Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.sa] | راس

Definisi : 1. perihal sesuatu yg dikecap oleh lidah, keadaan yg dialami oleh bahagian tubuh (kulit dll apabila kena sesuatu): ~ manis (tawar, masam, masin, dll); ~ pedih (sakit, ngilu, dll); ~ badanku spt dibakar dgn api; 2. tabiat sesuatu benda yg menimbulkan rasa: gula manis ~nya; 3. = ~ hati keadaan hati terhadap sesuatu: ~ sedih (kecewa, pilu, senang, dll); ~ hormat (cinta, sayang, takut, dll); mengikut ~, binasa; 4. anggapan tentang baik buruk (salah benar dll), pendapat, fikiran: ~ adil dan saksama; pd ~ saya pd pendapat saya; 5. = rasa-rasa, rasanya, rasa-rasanya agaknya, barangkali, gerangan, kalau-kalau, kira-kira, rupa-rupanya: rasanya sedikit benar orang yg mengetahuinya; 6. = rasanya, serasa, rasa-rasa, serasa-rasa, rasakan sama rasanya dgn, seakan-akan, seolah-olah, selaku: dia sendiri serasa mengalami semula pengalaman Hilmy di sekolahnya; biadab di hadapan Bendahara itu rasa-rasa di hadapan kita; Amran rasa-rasa mendidih darahnya mendengar ucapan itu; rasakan lebih enak drpd rokok kita pasak kampung; serasa bayang hilang semangat; 7. = rasa-rasa ada ingatan, ada terlintas di hati (bagi menyatakan bimbang, ragu-ragu): ~ hendak dipukulnya pencuri itu habis-habisan; 8. memikir, mengagak, menganggap: saya ~ dia belum pulang lagi; dia ~ tidak ada gunanya mengamuk; ~ akan rasakan, bagaikan, seolah-olah oleh; turutkan ~ binasa, turutkan hati mati prb perihal orang yg menurutkan kemahuan hawa nafsunya, akhirnya binasa juga; yg dimakan ~, yg dilihat rupa, yg didengar bunyi prb melihat sesuatu menurut keadaannya yg terbukti dan sudah dipersaksikan; berasa 1. mendapat rasa (yg dialami oleh bahagian-bahagian badan): kakinya ~ sengal; seluruh badannya ~ sakit; 2. mempunyai rasa (manis, masam, pahit, dll): kerana banyak sangat garam, masakan itu ~ sangat masin; air ialah suatu cecair yg tidak berwarna, ~, atau berbau; 3. mengalami rasa di dlm hati (batin): orang Melayu lekas ~ tersinggung; ~ suka; ~ takut; 4. = dirasa, dirasai, terasa: rumahku ini tiada ~ rumahku lagi; maka ~ kpd dadanya spt kena panah; ~ berat berasa tidak sanggup, berasa di luar kekuasaan (kesanggupan); ~ hati a) ingin akan sesuatu, tertarik kpd; b) berasa kecewa, tidak senang hati, agak marah; c) tersinggung; merasa 1. mengalami rasa dgn lidah: air itu dirasanya masin; 2. mengalami rasa (sakit dll) pd tubuh: setelah Raja Zainal ~ luka, maka baginda pun meraba keris; nanti setelah lepas Pulau Penuba, sebelah petang, kita akan ~ angin Laut China; 3. = merasa-rasa mencuba dgn lidah utk mengetahui manis masam (pahit tidaknya dll): ia ~ gula itu; dua tiga orang sudah pun sampai dan ~ air kopi itu; 4. = merasa-rasa meraba-raba (menjamah dll) utk mengetahui kasar halus­nya (berat tidaknya dll): licin tidaknya dapat dirasa sendiri dgn tangan; merasai 1. mengecap (makanan, minuman, dll), mencicip: alangkah puas hatinya ~ makanan masakan ibunya; rasai dulu kopi itu sebelum dihidangkan; 2. menikmati (kesenangan, kemewahan, kebahagiaan, dll): kesenangan dan kemewahan hidup yg di­rasainya itu ialah drpd harta isterinya; belum pernah ia ~ hidup senang spt orang-orang lain; 3. menderita (kesusahan, seng­sara, dll): barulah hamba ~ sengsara hidup di dlm penjara; mereka akan ~ duka nestapa yg tidak terkira-kira lagi; rasai olehmu balas­an kekasaran tingkahmu; 4. = merasa-rasai meraba-rabai (menjamah-jamah) hendak me­ngetahui dgn tangan dll: rasa-rasai dahulu dgn kakimu sama ada dalam atau tidak sungai itu; 5. ki menduga (mengajuk, meng­kaji, meninjau, dll) hati orang dll: drpd air mukanya, kita dapat ~ apa yg ter­kandung dlm hati perutnya; syor-syornya itu harus dirasa-rasai dulu sebelum dibuat keputusan; 6. mengalami rasa dlm hati (batin): dirasai­nya cintanya pd wanita itu kian lumpuh; 7. sl menyedari, menginsafi: duduk di Mesir kira-kira tiga bulan lamanya itu pun tiada dirasai oleh Laksamana; merasakan 1. = memperasakan mem­biarkan (menjadikan, menyuruh) berasa atau merasai: ia mencuba sungguh-sungguh utk ~ fahamnya kpd seluruh pendengarnya; 2. merasai, menginsafi, memikirkan, meng­endahkan: beliau masih dirasakan penting utk memimpin Jabatan itu; utk memberikan nilai kpd sesuatu keindahan, seseorang mestilah faham dan dapat ~ keindahan itu; dan dirasakannya sekali bahawa tugasnya utk menjaga dirinya sudah semakin ber­tambah; 3. merasai, menderita: saya rasakan benar-benar kemesraan perhubungan kami; air matanya berderai menahan pedih yg dirasakannya; terasa dapat dirasa(i), sudah dirasa(i), merasa (berasa) dgn tiba-tiba: penat membawa barang-barang itu semakin ~; ~ sekarang belanja kita berlebihan drpd biasa; akhirnya ~ senang juga hatinya; terasakan terasa akan: dia ~ sesuatu yg memilukan hatinya; kerasaan mendapat rasa, dapat dirasa; perasaan 1. perihal merasa(i) dgn badan atau kulit dll, hasil atau perbuatan merasa dgn badan atau kulit dll: makanan yg lama tinggal dlm perut boleh menyebabkan sakit dan lain-lain ~ yg tidak menyenangkan; 2. perihal merasa(i) dlm hati atau batin, hasil atau perbuatan merasa dlm hati atau batin, sentimen: seorang gadis yg sangat halus ~nya; ~ kurang senang; tunjuk ~ perbuatan me-nyatakan bantahan beramai-ramai, demons-trasi; 3. kemampuan (kecekapan, kekuatan) utk merasa(i): seekor tikus me­nangkap mang­­sa­­nya dgn ~; tajamkanlah ~, pelihatan, dan fikiran tatkala menghadapi musuh; 4. fikiran, pendapat, pertimbangan: bagaimana ~ tuan berkenaan dgn masalah ini?; ~ perkauman sentimen yg berdasarkan kaum; berperasaan 1. ada atau mempunyai pera­saan: orang yg tidak ~; mereka ~ mulia dan tinggi budi; 2. penuh dgn perasaan: pelukan­nya menjadi semakin kuat dan ~; perasa 1. = alat ~ alat atau bahagian badan utk merasa(i); organ ~ lidah dll; 2. mudah (berasa): ia seorang tua ~ yg sering menge­luarkan air mata apabila ber­hadapan dgn anak-anak yatim; ~ angin lekas tersinggung; 3. benda yg memberi rasa (pd masakan dll); serbuk ~ serbuk yg dipakai utk menyedapkan rasa masakan; berperasa mempunyai perasa (bkn makan­an): biskut krim ~ buah-buahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rasa
1. Dalam konteks pelbagai rasa
bersinonim dengan manis, masam, masin, pahit, tawar, payau, pedas, maung, hambar, kelat,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan fikir
( kira, ingat, agak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : rasanya, rasa-rasanya, berasa, merasai, merasakan, terasa, perasaan, berperasaan, perasa, berperasa,

Puisi
 

Baju dipakai baju yang mana,
     Ingin serai rimbun ke daun;
Tinggal sekejap sebulan rasa,
     Rasa berkecai beribu tahun.


Lihat selanjutnya...(164)
Peribahasa

Rasa tak mengapa hidung dikeluani.

Bermaksud :

Orang yang membiarkan dirinya diperbodohi orang.

 

Lihat selanjutnya...(19)

215

When all fruit fails, welcome haws

Apabila sesuatu yang kita inginkan tiada atau tidak diperoleh maka kita hruslah menerima apa sahaja yang ada dengan rasa syukur meskipun ia tidak seperti yang dikehendaki.

Umpama pucuk dan umbut, tiada lauk baru dibaham

During the war, we survived on cassavas or sweet potatoes since our rice fields were bombed by Japanese - when all fruit fails, welcome haws.

Semasa perang, kami makan ubi kayu atau keledek kerana sawah kami dibom oleh Jepun - umpama pucuk dan umbut, tiada lauk baru dibaham .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Majalah

Dewan Budaya » Lagu Patriotik Tradisi Turun-temurun
Bahagian Majalah, Dewan Bahasa danPustaka, saya suka menyanyikan lagu Warisan, nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad sebelum memulakan program. Saya berasa sangat terkesan dengan lirik dan melodi lagu tersebut sehingga mengundang rasa sebak, dan menyuntik semangat saya untuk mengendalikan program tersebut. Situasi ini bukan sahaja memberikan kesan kepada saya,tetapi turut mengundang minat dalam kalangan pelajar untuk berdiri dan menyanyikan lagu tersebut amalan yang sudah sebati dengan sesuatu masyarakat. Sebagai contohnya, lagu Negaraku. Tatkala lagu Negaraku berkumandang, tidak kira bangsa atau di mana sahaja kita berada, secara automatik kita akan berdiri menunjukkan rasa hormat akan lagu kebangsaan Malaysia, selain turut berasa megah menghayati setiap bait bait lirik lagu tersebut. Walau bagaimanapun, apabila lirik dan melodi diubah suai mengikut selera pihak tertentu sahaja, maka
Dewan Budaya » 2013 » May
May 3rd, 2013 Oleh Noraini Mohd. Idris Nun jauh di Dataran Tinggi Yunnan-Guizhou desiran angin sepoi bahasa begitu menenangkan.Ibarat irama lagu yang syahdu terdengar sayup-sayup, gurindam memendam rasa, kesedihan begitu tersentuh. Apa-apa yang dihiba seolah-olah mencari sesuatu yang mungkin tidak lagi tergapai. Itulah suara dari gunung yang mengelilingi Guizhou, tempat ratusan kaum etnik minoriti Miao memanggilnya
Dewan Budaya » 2012 » January
banyak makanan yang  disediakan, khususnya yang  dijual menggunakan pewarna  tiruan yang bertujuan untuk  menarik perhatian pembeli. Hari  ini, dalam penyediaan makanan  tradisional, pelbagai perwarna  tiruan turut digunakan yang  akhirnya mengubah rasa asli kuih  atau makanan tradisional. Bagi masyarakat Bisaya di Sabah,  warna tidak memainkan peranan  yang penting dalam makanan  tradisional  mereka.  Mereka  memiliki makanan tradisional  yang bentuk dan teksturnya tidak  menarik
Dewan Masyarakat | Antarabangsa
ilmu yang tinggi yang setanding dengan negara maju. Usaha ini juga membolehkan generasi negara memiliki ilmu dalam segala bidang yang akhirnya dapat menjana perubahan dan kemajuan negara Share Keluhan dan rasa tidak puas hati penduduk tempatan apabila membelek akhbar atau melihat berita yang disiarkan di televisyen Thailand mengenai konflik di wilayah selatan sudah menjadi perkara biasa. Share Rakyat Malaysia menghasilkan kira
Dewan Budaya » 2015 » March
saya berikan kepada pemegang watak Pengawal (Syakinah Sahirul) yang memang menguasai lakonan dan cerita. Setiap kali tampil dan berdialog, dia mampu mencuit reaksi spontan penonton. Perlu saya catat di sini rasa terharu dengannya. Saya meminta semua pelakon utama naik ke pentas untuk sesi fotografi. Dia tetap duduk di bawah. Apabila saya beritahu bahawa lakonannya bernilai pelakon utama, barulah dia sedar dan Menara Jam Tan Beng Swee, pasti akrab dalam ingatan setiap warga tempatan atau pelancong yang pernah meramahi bandar raya bersejarah ini. Dari Jonker Street hingga Harmony Street, keadaan pasti menjentik rasa kagum dalam pandangan pengunjung yang khusyuk melangkah menjengah warisan sejarah penuh gemilang rencam budaya. Penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum turut mewarnai negeri yang bersejarah itu. Antara kaum tersebut termasuklah
Dewan Budaya » Bersusila dalam Kehidupan
dan perempuan) yang bergaduh kerana ejek-mengejek, iaitu pelajar perempuan digelar“burger”, manakala pelajar lelaki dipanggil “burger hangus”. Dalam laman facebooknya, guru tersebut menceritakan secara terperinci pergaduhan tersebut sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan keluarga pelajar terbabit dan orang luar yang membacanya. Dikatakan,kesan daripada kisahnya yang tular itu, pelajar tersebut tidak mahu hadir ke sekolah kerana berasa malu
Dewan Budaya » Nota Editor
dan perempuan) yang bergaduh kerana ejek-mengejek, iaitu pelajar perempuan digelar“burger”, manakala pelajar lelaki dipanggil “burger hangus”. Dalam laman facebooknya, guru tersebut menceritakan secara terperinci pergaduhan tersebut sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan keluarga pelajar terbabit dan orang luar yang membacanya. Dikatakan,kesan daripada kisahnya yang tular itu, pelajar tersebut tidak mahu hadir ke sekolah kerana berasa malu Bahagian Majalah, Dewan Bahasa danPustaka, saya suka menyanyikan lagu Warisan, nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad sebelum memulakan program. Saya berasa sangat terkesan dengan lirik dan melodi lagu tersebut sehingga mengundang rasa sebak, dan menyuntik semangat saya untuk mengendalikan program tersebut. Situasi ini bukan sahaja memberikan kesan kepada saya,tetapi turut mengundang minat dalam kalangan pelajar untuk berdiri dan menyanyikan lagu tersebut
Dewan Budaya » 2013 » January
terbaharunya. Alam dan kehidupan adalah dua unsur yang sangat erat dengan pengkaryaan Latiff kerana alam dan kehidupan memberikan ruang kepada perkembangan pengalaman serta pengetahuan. Pengalaman biasanya akan menambah pengetahuan dan “rasa” yang dikutip secara formal (umpamanya melalui pendidikan), ataupun secara tidak formal (umpamanya melalui pengembaraan, pembacaan, dan tontonan). Dalam konteks seni visual, pengalaman Latiff dan kembaranya membentuk rasa, rupa, dan jiwa tiga cabang seni visual yang dikuasainya, iaitu cat minyat, ukiran arca, dan goresan cetak, seperti karya-karyanya dalam siri “Pago-Pago”, “Mindscape”, dan “Langkawi.” Namun begitu, tulisan
Dewan Budaya » 2018 » August
Bahagian Majalah, Dewan Bahasa danPustaka, saya suka menyanyikan lagu Warisan, nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad sebelum memulakan program. Saya berasa sangat terkesan dengan lirik dan melodi lagu tersebut sehingga mengundang rasa sebak, dan menyuntik semangat saya untuk mengendalikan program tersebut. Situasi ini bukan sahaja memberikan kesan kepada saya,tetapi turut mengundang minat dalam kalangan pelajar untuk berdiri dan menyanyikan lagu tersebut amalan yang sudah sebati dengan sesuatu masyarakat. Sebagai contohnya, lagu Negaraku. Tatkala lagu Negaraku berkumandang, tidak kira bangsa atau di mana sahaja kita berada, secara automatik kita akan berdiri menunjukkan rasa hormat akan lagu kebangsaan Malaysia, selain turut berasa megah menghayati setiap bait bait lirik lagu tersebut. Walau bagaimanapun, apabila lirik dan melodi diubah suai mengikut selera pihak tertentu sahaja, maka
Dewan Masyarakat | “Para Belia Perlu Berfikiran Global” – Shobana Nair
oleh kerajaan. DM : Apakah kelebihan yang ada pada belia Malaysia yang dilihat oleh belia di luar negara? Shobana : Kelebihan kami ialah kami boleh bersatu walaupun kami berlainan bangsa, walupun saya rasa itu bukanlah satu kekuatan utama kami. Sebenarnya golongan belia kita mempunyai semangat patriotik yang kuat. Jika kita melawat ke luar negara, kita dapat melihat belia Malaysia akan ke hadapan dan bercakap tentang isu semasa kerana mereka juga mahu menunjukkan yang mereka juga mengambil berat dan mahu bersuara. Di situlah saya rasa kekuatan utama kita. DM : Apakah pendapat saudari tentang Satu Malaysia? Shobana : Pada pandangan saya, konsep Satu Malaysia yang dianjurkan kerajaan tidak terlalu penting buat generasi muda sekarang. Kini, generasi muda
?feed=atom
dan perempuan) yang bergaduh kerana ejek-mengejek, iaitu pelajar perempuan digelar“burger”, manakala pelajar lelaki dipanggil “burger hangus”. Dalam laman facebooknya, guru tersebut menceritakan secara terperinci pergaduhan tersebut sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan keluarga pelajar terbabit dan orang luar yang membacanya. Dikatakan,kesan daripada kisahnya yang tular itu, pelajar tersebut tidak mahu hadir ke sekolah kerana berasa malu Bahagian Majalah, Dewan Bahasa danPustaka, saya suka menyanyikan lagu Warisan, nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad sebelum memulakan program. Saya berasa sangat terkesan dengan lirik dan melodi lagu tersebut sehingga mengundang rasa sebak, dan menyuntik semangat saya untuk mengendalikan program tersebut. Situasi ini bukan sahaja memberikan kesan kepada saya,tetapi turut mengundang minat dalam kalangan pelajar untuk berdiri dan menyanyikan lagu tersebut
?feed=rss2
dan perempuan) yang bergaduh kerana ejek-mengejek, iaitu pelajar perempuan digelar“burger”, manakala pelajar lelaki dipanggil “burger hangus”. Dalam laman facebooknya, guru tersebut menceritakan secara terperinci pergaduhan tersebut sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan keluarga pelajar terbabit dan orang luar yang membacanya. Dikatakan,kesan daripada kisahnya yang tular itu, pelajar tersebut tidak mahu hadir ke sekolah kerana berasa malu Bahagian Majalah, Dewan Bahasa danPustaka, saya suka menyanyikan lagu Warisan, nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad sebelum memulakan program. Saya berasa sangat terkesan dengan lirik dan melodi lagu tersebut sehingga mengundang rasa sebak, dan menyuntik semangat saya untuk mengendalikan program tersebut. Situasi ini bukan sahaja memberikan kesan kepada saya,tetapi turut mengundang minat dalam kalangan pelajar untuk berdiri dan menyanyikan lagu tersebut
Dewan Masyarakat | “Suara Belia Menggerakkan Jentera Perubahan” – Michael Teoh
yang berbeza. Sekarang golongan belia menggunakan laman sosial Facebook untuk berkomunikasi dan untuk mengerakkan jentera perubahan. Sedangkan zaman dahulu, orang berkomunikasi dengan menulis surat, menonton televisyen, dan mendengar radio. Saya rasa pihak kerajaan, korporat, dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) perlu mendengar dan memahami bahawa pada peringkat usia ini, iaitu apabila teknologi bergerak pantas, kadangkala ada baiknya kita mempunyai seorang ketua yang bersama untuk berbincang. Satu projek boleh dikongsi antara dua kumpulan ini agar aktiviti kerja boleh bergerak dengan lancar dan sempurna. Aspek ketiga, sepertimana yang Khairun dan Shobana nyatakan: pengiktirafan. Saya rasa ada banyak projek yang telah dilakukan oleh golongan belia dan projek ini perlu diiktiraf supaya masyarakat dapat melihat wujudnya perubahan. Sementelahan, golongan belia ini akan berasa diri mereka lebih dihargai
Dewan Budaya » 2013 » June
budaya cuba-cuba” yang merupakan satu lagi kreativiti anak muda zaman ini. Di pentas teater, dunia muzik, atau layar perak, sememangnya nilai eksperimental membekas apabila sesuatu persembahan yang terbit daripada rasa “cuba-cuba” berjaya dilakukan. Maka sebab itulah dalam pentas teater, menjelang peralihan generasi sering kali wujud “bentakan peperangan idea” anak muda yang ingin lari daripada idea yang bersifat konvensional dan konservatif. Mereka lahirkan “teater eksperimental” yang membawa garapan idea baharu yang segar dan menepati cita rasa zaman. Yang dibimbangkan oleh kebanyakan pihak ialah “eksperimental” tersebut meminggirkan nilai dan jati diri bangsa yang selama ini didukung utuh. Jika “budaya cuba-cuba” ini dieksperimenkan pula dalam pentas politik
Dewan Budaya » 2013 » August
ketakutan kepada khalayak untuk menghormati agama lain, malahan atas nama kebebasan sikap prejudis diterjemahkan dengan beraninya. Laman media sosial menjadi alat untuk membangkitkan sentimen dan sensitiviti kaum dan agama tanpa rasa malu dan hormat. Di manakah pembudayaan nilai dalam kalangan generasi muda hari ini?Adakah mereka tidak menyedari tentang peri pentingnya keharmonian hidup bernegara dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini
Dewan Budaya » 2013 » September
hayat seorang manusia cukup bertuah kerana dipenuhi pengalaman berharga hasil daripada kehidupan yang dilalui. Uban yang memutih di kepala tanda kematangan seseorang yang terlebih makan garam, lalu terbuai-buai dengan rasa “perasan” bahawa orang tua sentiasa berbuat benar, bijaksana dalam memimpin dan tiada tolok bandingnya. Ilusi sebegini memang parah sekali. Realitinya orang muda juga mempunyai pendapat, idea, dan pemikiran yang benar
Dewan Budaya » 2014 » January
masing-masing”. Ada dua hal yang menyatukan semangat kepedulian rakyat negara ini, pertama semangat kesukanan dan kedua semangat kesukarelawanan. Namun begitu, kedua-dua semangat kepedulian ini hanya dapat terbentuk dengan rasa kebertanggungjawaban dalam diri setiap warganegara terhadap negaranya. Sesungguhnya musibah banjir yang melanda memberikan hikmah kepada kita sesama rakyat Malaysia untuk membuka lembaran Tahun Baharu 2014 dengan semangat untuk menginsafi kepentingan
Dewan Budaya » 2014 » February
ini ditulis berlaku kejadian seorang janda dan anaknya bersama-sama ibunya yang cedera melecur kerana bekas kekasih janda itu mengambil tindakan menyimbah petrol lalu membakar rumah kediaman mereka disebabkan oleh rasa kecewa dengan penolakan cinta oleh janda tersebut. Sesuatu yang dianggap kejam oleh masyarakat tetapi hakikatnya berlaku. Satu lagi peristiwa, iaitu empat orang anak warga Malaysia beragama Islam yang bertugas di
Dewan Budaya » 2014 » July
kita dapat menyaksikan penonjolan tema ketuhanan dan agama Kristian, tidak demikian bagi filem di negara ini. Kemunculan genre tersebut dalam kalangan pembikin filem di Barat merupakan inisiatif untuk memenuhi cita rasa khalayak yang mencari erti hidup sebenar, terutama dari segi kerohaniah dan ketuhanan. Filem The Passion of Christ (2004), umpamanya, begitu mendapat sambutan dan mencapai taraf pecah panggung. Jika anda meneliti perfileman kita masih kemaruk dengan filem cinta, komedi dan seram. Kebanjiran filem tersebut dalam pasaran berlaku kerana penerbit percaya bahawa itulah jenis filem yang diminati penonton. Mereka sekadar memenuhi cita rasa dan permintaan penonton. Pada hakikatnya, satu daripada sebab popularnya filem berunsur komedi, seram, dan cinta ialah tekanan hidup yang dihadapi penonton. Sesuai dengan peranannya sebagai saluran hiburan, menonton filem dianggap
Dewan Budaya » 2015 » January
ialah Asia. Jika dipaksa untuk mengkhusus lagi, dia akan memilih Asia Tenggara. “Terlalu banyak yang dapat saya nikmati di rantau itu. Tiga tahun lalu, saya begitu mengagumi Thailand, namun cita rasa saya sudah berubah. Satu perkara yang saya setuju, tentang negara yang paling under-rated ialah Malaysia. Malaysia merupakan negara yang mempunyai banyak kelebihan. Saya pasti memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan
Dewan Budaya » 2015 » April
cinta, itu perumpamaan yang mudah untuk menterjemahkan perihal muzik klasik pada hari ini. Cinta lahir melalui jiwa yang benar-benar suci. Melalui jiwa yang ikhlas itu, tanpa paksaan atau gesaan, rasa cinta itu akan tertanam dengan sendiri. Begitulah hal yang sama perlu diadili sebaik-baiknya untuk muzik klasik ini. Salah dan tidak adil jika seseorang itu, yang tidak pernah cuba untuk
Dewan Budaya » 2015 » May
negeri itu mahupun yang berada di luarnya, hiba dan sayu atas pemergian sultan yang cukup baik terhadap rakyatnya. Menurut Norazie Seman, 32 tahun, walaupun tidak berpeluang bertemu muka dengan Almarhum, rasa sedih sangat terasa semasa kemangkatan baginda. “Walaupun tegas dan merupakan mantan hakim negara, baginda tetap orang yang penyayang dan mudah didekati serta boleh mendengar pandangan dan buah fikir rakyatnya,” jelas
Dewan Budaya » 2015 » August
ancaman dan gugatan. Jika kita dapat menyemai semangat kesatuan dan kebersamaan berdasarkan konsep kesatuan dalam kepelbagaian dan patriotisme tulen, kita pasti dapat terus menjadi negara yang stabil, makmur dan sejahtera. Rasa cinta yang mendalam dan semangat esprit de corps dalam kalangan rakyat merupakan tunjang bagi memastikan negara ini terus bebas daripada sebarang bentuk penjajahan. Sebenarnya kemenangan Vietnam dalam perang menentang Amerika
Dewan Budaya » 2015 » September
sehingga kerap mengganggu kelancaran lalu lintas; ada pemilik yang kadangkala disaman oleh pihak berwajib. Harga makanan dan minuman dapat dikatakan berpatutan, tetapi hal itu tidak menjadi masalah kerana memenuhi cita rasa. Sejak pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (CBP), yang tertera pada resit restoran ini hanyalah jumlah besar harga yang perlu dibayar oleh pelanggan. Tiada perincian tentang harga makanan dan minuman yang pelanggan, termasuk CBP. Hanya pelanggan tetap yang mengetahui sama ada harga makanan dan minuman itu naik ataupun kekal – pastinya tidak turun – tanpa mengira CBP. Lokasi restoran ini pula di Taman Rasa Sayang, Petaling Jaya. Waktu perniagaannya dari pagi hingga malam setiap hari – kadang-kadang tutup pada hari Ahad dan hanya bercuti semasa hari cuti umum. Pemiliknya merungut kerana terpaksa membeli mesin
Dewan Budaya » 2017 » May
gelombang kemodenan, penakatannya banyak bergantung pada sikap kita, terutama kerajaan, aktivis budaya dan pemimpin budaya, terhadap seni warisan itu. Yang menjadi persoalan ialah adakah kita, termasuk orang Melayu, masih mempunyai rasa sayang terhadap seni persembahan? Mungkinkah kita tidak lagi mempedulikan warisan bangsa berkenaan kerana kita sudah terlalu taasub dengan segala persembahan dan hiburan moden yang lebih canggih dan hebat? Kita tidak
Dewan Budaya » 2018 » September
dan perempuan) yang bergaduh kerana ejek-mengejek, iaitu pelajar perempuan digelar“burger”, manakala pelajar lelaki dipanggil “burger hangus”. Dalam laman facebooknya, guru tersebut menceritakan secara terperinci pergaduhan tersebut sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan keluarga pelajar terbabit dan orang luar yang membacanya. Dikatakan,kesan daripada kisahnya yang tular itu, pelajar tersebut tidak mahu hadir ke sekolah kerana berasa malu
Dewan Masyarakat | Transformasi Perkhidmatan Awam
beliau melakukan pelbagai perubahan. Namun beberapa perubahan yang dilakukan mula menampakkan peningkatan yang ketara. ___ Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Februari 2012. Share 2 Maklum Balas •   Azrul Komen : Saya rasa sebilangan kakitangan kerajaan terlalu berada di zon selesa. Walau seteruk mana pun, tindakan dikenakan kadang-kadang tidak setimpal. Mungkin kerajaan harus pantau dan merujuk bagaimana singapura mengendalikan kakitangan kerajaannya sehingga
Dewan Masyarakat | Pemansuhan PPSMI Apa Lagi yang Mahu Dipertikaikan?
Macamana pun , sama saja sekalipun PPSMI dimansuhkan ataupun tidak sebab bila masuk universiti bahasa inggeris still didahulukan .. Dihantar pada 4 Mac, 2012, 9:51 pm •   Azrul Komen : Salam Siti, Saya rasa tanggapan PPSMI mampu mempertingkatkan kefahaman dan kemahiran berbahasa inggeris adalah salah sama sekali. Persoalan timbul, kenapa harus diajar BI dalam matematik dan Sains? Mengapa tidak kepada sujbek ekonomi asas atau
Dewan Masyarakat | DM, Fatini dan Natrah
dalam Fail Jenayah “Pemerkasaan” dan “Pemartabatan” Bahasa Melayu dalam Kaca di Jendela “Para Belia Perlu Berfikiran Global” – Shobana Nair dalam Rencana Utama Mahasiswa Mudah Diperalatkan? dalam Laporan Khas Memenuhi Cita Rasa Penonton dalam Filem Genre Epik Sudah Berkubur? dalam Filem Kehebatan Jurulatih Tempatan dalam Video Kebanjiran Warga Asing Mendatangkan Keburukan? dalam Surat Pembaca Recent Posts • Komen admin daripada Bahasa Kebangsaan Tidak
Dewan Budaya » 2012 » February
terhad, ahlinya mengekspresikan idea yang segar dan memiliki “perisai semangat” yang berkobar-kobar. Teater di pentas kecil memikul tugas penting sebagai tapak semaian bakat baharu dunia teater. Proses menterjemahkan deria rasa penggiat teater bertaraf amatur kepada dunia luar umumnya direalisasikan di pentas sebegini. Pentas mini, seperti Stor Teater Dewan Bahasa Pustaka (DBP) dan Black Box ASWARA, mungkin kurang popular dalam kalangan
Dewan Budaya » 2012 » November
Melayu dahulu, budaya menegur ini dilakukan dengan sulaman kata indah sama ada menerusi perumpamaan, pantun, atau puisi. Sasterawan Negara Dato’ Dr. Usman Awang, dalam sajaknya yang berjudul, Melayu , melahirkan jiwa rasa beliau terhadap bangsanya dengan mengungkapkan bahasa yang indah. Melayu itu orang yang bijaksana nakalnya bersulam jenaka budi bahasanya tidak terkira kurang ajarnya tetap santun jika menipu pun masih bersopan bila
Dewan Budaya » 2015 » February
berurusan pada setiap hari. Sekiranya kita menghulurkan bantuan, pastinya apa-apa yang kita lakukan dibalas dengan ucapan thanks a lot and I really appreciate it . Apabila mendengar ucapan sedemikian, kita rasa dihargai dan berusaha melakukan kebaikan pada masa yang akan datang. Budaya berbudi bahasa sememangnya memberikan makna yang lebih mendalam, sekali gus memotivasikan budaya sifat suka membantu antara satu sama lain
Dewan Budaya » 2015 » July
supaya akhirnya akan lahir bangsa Malaysia yang memiliki jati diri. Ternyata bahawa Dasar Kebudayaan Kebangsaan merupakan strategi dan pendekatan jangka panjang untuk memastikan rakyat negara ini mempunyai jati diri dan rasa cinta terhadap kebudayaan nasional. Ketika menyampaikan ucapan perasmian Kongres Kebudayaan Kebangsaan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, pada 16 Oktober 1971, Perdana Menteri mengakui bahawa bentuk dan corak kebudayaan sesuatu
Dewan Budaya » 2016 » January
dahulu dan pastinya lebih selesa. Untuk menonton filem terkini itu, mereka perlu berbelanja lagi, tetapi tiada sesiapa yang merungut, kecuali jika kadar bayaran dinaikkan – itu pun hanya seketika. Jika ada rasa tidak puas hati, mereka tidak perlu melanggan saluran itu. Mereka mempunyai pilihan kerana dapat menonton filem dengan menggunakan telefon pintar, yang mempunyai aplikasi tertentu secara percuma pada bila-bila masa
Dewan Budaya » 2017 » April
boleh juga ditolak kemungkinan bahawa orang ramai menonton filem itu kerana ingin tahu akan sejarah Bukit Kepong. Bagi penulis ini, ketiga-tiga faktor itu menjadi pendorong untuk menonton filem tersebut.  Rasa-rasanya berbaloi juga penulis ini “merusuh” untuk mendapatkan tiket wayang tersebut.  Memang menjadi kelaziman untuk penulis ini mengunjungi panggung wayang pada setiap hujung minggu kerana itulah hiburan yang ada di
Dewan Masyarakat | Bahasa Kebangsaan Tidak Merendahkan Taraf Akademik
di universiti ini dilaksanakan dahulu. Sekiranya mahasiswa dan pensyarah di universiti ini dari sekarang sudah boleh mengikuti atau mengajar kursus dalam dua bahasa (iaitu bahasa Inggeris dan bahasa kebangsaan) saya rasa masalah bahan bacaan tidak timbul lagi. Bahan bacaan boleh diperoleh dari mana-mana sumber pun atau dalam apa-apa bahasa pun, tetapi alat pengantarnya boleh dijalankan dalam bahasa kebangsaan. Perasaan

Kembali ke atas