Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.pat] | راڤت

Definisi : 1. hampir bertemu, hampir tidak bercelah: duduk ~ dlm masjid; kampung yg rumah-rumahnya ~ sekali; padi yg ditanam ~ tidak dapat beranak banyak; 2. tidak renggang, kerap (anyaman, pertukangan, tanaman, dll), padat (penduduk); 3. penuh sesak, padat (penduduk): kawasan yg ~ penduduknya; 4. tertutup dgn tidak bercelah-celah (beruang), terkepung (hingga tidak dapat ditembusi lagi): tabung itu ditutup ~; kawasan itu telah terkepung ~; pinggang gadis itu dirangkulnya sehingga ~; 5. dekat sangat (dgn), berhampiran sungguh (dgn): hatta sampailah ke negeri lalu ~ ke jam­batan; 6. erat, karib, kuat, teguh (persaha­batan, pertalian, dll): perhubungan antara Malaysia dgn kedua-dua negara jirannya sangat ~; ada kerjasama yg ~ antara penga­rang-pengarang Melayu dgn ahli-ahli sains Melayu; rapat-rapat dgn seberapa rapat yg boleh, dgn betul-betul rapat: tutup pintu itu ~; je­maah diminta meluruskan saf dan berdiri ~; berapat 1. = berapatan menjadi rapat (dekat), saling rapat (dekat): lalu berperang ber­bedil-bedil senapang dan pemburas se­belah-menyebelah ... maka, apabila ~ lalu­lah beramuk; maka berperanglah antara kedua-dua pihak, berapatan; 2. berkawan, bersahabat: Wan Umar cuba hendak ~ dgn Kompeni Inggeris; 3. bersama-sama, ber­sekali: orang-orang dlm negeri itu telah ber­selisih, maka sebab itulah kedua-dua masjid itu membaca khutbah, tetapi kemu­dian ~ zuhur; merapat 1. menjadi rapat, mendekat; dia melangkah surut dan seorang lagi datang ~; 2. menutup (mata): lari ~ tiada memandang ke belakang lagi; 3. berlabuh atau berhenti dekat dgn (pangkalan dll): kapal pun ~, tangga pun diturunkan orang, penumpang telah siap dgn barang-barangnya; ~ sambil belayar prb sekali melakukan pekerjaan, dua tiga maksud tercapai; merapati 1. menghampiri, mendekati: ia berjalan perlahan-lahan dan berhati-hati ~ rumah itu; 2. datang (utk memperbaiki hu­bung­­an persahabatan dll), selalu mengun­jungi (mendatangi): dia mesti ~ setiap orang kam­pung ini jikalau dia ingin mendapat kerja­sama drpd mereka; merapatkan 1. menjadikan rapat, men­de­katkan (pd sesuatu): muka dirapatkan pd cermin; ~ kapal ke pangkalan melabuhkan kapal dekat pangkalan; 2. menjadikan rapat (tidak renggang), mengeratkan, menutup rapat-rapat; 3. memperkukuh (persahabatan dll), mengeratkan (perhubungan): tentu ada se­suatu yg ~ mereka berdua; ~ diri dgn meng­gabungkan diri dgn; ~ tali silaturrahim mengu­kuh­kan tali persahabatan; memperapat menjadikan lebih atau makin rapat, merapatkan lagi; ~ sila bersila baik-baik; rapatan sesuatu yg menyebabkan rapat (sambungan dll), sesuatu yg dirapatkan: drpd pandainya utus berbuat itu, tiadalah kelihat-an ~nya lagi; kerapatan perihal atau keadaan rapat: pelabur Britain akan menjadikan Malaysia sbg pusat pelaburan yg paling menarik memandangkan ~ hubungan sejarah antara kedua-dua negara; perapatan Br (bahagian tepi sampan dll) yg hampir bertemu: ~ perahu itu berlubang-lubang menyebabkan air masuk sedikit ke dalamnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.pat] | راڤت

Definisi : ; ~ bukit sj tumbuhan (pokok yg kayunya boleh dibuat rumah), rengas, kayu paruh-paruh, Melanochyla angustifolia; kayu ~ sj tumbuhan (pokok menjalar yg kulitnya dibuat ubat), akar serapat putih, akar gerip putih, Parameria bata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.pat] | راڤت

Definisi : = kerapatan perkumpulan, per­him­punan (utk membicarakan sesuatu), majlis, mesyuarat, sidang: ~ selesai lebih cepat drpd yg diduga; ~ anggota Id sidang yg dihadiri oleh ahli-ahli perkumpulan; ~ besar Id perhimpunan agung; ~ kilat sidang yg diadakan dgn tiba-tiba (mendadak) sahaja, sidang tergempar; ~ lengkap (pleno) Id sidang yg dihadiri oleh segenap bahagian dll, sidang pleno; ~ raksasa (samudera) rapat besar utk orang ramai (biasanya diadakan di padang atau lapangan yg luas); ~ terbuka rapat yg boleh dikunjungi oleh sesiapa sahaja (bukan utk ahli semata-mata); ~ tertutup rapat yg hanya utk para anggota; ~ umum rapat utk semua orang; berapat berhimpunan (dlm sidang), menga­dakan rapat, bermesyuarat, bersidang; merapatkan 1. menjemput berapat (ber­sidang): banyak ahli yg meminta supaya jawatan­kuasa segera dirapatkan; 2. menge­mukakan sesuatu dlm sidang, membincangkan sesuatu dlm sidang: soal ini dapat saya putus­kan sendiri, tidak perlu dirapatkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rapat (adjektif)
1. Bersinonim dengan padat: tumpat, kerap, tetal, utuh,
Berantonim dengan jarang

2. Bersinonim dengan dekat: hampir, rapik, sempit,
Berantonim dengan jauh

3. Bersinonim dengan erat: karib, akrab, mesra,
Berantonim dengan renggang

Kata Terbitan : berapat, merapat, merapati, merapatkan,

Puisi
 

Tanam pinang rapat-rapat,
     Senang puyuh berlari;
Sudah pinang tidak dapat,
     Pujuk-pujuk bawa lari.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Takkan lebih pucuk daripada pelepah rapat ke batang.

Bermaksud :

Perkataan orang besar-besar lebih dipercayai oleh orang atasan daripada perkataan rakyat biasa.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
together4. not far from each other, in close proximity, rapat-rapat: antelopes like to group ~ in large herds, kijang suka berkumpul rapat-rapat dlm satu kawanan yg besar; the girls were all standing close ~, budak-budak perempuan itu semuanya berdiri rapat-rapat; the glasses were placed ~ at the side of the table, gelas-gelas diletakkan rapat-rapat di tepi meja itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
secureb. (by closing firmly) menutup rapat-rapat: they ~d the hatches and prepared to sail, mereka menutup hac rapat-rapat dan bersedia utk belayar; he ~d all the doors and windows before the storm began, dia menutup semua pintu dan tingkap rapat-rapat sebelum ribut melanda;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tight2. firmly, rapat(-rapat): close your eyes ~, pejamkan mata rapat-rapat; the door was shut ~, pintu itu tertutup rapat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
secure6. (fixed firmly in position) dipasang dgn kukuh; (closed tightly) ditutup rapat-rapat: he checked to see if the windows and doors were ~, dia memastikan semua tingkap dan pintu ditutup rapat-rapat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
closeadj 1. near, dekat: at ~ range, pd jarak dekat; a house ~ to the road, rumah yg dekat dgn jalan; 2. compact, rapat-rapat: the soldiers marched in ~ order, askar-askar itu berkawat dlm barisan yg rapat-rapat; it was difficult to read the ~ print, sukar utk membaca tulisan yg rapat-rapat itu; 3. intimate, karib, rapat: a ~ friend, kawan rapat; 4. near in relationship, rapat: ~ relatives, saudara rapat; 5. thorough, rigorous, teliti: a ~ inspection, pemeriksaan teliti; a ~ study, kajian yg teliti; pay ~ attention, perhatikan dgn teliti;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tightly3. securely, ketat-ketat, rapat-rapat: screw the lid ~, tutup tudung itu ketat-ketat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shoulder~ to ~, a. side by side with shoulders nearly touching, bersendel bahu, rapat-rapat: the guards stood ~ to ~, pengawal-pengawal itu berdiri bersendel bahu; b. in unity and supporting one another, bahu-membahu: we must stand ~ to ~ against our enemy, kita mesti bahu-membahu menentang musuh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
close~ - cropped, /digunting, dipotong/ pendek; ~ - set, rapat: ~ - set eyes, mata rapat; a ~ /shave, call, thing/, nyaris-nyaris + approp v : he survived the operation, but it was a ~ shave, dia selamat menjalani pembedahan walaupun dia nyaris-nyaris mati; ~ to so’s heart, sangat diminati sso: wild life preservation is a subject ~ to her heart, pemeliharaan hidupan liar adalah perkara yg sangat diminatinya; at ~ quarters, dr dekat, dekat-dekat: she was even more beautiful at ~ quarters, malah dia kelihatan lebih cantik dr dekat; in ~ proximity, dekat-dekat, rapat-rapat: they were sitting in ~ proximity, mereka duduk rapat-rapat; /keep, lie/ ~, bersembunyi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crampedadj 1. having limited space, sempit: they live in ~ quarters, mereka tinggal di rumah yg sempit; ~ for /space, room/, kesempitan ruang; 2. (of handwriting) halus dan rapat-rapat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
intimate 1 adj 1. close, familiar, rapat, mesra: he is ~ with the author, dia rapat dgn penulis itu; this ~ relationship lasted a lifetime, hubungan mesra ini berkekalan hingga ke akhir hayat; we were never ~ with our neighbours, kami tdk pernah rapat dgn jiran; ~ friend, kawan /karib, rapat/, sahabat rapat; be on ~ terms, sangat mesra: the two are on ~ terms, mereka berdua sangat mesra;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678

Kembali ke atas