Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.pat] | راڤت

Definisi : 1. hampir bertemu, hampir tidak bercelah: duduk ~ dlm masjid; kampung yg rumah-rumahnya ~ sekali; padi yg ditanam ~ tidak dapat beranak banyak; 2. tidak renggang, kerap (anyaman, pertukangan, tanaman, dll), padat (penduduk); 3. penuh sesak, padat (penduduk): kawasan yg ~ penduduknya; 4. tertutup dgn tidak bercelah-celah (beruang), terkepung (hingga tidak dapat ditembusi lagi): tabung itu ditutup ~; kawasan itu telah terkepung ~; pinggang gadis itu dirangkulnya sehingga ~; 5. dekat sangat (dgn), berhampiran sungguh (dgn): hatta sampailah ke negeri lalu ~ ke jam­batan; 6. erat, karib, kuat, teguh (persaha­batan, pertalian, dll): perhubungan antara Malaysia dgn kedua-dua negara jirannya sangat ~; ada kerjasama yg ~ antara penga­rang-pengarang Melayu dgn ahli-ahli sains Melayu; rapat-rapat dgn seberapa rapat yg boleh, dgn betul-betul rapat: tutup pintu itu ~; je­maah diminta meluruskan saf dan berdiri ~; berapat 1. = berapatan menjadi rapat (dekat), saling rapat (dekat): lalu berperang ber­bedil-bedil senapang dan pemburas se­belah-menyebelah ... maka, apabila ~ lalu­lah beramuk; maka berperanglah antara kedua-dua pihak, berapatan; 2. berkawan, bersahabat: Wan Umar cuba hendak ~ dgn Kompeni Inggeris; 3. bersama-sama, ber­sekali: orang-orang dlm negeri itu telah ber­selisih, maka sebab itulah kedua-dua masjid itu membaca khutbah, tetapi kemu­dian ~ zuhur; merapat 1. menjadi rapat, mendekat; dia melangkah surut dan seorang lagi datang ~; 2. menutup (mata): lari ~ tiada memandang ke belakang lagi; 3. berlabuh atau berhenti dekat dgn (pangkalan dll): kapal pun ~, tangga pun diturunkan orang, penumpang telah siap dgn barang-barangnya; ~ sambil belayar prb sekali melakukan pekerjaan, dua tiga maksud tercapai; merapati 1. menghampiri, mendekati: ia berjalan perlahan-lahan dan berhati-hati ~ rumah itu; 2. datang (utk memperbaiki hu­bung­­an persahabatan dll), selalu mengun­jungi (mendatangi): dia mesti ~ setiap orang kam­pung ini jikalau dia ingin mendapat kerja­sama drpd mereka; merapatkan 1. menjadikan rapat, men­de­katkan (pd sesuatu): muka dirapatkan pd cermin; ~ kapal ke pangkalan melabuhkan kapal dekat pangkalan; 2. menjadikan rapat (tidak renggang), mengeratkan, menutup rapat-rapat; 3. memperkukuh (persahabatan dll), mengeratkan (perhubungan): tentu ada se­suatu yg ~ mereka berdua; ~ diri dgn meng­gabungkan diri dgn; ~ tali silaturrahim mengu­kuh­kan tali persahabatan; memperapat menjadikan lebih atau makin rapat, merapatkan lagi; ~ sila bersila baik-baik; rapatan sesuatu yg menyebabkan rapat (sambungan dll), sesuatu yg dirapatkan: drpd pandainya utus berbuat itu, tiadalah kelihat-an ~nya lagi; kerapatan perihal atau keadaan rapat: pelabur Britain akan menjadikan Malaysia sbg pusat pelaburan yg paling menarik memandangkan ~ hubungan sejarah antara kedua-dua negara; perapatan Br (bahagian tepi sampan dll) yg hampir bertemu: ~ perahu itu berlubang-lubang menyebabkan air masuk sedikit ke dalamnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.pat] | راڤت

Definisi : ; ~ bukit sj tumbuhan (pokok yg kayunya boleh dibuat rumah), rengas, kayu paruh-paruh, Melanochyla angustifolia; kayu ~ sj tumbuhan (pokok menjalar yg kulitnya dibuat ubat), akar serapat putih, akar gerip putih, Parameria bata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.pat] | راڤت

Definisi : = kerapatan perkumpulan, per­him­punan (utk membicarakan sesuatu), majlis, mesyuarat, sidang: ~ selesai lebih cepat drpd yg diduga; ~ anggota Id sidang yg dihadiri oleh ahli-ahli perkumpulan; ~ besar Id perhimpunan agung; ~ kilat sidang yg diadakan dgn tiba-tiba (mendadak) sahaja, sidang tergempar; ~ lengkap (pleno) Id sidang yg dihadiri oleh segenap bahagian dll, sidang pleno; ~ raksasa (samudera) rapat besar utk orang ramai (biasanya diadakan di padang atau lapangan yg luas); ~ terbuka rapat yg boleh dikunjungi oleh sesiapa sahaja (bukan utk ahli semata-mata); ~ tertutup rapat yg hanya utk para anggota; ~ umum rapat utk semua orang; berapat berhimpunan (dlm sidang), menga­dakan rapat, bermesyuarat, bersidang; merapatkan 1. menjemput berapat (ber­sidang): banyak ahli yg meminta supaya jawatan­kuasa segera dirapatkan; 2. menge­mukakan sesuatu dlm sidang, membincangkan sesuatu dlm sidang: soal ini dapat saya putus­kan sendiri, tidak perlu dirapatkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rapat (adjektif)
1. Bersinonim dengan padat: tumpat, kerap, tetal, utuh,
Berantonim dengan jarang

2. Bersinonim dengan dekat: hampir, rapik, sempit,
Berantonim dengan jauh

3. Bersinonim dengan erat: karib, akrab, mesra,
Berantonim dengan renggang

Kata Terbitan : berapat, merapat, merapati, merapatkan,

Puisi
 

Tanam pinang rapat-rapat,
     Senang puyuh berlari;
Sudah pinang tidak dapat,
     Pujuk-pujuk bawa lari.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Takkan lebih pucuk daripada pelepah rapat ke batang.

Bermaksud :

Perkataan orang besar-besar lebih dipercayai oleh orang atasan daripada perkataan rakyat biasa.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
Bahasa Melayu 149 Bibliografi 169 Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 7 6/6/11 4:01:21 PM ix KATA PENGANTAR Projek penyusunan kamus istilah adalah satu usaha yang sangat rapat kaitannya dengan usaha peristilahan. Usaha ini memerlukan kepakaran yang tinggi, ketekunan, iltizam serta komitmen yang bersepadu daripada pelbagai pihak yang terlibat. Walau bagaimanapun, kerjasama yang diperoleh daripada pakar bidang begitu suatu sasaran sehingga mengakibatkan ruang pelayan e-mel yang disasarkan penuh dengan cepat dan tidak dapat menerima e-mel seterusnya. Sinonim bom surat. (c) Istilah yang mempunyai takrif yang berkait rapat dengan konsep sesuatu istilah yang lain, maka label entri Lihat juga digunakan sebagai penanda rujuk silang: DES ganda tiga (3DES) (Ig. triple DES (3DES); Br. DES ganda tiga; Id. DES

Kembali ke atas