Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rang.ka] | راڠک

Definisi : ark tempat duduk di atas belakang gajah: Raja Melaka pun naik ke atas gajah yg berangka emas; ® rengga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.ka] | راڠک

Definisi : 1. tulang-tulangan (tubuh, rumah, dll), kerangka: ~ basikal; badannya kurus kering, tinggal ~; ~ rumah sudah berdiri; 2. buram, bagan, rancangan (yg menyeluruh dan tidak terperinci): guru hendaklah meng­gunakan berbagai-bagai kaedah utk men­dapat kejayaan, oleh yg demikian ~ yg diberikan ini hanyalah panduan sahaja; 30 orang intelek Melayu dr seluruh Malaysia akan membuat satu pertemuan awal dgn beliau dlm ~ sokongan intelek-intelek; ~ lawatan rancangan menyeluruh lawatan atau kunjungan; ~ pembangunan rang (ren-cana) pembangunan; berangka mempunyai rangka, ada bentuk­nya (bangunnya dll): binatang yg tidak ~; syair yg ~ tetap; merangka membuat atau mengatur rangka (rancangan, rencana, dll) utk sesuatu: malam itu abang ~ jadual utk esok; baginda akan membaca titah diraja yg ~ dasar kerajaan; dia ~ program yg akan diisinya kelak; merangka-rangka mengatur-atur, mereka-reka: ia ~ bahan yg akan dipercakapkan nanti; perangkaan ilmu yg membicarakan cara-cara membuat kesimpulan drpd data, meng­analisis data dan mentafsir data, statistik; perangka orang yg merangka (program, ran­cangan dsb), perancang: para ~ dan penyelia program ini terdiri drpd pegawai di Kemen­terian Pendidikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rangka (kata nama)
1. Bersinonim dengan kerangka: tulang-tulangan, tengkorak, bengkarak, ragangan, rongkong, bingkai,

2. Bersinonim dengan rancangan: rencana, buram, bagan, draf, rang,

Kata Terbitan : berangka, merangka, merangka-rangka, perangkaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud bagi setiap rangkap perkataan ini, 'mendefinisikan rangka kerja', 'membina rangka kerja', 'mengurus rangka kerja', 'mengurus isu', 'mengurus skop', 'mengurus komunikasi', 'mengurus risiko', 'mengurus dokumentasi', 'mengurus kualiti' & 'mengurus metriks'.Mendefinisikan rangka kerja bermaksud memberikan takrifan terhadap perancangan kerja yang dibuat, mengurus rangka kerja pula bermaksud mengaturn perancangan kerja, manakala untuk mendapatkan maksud frasa yang lain sila layari prpm.dbp.gov.my, dan taipkan perkataan yang dimaksudkan dalam ruangan carian kata.Makna07.10.2010
Apakah terjemahan yang paling sesuai bagi perkataan 'bracket' yang digunakan untuk merujuk kepada pertandingan. Penggunaannya juga dibahagikan kepada 'upper bracket' dan 'lower bracket' ketika format kalah mati dua kali digunakan. Adakah perkataan rangka atau kurungan sesuai untuk digunakan seperti contoh dibawah ini : Rangka kejohanan. Rangka atas kejohanan.Cadangan kami upper bracket dan lower bracket diterjemahkan kepada kumpulan menang dan kumpulan kalah.Penyemakan dan penterjemahan13.08.2017
Tuan, yang mana satu betul: a) akan membangun rangka kerja atau b) akan membangunkan rangka kerja. Bolehkah tuan memberi penjelasan mengenai perbezaan membangun dan membangunkan. Terima kasih.Frasa yang betul ialah "akan membangunkan rangka kerja".Tatabahasa29.04.2015
Satu per satu komponen motosikal itu ditanggalkan dari rangka motosikal / Satu per satu komponen motosikal itu ditanggalkan daripada rangka motosikalSatu per satu komponen motosikal itu ditanggalkan daripada rangka motosikal.Tatabahasa19.10.2011
Apakah perbezaan di antara kerangka kerja dan rangka kerja?Istilah bahasa Melayu untuk framework ialah rangka kerja (bukan kerangka kerja). Istilah rangka kerja digunakan dalam bidang Teknologi Maklumat dan juga bidang yang lain.Tatabahasa13.02.2013
Apakah kata hubung bagi rangka ayam? Adakah 1 ekor rangka ayam?Untuk makluman kata hubung ialah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk. Contoh kata hubung ialah dan, atau, tetapi dan sambil. "Ekor" ialah penjodoh bilangan. Dalam konteks ini, penjodoh bilangan tidak perlu kerana bukan semua benda boleh diberi penjodoh bilangan. Oleh itu, gunakan "1 rangka ayam" sahaja.Tatabahasa31.05.2012
Saya ada rangka manuskrip bertajuk MENGENALI: ETNIK KADAYAN DI DAERAH SIPITANG merangkumi Asal-usul kadayan, kehidupan dulu dan kini, kemajuan yang dicapai dari semua segi. Gambar-gambar yang menarik mengenai budaya dan adat istiadat tradisi orang Kadayan Mohon pihak DBP cawangan Sabah dapat menerbitkan manuskrip tersebut untuk rujukan generasi etnik kadayan di masa akan datang dan tatapan semua pembaca berbagai genre.Pihak tuan/puan boleh menghubungi pihak DBP Cawangan Sabah untuk pertanyaan dan perbincangan lanjut tentang perkara ini. Nombor telefon: 088-439217. Terima kasih.Lain-lain23.11.2017
Apakah maksud perkataan learnability dalam Bahasa Melayu. Apakah perbezaan kerangka kerja dan rangka kerja ? Jika dalam bidang IT, apakah perkataan yang sesuai digunakan, kerangka kerja atau rangka kerja bagi istilah framework.Untuk makluman, istilah learnability tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah yang dicadangkan ialah kebolehan belajar. Istilah bahasa Melayu untuk framework ialah rangka kerja (bukan kerangka kerja). Istilah rangka kerja digunakan dalam bidang Teknologi Maklumat dan juga bidang yang lain.Istilah03.10.2012
Yang manakah ayat di bawah ini betul? a)Pemetaan Teras Strategik ICT dan Rangka Kerja ICT adalah seperti yang dalam Rajah 1-1. b)Pemetaan Teras Strategik ICT dan Rangka Kerja ICT adalah seperti Rajah 1-1. Bagaimanakah penggunaan kata sendi yang betul?Pemetaan Teras Strategik ICT dan Rangka Kerja ICT adalah seperti Rajah 1-1.Tatabahasa08.07.2012
Bone Setterpengeset tulang / rangkaIstilah11.12.2008
1234

Kembali ke atas