Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.pi] | راڤي

Definisi : 1 bersih dan elok: Wajahnya ~ dan manis. 2 teratur baik-baik; kemas: Buku-buku tersusun ~ dlm almari. 3 kukuh: Pintu rumah berkunci ~. 4 (semuanya) beres dan kemas kini: Semua urusan pejabat dikendalikannya dgn ~. 5 (semuanya) siap sedia dan tidak ada yg dicuaikan: Rumah Perdana Menteri sentiasa dikawal ~ siang dan malam. merapikan mengatur atau menyusun supaya rapi; mengemaskan; menyelesaikan: Ia membantu emaknya ~ bilik tidur. kerapian keadaan rapi; kebersihan; ketertiban. perapian proses atau perbuatan merapikan: Kesannya menakjubkan setelah rambut menjalani ~ oleh bahan tsb. perapi bahan yg merapikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ra.pi] | راڤي

Definisi : 1. bersih dan elok, apas, apik: wajahnya ~ dan manis; seorang lelaki berpakaian ~ turun; 2. teratur baik, tertib: buku-buku ter­susun ~ dlm almari; semua pegawai bekerja­sama dgn ~; 3. serba beres, serba selesai, ha­bis: semua kerja diselenggarakan dgn ~ dan memuaskan; 4. siap sedia, ketat, siaga: kawasan itu dikawal dgn ~; 5. kemas, kukuh, teguh: pintu bertutup dan berkunci ~; per­paduan yg teguh dan ~; 6. cermat, saksama, teliti: buku-buku resit dikawal dgn ~ utk men­cegah drpd digunakan oleh orang yg tidak bertanggungjawab; ubat ini dibuat dgn cukup ~ dan cermat; suatu penyelidikan yg ~ harus dijalankan; merapi menjadikan (rambut, kulit, dll) sihat dgn menggunakan perapi: ia bukan sahaja ~ kulit tetapi menjadikannya kelihatan segar dan bermaya; merapikan menjadikan rapi, membereskan, mengemaskan, menyelesaikan, menyem­pur­na­­kan: dirapikannya pakaian suaminya; ia membantu isterinya ~ dapur; Aristotles yg ~ kaedah-kaedah sains; kerapian perihal rapi: sajak itu di­maksud­kan sbg anasir yg menambah ~ bentuk dan mempertinggi tingkatan muzik bahasa; di­susun bantal-bantal itu dgn penuh ~; perapian proses merapikan sesuatu: dgn kesan ~, Kao Merit baru meninggalkan suatu sensasi yg menyegarkan; perapi cecair pekat yg dibubuh pd rambut selepas dicuci utk menjadikannya lebih lem­but. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rapi
1. Bersinonim dengan kemas
( cermat, teliti, sempurna, memuaskan, baik, bagus, elok, senonoh, apik, kemin, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan rapat
( kemas, ketat, )
(adverba:)

Kata Terbitan : merapikan, kerapian,

Puisi
 

Sekapur sirih datang bertandang,
     Di dalam puan tersusun rapi;
Tangan dihulur mata memandang,
     Sebagai cincin lekat di jari.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
well-orderedtertertib rapi; ditertib rapi; bertertib rapiMatematikTiadaTiada
well-determinedditentu rapi/tertentu rapiFizikTiadaTiada
well-orderedtertertib rapi; ditertib rapiFizikTiadaTiada
well-determinedditentu rapi/tertentu rapiMatematikTiadaTiada
critical care medicineperubatan jagaan kritikalPerubatanTiadaBidang perubatan yang berkaitan dengan penjagaan dan rawatan pesakit yang tenat secara intensif. Pesakit biasanya ditempatkan di unit rawatan rapi seperti di unit jagaan rapi umum, unit jagaan rapi pediatrik, unit jagaan rapi koronari dan unit jagaan rapi neurosurgeri.
high dependency ward (HDW)wad rawatan separa rapi (HDW)PerubatanTiadaWad untuk pesakit yang memerlukan penjagaan dan pemantauan separa rapi seperti pesakit yang telah didiscaj dari unit rawatan rapi atau pesakit yang selesai menjalani pembedahan major, yang masih memerlukan penjagaan dan pemantauan rapi sebelum dihantar ke wad biasa.
intensive carerawatan intensif/rawatan rapiPerubatanTiadaRawatan yang rapi dan berterusan khusus untuk pesakit yang tenat. Dilakukan oleh kakitangan hospital yang terlatih di hospital.
intensive carerawatan intensif/rawatan rapiPerubatanTiadaRawatan yang rapi dan berterusan khusus untuk pesakit yang tenat. Dilakukan oleh kakitangan hospital yang terlatih di hospital.
intensive care unit (ICU)unit jagaan rapi/unit rawatan intensif (ICU)PerubatanTiadaBahagian khas di hospital yang menyediakan rawatan rapi dan teliti untuk merawat pesakit yang tenat.
basic strategystrategi dasarPentadbiranPentadbiran Awam

Rancangan teratur yang disusun rapi untuk mencapai matlamat atau kejayaan sesuatu dasar kerajaan dalam tempoh tertentu. Strategi ini digubal untuk menangani masalah utama negara seperti ketidak seimbangan ekonomi, kemiskinan, penyalahgunaan dadah dan keruntuhan akhlak. Perancangan rapi dibuat berlandaskan tinjauan awal yang komprehensif terhadap masalah tersebut dan kemudian merancang pelaksanaan sesuatu strategi dasar dengan mengambil kira pelbagai faktor, risiko dan cabaran yang perlu ditangani. Strategi ini menjelaskan tentang misi dan visi yang ingin dicapai. Sebagai contoh, strategi bagi Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

12345678910...

Kembali ke atas