads"? Adakah terjamahan "jerawat putih" atau "bintik putih" disarankan? "whiteheads" ialah masalah pada wajah. Mohon pendapat DBP. Terima kasih.Jika istilah white head dirujuk dalam bidang Pentadbiran perniagaan membawa maksud bintik putih. Bintik putih ialah nodul kecil berwarna putih pada kulit khususnya muka, merupakan kelompok keratin bulat yang terdapat betul-betul di bawah epidermis dengan diameter sehingga 4 cm.Makna27.09.2017
Salam, antara berikut, yang manakah betul? 1. Menulis di atas kertas 2. Menulis pada kertas 3. Cikgu Nora menulis pada papan putih. 4. Cikgu Nora menulis di atas papan putih. Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah "menulis pada kertas" dan "menulis pada papan putih", kata sendi nama "pada" digunakan untuk menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja.Tatabahasa23.05.2013
Minta huraikan binaan ayat berikut; Putih bajunya. Terima kasih.


"Putih" ialah kata adjektif (kata sifat) baju menerangkan warna baju yang dipakai oleh "nya".
Manakala "bajunya" menerangkan kata "baju" iaitu kata nama .








Makna31.03.2013
Salam sejahtera, Di dalam ayat dialog yang berikut "kulitnya hitam-hitam ah"; adakah perkataan "hitam-hitam" ini diterima sebagai kata ganda? Sekian, terima kasih!

Untuk makluman, dialog merupakan bahasa percakapan dan bahasa percakapan tidak ada kawalan kerana manusia berkecenderungan bercakap apa-apa sahaja yang diinginkan. Walau bagaimanapun, kata ganda hitam-hitam boleh diterima sebagai kata ganda. Contoh dalam ayat, Hitam-hitam si tampuk manggis, putih-putih melati, merah-merah delima.

Tatabahasa06.07.2020
adakah frasa adj di bawah ini betul: sungguh putih sekali, sangat manis sungguh, paling tinggi sekali terima kasihAmat, sangat dan sungguh ialah kata penguat bebas yang boleh diikuti oleh sekali. Frasa yang betul ialah "sungguh putih sekali" dan "paling tinggi sekali".Tatabahasa30.08.2013
Apakah penjodoh bilangan untuk bawang putih ie a bulb of garlic. Bolehkan perkataan 'bancuh' digunakan dalam konteks terbitan buku. Misalnya, bancuh tepung jagung dengan air. Terima kasihPenjodoh bilangan yang sesuai ialah seulas (dalam bentuk ulas) atau selabu bawang putih. Perkataan "bancuh" boleh digunakan dalam konteks rasmi termasuklah dalam bidang penerbitan.Tatabahasa02.10.2009
Salam sejahtera, apakah pola ayat di bawah?Mohon pencerahan.Terima Kasih. Kemenyan syihri yang berwarna putih pula digemari oleh orang Arab kerana dipercayai dapat menguatkan gigi dan gusi.

Pola ayat tersebut ialah FN + FK. Perkataan “Kemenyan syihri” merupakan FN, manakala “berwarna” pula FK. Perkataan “putih” dalam ayat tersebut merupakan pelengkap kepada kata kerja.

Tatabahasa22.02.2022
Harap dapat memberitahu adakah ayat-ayat tersebut betul dan penjelasannya. 1. Orang ramai (berebut-rebut / berduyun-duyun) masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselataman. ( mana yang tepat ) 2.Marina terpaksa menangguhkan niatnya menyambung pelajaran kerana kesempitan wang. 3. Serina menamai kucingnya Putih kerana bulu kucingnya itu putih. 4. Ikhwan dan Alif gemar betul membaca buku cerita. 5. Novel yang paling tebal itu tidak terbaca oleh saya dalam tempoh dua hari. 6. Mereka membincangkan lain-lain perkara dalam mesyuarat agung itu. 7. Yang muda hendaklah dinasihati dan yang tua hendaklah disayangi. Sekian, terima kasih.1. Orang ramai (berebut-rebut / berduyun-duyun) masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselamatan. ( mana yang tepat )
Orang ramai berebut-rebut/berasak-asak masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselamatan. (tepat) - dalam konteks ayat ini, situasi pintu dibuka oleh pengawal.
2.Marina terpaksa menangguhkan niatnya menyambung pelajaran kerana kesempitan wang. (Tepat)
3. Serina menamai kucingnya Putih kerana bulu kucingnya itu putih. (tepat)
4. Ikhwan dan Alif gemar betul membaca buku cerita. (TEPAT)
5. Novel yang paling tebal itu tidak terbaca oleh saya dalam tempoh dua hari. (TEPAT)
6. Mereka membincangkan lain-lain perkara dalam mesyuarat agung itu. frasa yang betul ialah perkara-perkara lain.
7. Yang muda hendaklah dinasihati dan yang tua hendaklah disayangi.(Tepat)
Tatabahasa13.08.2012
Anjing saya bernama Si Putih. Bulunya panjang dan tebal. Bolehkah saya menggunakan "nya" untuk binatang ? Terima kasih.

Merujuk ayat di atas, nya boleh digunakan.

Tatabahasa27.04.2010
Salam sejahtera, Saya rujuk jawapan yang diberikan pihak DBP, saya kutip: ["Hitam Putih" ialah istilah dan daftar istilah bahasa Melayu tidak memberi kelas kata setiap entri.]. Soalan saya: 1) Adakah ini bererti akan ada istilah dalam bahasa Melayu yang tidak dikenalpasti kelas katanya? 2) Sekiranya istilah itu dipinjam dari bahasa Inggeris (dalam konteks perkataan 'hitam putih'), dan asalnya mempunyai kelas kata dalam bahasa Inggeris, adakah ini bermakna bila menjadi istilah dalam bahasa Melayu, kelas kata asalnya tidak sama dalam konteks penggunaan dalam b.Melayu? Jika tidak sama, adakah bermakna ia menjadi kelas kata yang lain? 3) Apakah masalah/kesulitan yang DBP hadapi untuk memberikan kelas kata pada istilah yang tidak diberikan kelas kata dalam daftar istilah? Terima kasih.Seperti yang kami jelaskan sebelum ini, Daftar Istilah Bahasa Melayu tidak memberi kelas kata bagi  istilah yang dibina termasuklah istilah yang diterjemahkan daripada bahasa Inggeris. Lazimnya Istilah Bahasa Melayu terdiri daripada kata nama dan kata kerja bergantung pada konsep istilah tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Dr. Fadilah binti Jasmani, Ketua Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau e-mel fadilah@dbp.gov.my.Istilah09.03.2012
12345

Kembali ke atas