Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.pi] | راڤي

Definisi : 1 bersih dan elok: Wajahnya ~ dan manis. 2 teratur baik-baik; kemas: Buku-buku tersusun ~ dlm almari. 3 kukuh: Pintu rumah berkunci ~. 4 (semuanya) beres dan kemas kini: Semua urusan pejabat dikendalikannya dgn ~. 5 (semuanya) siap sedia dan tidak ada yg dicuaikan: Rumah Perdana Menteri sentiasa dikawal ~ siang dan malam. merapikan mengatur atau menyusun supaya rapi; mengemaskan; menyelesaikan: Ia membantu emaknya ~ bilik tidur. kerapian keadaan rapi; kebersihan; ketertiban. perapian proses atau perbuatan merapikan: Kesannya menakjubkan setelah rambut menjalani ~ oleh bahan tsb. perapi bahan yg merapikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ra.pi] | راڤي

Definisi : 1. bersih dan elok, apas, apik: wajahnya ~ dan manis; seorang lelaki berpakaian ~ turun; 2. teratur baik, tertib: buku-buku ter­susun ~ dlm almari; semua pegawai bekerja­sama dgn ~; 3. serba beres, serba selesai, ha­bis: semua kerja diselenggarakan dgn ~ dan memuaskan; 4. siap sedia, ketat, siaga: kawasan itu dikawal dgn ~; 5. kemas, kukuh, teguh: pintu bertutup dan berkunci ~; per­paduan yg teguh dan ~; 6. cermat, saksama, teliti: buku-buku resit dikawal dgn ~ utk men­cegah drpd digunakan oleh orang yg tidak bertanggungjawab; ubat ini dibuat dgn cukup ~ dan cermat; suatu penyelidikan yg ~ harus dijalankan; merapi menjadikan (rambut, kulit, dll) sihat dgn menggunakan perapi: ia bukan sahaja ~ kulit tetapi menjadikannya kelihatan segar dan bermaya; merapikan menjadikan rapi, membereskan, mengemaskan, menyelesaikan, menyem­pur­na­­kan: dirapikannya pakaian suaminya; ia membantu isterinya ~ dapur; Aristotles yg ~ kaedah-kaedah sains; kerapian perihal rapi: sajak itu di­maksud­kan sbg anasir yg menambah ~ bentuk dan mempertinggi tingkatan muzik bahasa; di­susun bantal-bantal itu dgn penuh ~; perapian proses merapikan sesuatu: dgn kesan ~, Kao Merit baru meninggalkan suatu sensasi yg menyegarkan; perapi cecair pekat yg dibubuh pd rambut selepas dicuci utk menjadikannya lebih lem­but. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rapi
1. Bersinonim dengan kemas
( cermat, teliti, sempurna, memuaskan, baik, bagus, elok, senonoh, apik, kemin, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan rapat
( kemas, ketat, )
(adverba:)

Kata Terbitan : merapikan, kerapian,

Puisi
 

Sekapur sirih datang bertandang,
     Di dalam puan tersusun rapi;
Tangan dihulur mata memandang,
     Sebagai cincin lekat di jari.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIMPULAN GORDIAN

Simpulan Gordian, merupakan satu simpulan

yang rapi dalam mitologi Yunani. Seorang rakyat

Phrygia bernama Gordius menggunakannya untuk

mengikat lembunya pada pedati. Mengikut mitos,

Gordius dilantik sebagai raja Phrygia kerana

nasihat ahli ramal. Sebuah legenda menceritakan

barang siapa yang boleh membuka simpulan

Gordian akan memerintah Asia. Ramai orang

mencubanya tetapi gagal. Akhirnya Iskandar

Agung memotong simpulan itu dengan

pedangnya, dan mengisytiharkan bahawa dia

telah memenuhi ramalan tersebut. Gordius ialah

ayah kepada Midas, yang sentuhannya boleh

menukarkan semua benda menjadi emas.

Ungkapan memotong simpulan Gordian

bermakna menyelesaikan masalah yang sukar

dengan cara yang mudah.

UMUM 
EYSENCK, HANSEysenck, Hans (1916-1997) ialah ahli psikologi terkemuka Bristish. Dia menjadi masyur kerana penyelidikan eksperimental saintifiknya yang rapi terhadap personaliti.UMUM 
SKRU

Skru ialah satah condong yang berpilin di

sekeliling acinya. Skru adalah satu daripada enam

mesin ringkas yang dicipta pada zaman purba. Lima

lagi adalah tuas, roda dan gandar, rapi, satah

condong dan baji. Lihat Mesin (Enam mesin ringkas).

UMUM 
SARGON OF AKKAD

Sargon of Akkad ialah raja yang mengasaskan

empayar terbesar dalam sejarah. Dia membina

empayarnya di Mesopotamia (kini Iraq) pada tahun

2300-an S.M. dan menawan kebanyakan negara

barat daya Asia. Sargon ialah ketua tentera dan

pentadbir yang terkenal. Dia seorang daripada raja

terawal mempunyai pasukan tentera yang tetap dan

melantik sekutunya daripada kalangan istana untuk

menjadi gabenor bandar yang ditawan. Dia

menyusun empayarnya begitu rapi sehingga dapat

bertahan di bawah pemerintahannya selama lebih

daripada 60 tahun.

UMUM 
SURAH AL-SAFF

Surah al-Saff ialah salah satu daripada surah

Madaniyyah, surah yang ke-61 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 14 ayat.

Surah ini diberi nama al-Saff (barisan) kerana ia

memperkatakan tentang peperangan sebagaimana

firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah S.W.T. menyukai orang-orang

yang berperang di atas jalan-Nya dengan

tersusun rapi seolah-olah mereka itu bangunan

yang utuh”.

(Surah al-Saff 61:4)

UMUM 

Kembali ke atas