Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rang.ka] | راڠک

Definisi : ark tempat duduk di atas belakang gajah: Raja Melaka pun naik ke atas gajah yg berangka emas; ® rengga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.ka] | راڠک

Definisi : 1. tulang-tulangan (tubuh, rumah, dll), kerangka: ~ basikal; badannya kurus kering, tinggal ~; ~ rumah sudah berdiri; 2. buram, bagan, rancangan (yg menyeluruh dan tidak terperinci): guru hendaklah meng­gunakan berbagai-bagai kaedah utk men­dapat kejayaan, oleh yg demikian ~ yg diberikan ini hanyalah panduan sahaja; 30 orang intelek Melayu dr seluruh Malaysia akan membuat satu pertemuan awal dgn beliau dlm ~ sokongan intelek-intelek; ~ lawatan rancangan menyeluruh lawatan atau kunjungan; ~ pembangunan rang (ren-cana) pembangunan; berangka mempunyai rangka, ada bentuk­nya (bangunnya dll): binatang yg tidak ~; syair yg ~ tetap; merangka membuat atau mengatur rangka (rancangan, rencana, dll) utk sesuatu: malam itu abang ~ jadual utk esok; baginda akan membaca titah diraja yg ~ dasar kerajaan; dia ~ program yg akan diisinya kelak; merangka-rangka mengatur-atur, mereka-reka: ia ~ bahan yg akan dipercakapkan nanti; perangkaan ilmu yg membicarakan cara-cara membuat kesimpulan drpd data, meng­analisis data dan mentafsir data, statistik; perangka orang yg merangka (program, ran­cangan dsb), perancang: para ~ dan penyelia program ini terdiri drpd pegawai di Kemen­terian Pendidikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rangka (kata nama)
1. Bersinonim dengan kerangka: tulang-tulangan, tengkorak, bengkarak, ragangan, rongkong, bingkai,

2. Bersinonim dengan rancangan: rencana, buram, bagan, draf, rang,

Kata Terbitan : berangka, merangka, merangka-rangka, perangkaan,


Majalah

Dewan Budaya » 2013 » April
2013 Oleh Abdul Ghani Abu Penemuan Manusia Perak atau Perak Man di tapak arkeologi Gua Gunung Runtuh, Ulu Jepai, Lenggong, Perak melonjakkan nama Malaysia di pentas antarabangsa dalam bidang arkeologi. Rangka manusia yang dikebumikan pada 10 ribu tahun hingga 11 ribu tahun dahulu itu merupakan satu-satunya manusia prasejarah yang diketahui mempunyai kecacatan sejak lahir.Beliau dikebumikan dengan cermat dalam posisi

Kembali ke atas