Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rang.ka] | راڠک

Definisi : ark tempat duduk di atas belakang gajah: Raja Melaka pun naik ke atas gajah yg berangka emas; ® rengga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.ka] | راڠک

Definisi : 1. tulang-tulangan (tubuh, rumah, dll), kerangka: ~ basikal; badannya kurus kering, tinggal ~; ~ rumah sudah berdiri; 2. buram, bagan, rancangan (yg menyeluruh dan tidak terperinci): guru hendaklah meng­gunakan berbagai-bagai kaedah utk men­dapat kejayaan, oleh yg demikian ~ yg diberikan ini hanyalah panduan sahaja; 30 orang intelek Melayu dr seluruh Malaysia akan membuat satu pertemuan awal dgn beliau dlm ~ sokongan intelek-intelek; ~ lawatan rancangan menyeluruh lawatan atau kunjungan; ~ pembangunan rang (ren-cana) pembangunan; berangka mempunyai rangka, ada bentuk­nya (bangunnya dll): binatang yg tidak ~; syair yg ~ tetap; merangka membuat atau mengatur rangka (rancangan, rencana, dll) utk sesuatu: malam itu abang ~ jadual utk esok; baginda akan membaca titah diraja yg ~ dasar kerajaan; dia ~ program yg akan diisinya kelak; merangka-rangka mengatur-atur, mereka-reka: ia ~ bahan yg akan dipercakapkan nanti; perangkaan ilmu yg membicarakan cara-cara membuat kesimpulan drpd data, meng­analisis data dan mentafsir data, statistik; perangka orang yg merangka (program, ran­cangan dsb), perancang: para ~ dan penyelia program ini terdiri drpd pegawai di Kemen­terian Pendidikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rangka (kata nama)
1. Bersinonim dengan kerangka: tulang-tulangan, tengkorak, bengkarak, ragangan, rongkong, bingkai,

2. Bersinonim dengan rancangan: rencana, buram, bagan, draf, rang,

Kata Terbitan : berangka, merangka, merangka-rangka, perangkaan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Rangka-rangka DustaMansor Ahmad SamanMingguan Malaysia08.10.1978
Rangka strategi perlu kerjasamaTiadaBerita Harian05.09.1995
Seperti rangka tulang ikan disusun petak, entah apa maksudnyaJanathan KandokUtusan Borneo07.09.2008
Pentingkah rangka karangan?Awang SariyanBacaria25.11.1984
Thailand rangka projek dapatkan tenaga pengajar bahasa MelayuTiadaUtusan Malaysia21.12.1982
Temui rangka di lubang kuburAziz TalibBacaria13.09.1995
Sidang rangka perlembagaan di ManilaTiadaWatan03.12.1977
ASK rangka empat pementasan besarSiti Rohayah AttanUtusan Malaysia04.02.1997
MBKM rangka pelan strategikSyuhada Choo AbdullahBerita Harian15.08.1998
Syor rangka kurikulum gaya bahasa untuk sekolahTiadaMingguan Malaysia09.12.1984
123

Kembali ke atas