Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rang.ka] | راڠک

Definisi : ark tempat duduk di atas belakang gajah: Raja Melaka pun naik ke atas gajah yg berangka emas; ® rengga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.ka] | راڠک

Definisi : 1. tulang-tulangan (tubuh, rumah, dll), kerangka: ~ basikal; badannya kurus kering, tinggal ~; ~ rumah sudah berdiri; 2. buram, bagan, rancangan (yg menyeluruh dan tidak terperinci): guru hendaklah meng­gunakan berbagai-bagai kaedah utk men­dapat kejayaan, oleh yg demikian ~ yg diberikan ini hanyalah panduan sahaja; 30 orang intelek Melayu dr seluruh Malaysia akan membuat satu pertemuan awal dgn beliau dlm ~ sokongan intelek-intelek; ~ lawatan rancangan menyeluruh lawatan atau kunjungan; ~ pembangunan rang (ren-cana) pembangunan; berangka mempunyai rangka, ada bentuk­nya (bangunnya dll): binatang yg tidak ~; syair yg ~ tetap; merangka membuat atau mengatur rangka (rancangan, rencana, dll) utk sesuatu: malam itu abang ~ jadual utk esok; baginda akan membaca titah diraja yg ~ dasar kerajaan; dia ~ program yg akan diisinya kelak; merangka-rangka mengatur-atur, mereka-reka: ia ~ bahan yg akan dipercakapkan nanti; perangkaan ilmu yg membicarakan cara-cara membuat kesimpulan drpd data, meng­analisis data dan mentafsir data, statistik; perangka orang yg merangka (program, ran­cangan dsb), perancang: para ~ dan penyelia program ini terdiri drpd pegawai di Kemen­terian Pendidikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rangka (kata nama)
1. Bersinonim dengan kerangka: tulang-tulangan, tengkorak, bengkarak, ragangan, rongkong, bingkai,

2. Bersinonim dengan rancangan: rencana, buram, bagan, draf, rang,

Kata Terbitan : berangka, merangka, merangka-rangka, perangkaan,


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
buloh rabong[bu.loh ÄA.boN] sejenis buluh berwarna kehitaman yang digunakan untuk membuat rangka layang-layang.   
tali angen[tA.li A.Nen] benang halus yang diikat dalam rangka layang-layang untuk menegangkan kertas layang-layang.Kau tak pasang tali angin, macam mana layang-layang kau nak senang naek.[kAw tA/ pA.sAN tA.li A.Nen mA.tSAm mA.nA lA.jAN.lA.jAN kAw nA/ s«.nAN nAe/]Engkau tidak pasang tali angin, macam mana layang-layang engkau hendak senang dinaikkan ke udara.

Kembali ke atas