Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.dio] | راديو

Definisi : 1. pemancaran (penghantaran, pengirim­an, siaran) bunyi dll menerusi udara: baginda akan berucap kpd rakyat melalui ~; 2. = pemancar ~ tempat memancarkan bunyi dll menerusi udara, tetuang udara: warta berita dr ~ Malaysia; Jepun dgn perantaraan ~nya beberapa kali memberitakan kapal itu teng­gelam; 3. = pesawat ~ = peti ~ alat perka­kas utk menerima (menangkap) siaran menerusi udara: dr ~nya terdengar lagu-lagu instru­men­tal yg lembut; kereta ~ kereta peronda polis yg mempunyai sistem radio; ~ transistor radio kecil yg mudah dibawa ke mana-mana; meradiokan menghebahkan (mengumum­kan, menyiarkan) melalui radio. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.dio] | راديو

Definisi : 1 siaran bunyi dll menerusi udara: Sambil duduk-duduk minum kopi, beliau mendengar ~. 2 = pemancar ~ pesawat yg digunakan utk memancarkan bunyi melalui udara: Kami mendengar berita itu dr ~ Republik Indonesia, Jakarta. 3 = peti (pesawat) ~ alat utk menerima bunyi yg dipancarkan melalui udara: ~nya rosak. ~ transistor radio yg menggunakan transistor atau yg dilengkapi transistor. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mendengar dari radio @ Mendengar daripada radio?

Yang lazim digunakan ialah mendengar radio.

Tatabahasa13.10.2011
1. Rita berehat sambil mendengar radio di bawah pokok. 2. Rita berehat di bawah pokok sambil mendengar radio. 3. Rita mendengar radio sambil berehat di bawah pokok. Dari segi bahasa, sila memberikan nasihat mengenai struktur ayat yang betul. Terima kasih.

Cik Ng, ketiga-tiga ayat di atas betul. Cuma kita kena tahu apakah sebenarnya, atau fokus kita semasa menulis ayat tersebut. Terima kasih 

Tatabahasa17.01.2009
Terus dengarkanlah Radio 24 atau teruskan mendengar Radio 24? Dengarkan kami di Hot FM atau dengarlah kami di Hot FM? Terima kasihKedua-duanya boleh digunakan, iaitu terus dengarkanlah Radio 24/Hot FM atau teruskan mendengar Radio 24?Hot FM. Bagi perkataan dengarlah, partikel lah digunakan untuk menguatkan maksud atau pengertian "dengar".Tatabahasa26.04.2012
Ayat 1. Ali berehat di bawah pokok yang rendang. Ayat 2. Ali mendengar radio. Ayat majmuk: 1. Ali bereha di bawah pokok yang rendang sambil mendengar radio. 2. Ali berehat sambil mendengar radio di bawah pokok yang rendang. Soalan: Yang manakah betul antara ayat majmuk 1 dengan ayat majmuk 2?Kedua-dua ayat majmuk Ali bereha di bawah pokok yang rendang sambil mendengar radio dan Ali berehat sambil mendengar radio di bawah pokok yang rendang  betul.Tatabahasa03.03.2012
Adakah "mendengar radio" boleh ditukarkan sebagai "mendengar muzik" ?Boleh digunakan.Tatabahasa05.07.2010
Adakah betul penggunaan kosa kata dibawah DJ Radio : Terima kasih kerana anda masih lagi memantau siaran kami di... - perkataan memantau adakah sesuai untuk pendengar radio? tqMemantau bermaksud memerhatikan dan memeriksa perkembangan (kemajuan, perjalanan dan sebagainya) sesuatu perkara, fenomena dan sebagainya secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan utk mengawal, mencegah, memperbaik, mengawasi dan sebagainya. Dalam ayat "Terima kasih kerana anda masih lagi memantau siaran kami di... -" kata yang paling sesuai ialah mengikuti, memantau boleh juga diterima jika pendengar yang mengikuti siaran tersebut bertujuan untuk memerhatikan dan memeriksa perkembangan, contohny seperti pelajar yang membuat kajian tentang bahasa yang digunakan oleh juruhebah tersebut. Tatabahasa18.05.2008
1.lembut rasa kek coklat ini. 2. mengapa lembut sangat suara radio itu? tanya Liew tuan, adakah kedua-dua ayat ini kesalahan dalam penggunaan lembut? tq

1. Lembut tidak sesuai digunakan untuk merujuk kepada 'rasa'. Perkataan yang lebih sesuai ialah sedap, enak atau lazat.

2. Lembut boleh digunakan untuk merujuk kepada 'suara'. Perkataan lain yang sesuai ialah merdu, nyaring dan lunak. Ayat tersebut sepatutnya menambah perkataan juruhebah atau penyiar sebelum perkataan 'suara'. Perkataan 'bunyi' lebih sesuai untuk radio. (... bunyi radio itu.)

Tatabahasa18.09.2011
saya ingin mengetahui kadar bayaran untuk semakan tatabahasa bahasa melayu dalam skrip drama radio.Untuk makluman tuan, Khidmat Nasihat DBP tidak menyediakan perkhidmatan menyemak skrip drama radio. Walau bagaimanapun, tuan boleh menghubungi pegawai kami di alamat e-mel ayu@dbp.gov.my atau aishah3@dbp.gov.my untuk perbincangan lanjut.Tatabahasa03.05.2015
Adakah betul penggunaan bahasa oleh deejay semua radio RTM yang selalu menyebut " terima kasih kerana mendengarkan kami di.... " dan " sekarang kami dengarkan lagu...". Dan apakah tindakan DBP untuk membetulkan kesilapan ini

Ayat yang digunakan oleh penyampai radio tersebut adalah salah. Antara tindakan yang dibuat oleh pihak DBP, antaranya ialah menghantar surat teguran kepada penerbit setelah pemantauan dan laporan dibuat. Untuk pengetahuan tuan/ puan, DBP memang melaksanakan pemantauan penggunaan bahasa Melayu ke atas media penyiaran, medai cetak dan laman web. Untuk media penyiaran, pemantauan akan dijalankan ke atas rancangan yang dikesan banyak menggunakan bahasa Melayu yang salah. Setelah itu, laporan akan dibuat dan surat teguran akan dikeluarkan untuk penerbit rancangan tersebut. Kami juga akan mengeluarkan surat ucapan tahniah sekiranya didapati media terbabit menggunakan bahasa Melayu yang betul. Terima kasih kerana peka dengan kesalahan dan perkara berkenaan.

Lain-lain29.08.2008
Saya merupakan individu yang telah menfailkan saman tuntutan RM 1 juta terhadap Stesyen Radio Xfresh fm berkaitan penyiaran lagu Indonesia dan promo yang menjanjikan tawaran RM1 juta kepada mana-mana pendengar yang berjaya membuktikan bahawa pihak radio tersebut ada menyiarkan lagu-lagu Indonesia atau tidak. Proses perbicaraan masih berjalan berikutan wujud kemusykilan pada konteks penggunaan ayat. Peguam plaintif mengatakan promo yang berbunyi " ingat tau, RM 1 juta jika dapat membuktikan kami ada menyiarkan lagu Indonesia ......." bukan bermaksud satu tawaran. Mereka mengatakan ayat tawaran mesti berbunyi seperti ini "Siapa yang dapat membuktikan Xfresh Fm ada menyiarkan lagu Indonesia akan dibayar RM1 juta". Oleh itu saya ingin meminta penerangan secara penuh berkaitan konteks dan maksud ayat yang digunakan dalam promo tersebut. Saya juga mengharapkan jawapan secara bertulis kerana ia merupakan bahan atau hujah bagi menguatkan dakwaan saya berkenaan tawaran RM 1 juta tersebut. Untuk pengetahuan pihak tuan, pihak Xfresh fm memang telah terbukti telah menyiarkan lagu Indonesia iaitu "My Heart", bagaimanapun kini mereka enggan membayar RM 1 juta yang ditawarkan kerana beranggapan promo itu bukan bersifat tawaran dan ia hanya gimik sahaja. Harap pihak tuan dapat jelaskan juga maksud perkataan gimik dan syarat-syarat atau peraturan menggunakan gimik. Terima kasih.Khidmat Nasihat Bahasa tidak merangkumi sebarang pertikaian mahkamah. Walau bagaimanapun tuan boleh mengemukakan masalah ini menerusi surat rasmi kepada Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain11.07.2009
12345678910...

Kembali ke atas